Friday, 27 July 2012

Tips Jantung Sihat (Hari Kedua Puluh Tujuh) : Kawal Pengambilan Gula Anda

0 comments





Individu yang mengambil lebih dari 74g fruktosa sehari (bersamaan 2-3 tin minuman ringan) adalah 87% lebih berisiko mengalami masalah tekanan darah berbanding mereka yang kurang mengambilnya. Kajian menyimpulkan bahawa pengambilan fruktosa yang tidak dikawal boleh menrencatkan penghasilan nitric oksida, gas yang membantu salur darah berada dalam keadaan regang.
Bagi mengurangkan pengambilan gula, berhati-hati dengan jenis minuman dan makanan yang dibakar. Minuman kurang soda dan makanan oat yang dicampur dengan kismis dan kayu manis adalah antara saranan yang sesuai.


Bahaya Fruktosa Dalam Minuman Ringan - CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa semua pengguna terutama sekali penggemar minuman ringan supaya menghentikan segera tabiat itu kerana kajian mendapati gula fruktosa yang terdapat di dalam minuman ringan itu bertindak seperti lemak.

Menurut sesetengah saintis, fruktosa adalah gula yang mempunyai bahaya tersembunyi. Ia adalah jenis gula yang diperolehi daripada buah, tetapi menggunakannya sebagai pemanis dalam makanan lain adalah menimbulkan kontroversi semasa, dengan teori baru yang mengaitkannya dengan kegemukan dan isu kesihatan lain.

Fruktosa banyak digunakan di Amerika Syarikat, khususnya dalam bentuk sirap jagung yang banyak fruktosa untuk memaniskan minuman ringan.

Ia mula terkenal apabila diperhatikan bahawa peningkatan dalam penggunaan sirap jagung yang banyak fruktosa oleh pengeluar makanan sama dengan peningkatan dalam kegemukan.

Tetapi fruktosa juga terdiri daripada 50 peratus sukrosa, jadi masalah itu bukan sahaja membabitkan sirap jagung tetapi juga sukrosa.

Jus buah asli mengandungi banyak fruktosa, dan sungguhpun kita telah mengetahui sebiji buah adalah lebih baik dan gula serta asid dalam jus tidak baik untuk gigi kita, mungkin terdapat lebih banyak alasan untuk tidak meminumnya terlalu banyak.

Kajian telah menunjukkan fruktosa tidak bertindak seperti gula lain dalam tubuh, dan dimetabolismekan dalam cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Ia tidak menahan ghrelin, hormon kelaparan.

Apabila perut kosong, paras ghrelin berada di paras tertinggi dan menyebabkan rasa lapar. Selepas anda makan, paras ghrelin menurun, menyebabkan anda rasa kenyang. Tetapi disebabkan fruktosa tidak mempunyai kesan ke atas penahanan ghrelin, ia juga tidak menahan lapar.

Jadi, bahayanya ialah anda akan makan lebih kilojoule kerana anda masih berasa lapar. Menurut sesetengah kajian, satu lagi masalah mengenai fruktosa ialah kesannya ke atas hati.

Tidak seperti gula lain, yang dipecahkan oleh organ tubuh lain, fruktosa mengalir terus ke hati seperti lemak � dalam perkataan lain, ia adalah karbohidrat yang bertindak seperti lemak.

Hasilnya ialah lemak dikumpulkan pada hati. Ia juga ditunjukkan menyebabkan tekanan darah tinggi, dan peningkatan kolesterol buruk (LDL).

Walaupun fruktosa adalah gula buah, banyak lagi sumber yang boleh diperolehi selain fruktosa. Sebagai contoh, serat yang dikandungi buah untuk mengimbangi sebarang kesan berbahaya. Jadi jangan berhenti memakan buah.

Sehubungan itu, CAP menggesa supaya pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran mengambil langkah yang sewajarnya bagi mendidik pengguna dan pelajar sekolah agar tidak mengambil minuman ringan. - lanh

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Leave a Reply

Labels