Friday, 19 April 2013

MINYAK KELAPA DARA SEBAGAI PENJAGAAN KULIT

0 comments
Minyak kelapa dara sebagai penjagaan kulit

Minyak kelapa merupakan minyak yang sangat sesuai untuk dijadikan minyak urut, malah disamping mengurut badan ia dapat memberi nutrisi pada kulit tubuh badan kita. Minyak kelapa boleh bertindak sebagai pelembab yang sangat berkesan bagi semua jenis kulit terutamanya kulit kering, malah dikatakan bahawa penggunaan minyak kelapa tidak memberi apa-apa kesan sampingan (alahan) pada kulit. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, bersisik dan juga mempunyai kesan parut amat sesuai menggunakan minyak kelapa dara, telah banyak bukti pada masa kini bahawa pesakit yang menghidap psoriasis, ekzema dan masalah dermatitis yang lain lebih cepat sembuh bila menggunakan minyak kelapa dara. Selain daripada itu, minyak kelapa dara turut mampu melambatkan proses penuaan kulit, menegangkan kulit dan sebagainya. Selain dari di sapu pada kulit, minyak kelapa dara diminum 2 sudu makan sehari sekali boleh membekalkan nutrisi serta bahan anti-oksidan yang banyak pada kulit tubuh badan kita.www.aniesdz.blogspot.com

Leave a Reply

Labels