Tuesday, 28 May 2013
Kemeja Polo
Lelaki dan Kemeja Polo
Material
Kebiasaannya lelaki gemar memilih pakaian yang direka daripada material kapas. Selain inginkan corak santai sesuai dengan gaya hidup yang aktif dan kerap berpeluh, material yang digunakan kebiasaannya memberi ruang pengudaraan yang selesa buat si pemakai malah mudah dicuci secara kerap.
Padanan Elegan
Baju kemeja polo ini merupakan satu rekaan selamat buat semua lelaki, tidak kira kamu bersaiz gempal mahupun ramping bak tiang. Semua mampu menggayakan stail kemeja polo kerana kini dengan warna dan corak yang pelbagai membantu kamu untuk ke mana-mana sahaja. Selain tampak semi formal, ia juga elegan untuk digayakan bersama denim tersayang.
Unik
Kini permainan warna pada kemeja polo begitu ketara, banyak butik mempelbagaikan rekaan mereka dengan tona memikat. Tambahan rona polos paling menonjolkan esenmu tika di khalayak kerana warna terang ini memberikan aura tersendiri pada si pemakai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































