Tuesday, 24 July 2012

Tips Jantung Sihat (Hari Kedua Puluh Empat) : Alami Kebaikan Coklat Hitam

0 comments





Isikan kehidupan anda dengan makanan ringan yang diperbuat dari coklat hitam. Coklat hitam mengandungi flavonoifs, antioksidan yang menyebabkan salur darah menjadi lebih elastic. Dalam satu kajian, 18% pesakit yang memakan coklat hitam menunjukkan perubahan yang positif terhadap tekanan darah. Dengan mengambil 1 auns coklat hitam (sekurag-kurangnya mengandungi 70% koko) setiap hari mampu memberi kebaikan kepada anda sepanjang masa. 

Khasiat Coklat Hitam

Telah disahkan bahawa antioksida yang terkandung dalam coklat adalah saling berkait dengan kesihatan tubuh badan, antaranya:-


Mengurangkan risiko mati kerana sakit jantung.
Memperbaiki fungsi sel endothelial
Memperbaiki sistem perncernaan dan buah pinggang
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Peningkatan yang bagus dalam pengaliran darah
Flavonoid yang terkandung dalamnya digunakan untuk merawat anemia, buah pinggang dan kurang selera makan


Terdapat dua jenis flavonoid iaitu cetechin dan epicarechin dimana ia mampu merawat simptom - simptom kanser. Dan kandungan dalam coklat hitam adalah 3 kali ganda yang terkandung dalam teh.
Coklat hitam juga menjadi pilihan yang bijak untuk sumber copper dan magnesium dimana ianya perlu dalam mengawal jantung berada dalam kiraan degupan yang normal dan untuk mengawal tekanan darah. Namun harus diingat memakan coklat hitam dalam jumlah yang banyak adalah tidak bagus kerana ia mempunyai jumlah lemak dan kalori yang tinggi. Sebab itulah coklat selalu dijadikan makanan tambahan untuk mereka yang melakukan aktiviti lasak, jadi kalau anda ingin pergi mendaki gunung contohnya jangan lupa bawa coklat,
Coklat hitam turut mempunyai kafein didalamnya, jadi makannya berpada - pada. Jangan dimakan sebelum tidur kerana kamu pasti akan segar semula. Selain dari itu dalam kajian terkini, coklat hitam turut boleh mencegah risiko kerosakan otak selepas mengalami strok.

Leave a Reply

Labels