Wednesday, 29 May 2013

3 Punca Sakit Jantung

0 comments




Punca Sakit Jantung yang Diambil Mudah

Senaman Drastik
Walaupun senaman itu adalah satu aktiviti yang baik, namun kita perlu berpada-pada. Kajian menunjukkan aktiviti senaman drastik menyumbangkan 6% pada sakit jantung. Justeru itu, apabila melakukan senaman, lakukan pada tahap yang sederhana. Sebagai contoh, bagi yang melakukan senaman bagi tujuan penjagaan badan sahaja (bukan atlet sukan), cukup sekadar hanya mengeluarkan peluh.

Melakukan Seks
Apabila manusia melakukan aktiviti seks, kadar degupan jantung dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi daripada paras normal. Ini akan meningkatkan kemungkinan untuk kita mengalami sakit jantung. Untuk mengurangkan risiko ini, pastikan kita sentiasa bersenam sebelum melakukan aktiviti seks.

Emosi yang Negatif
Pakar kesihatan mendapati emosi turut membawa kepada sakit jantung yang kronik. Kerana emosi yang tidak stabil melibatkan pengeluaran hormon adrenalin dan kadar degupan jantung. Ini bermakna, kekerapan mengalami emosi yang negatif amat berbahaya pada jantung dan tubuh badan kita. Maka jalan penyelesaiannya adalah sentiasa berfikiran positif dan gembira. Dengan membaca al-Quran dan mengingati kebesaran Allah, kita akan dapat menerima hakikat bahawa setiap ujian yang diturunkan adalah untuk mengurangkan dosa, dan menjadikan hambanya lebih baik dari hari yang sebelumnya.





Leave a Reply

Labels