
Friday, 19 April 2013
Golongan Wanita Yang dijamin Syurga
EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW :
1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).
2.
Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta
menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang
serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.
3.
Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan
tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris
hati suaminya.
4. Perempuan yang kematian suami dan ia
mempunyai anak, dan dia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga
dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain
kerana takut anak-anaknya itu terbiar.
“…Justeru itu,
lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan
bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu
sebagai seorang isteri dan juga ibu.”

Subscribe to:
Post Comments (Atom)