Saturday, 11 May 2013

Lelaki Maskulin

0 comments



Lelaki Maskulin

MASKULIN berasal daripada bahasa LATIN yang membawa makna “LELAKI YANG MEMPUNYAI KUALITI TERTENTU”. LELAKI pula disifatkan sebagai seorang yang mempunyai kejantanan, merupakan pasangan kepada wanita, ada keberanian dalam diri dan sebagainya.

Maskulin, huberseksual, atau metroseksual ini sebenarnya benda yang berdasarkan pada satu perkara yang sama sahaja, iaitu sifat kelakian, ini termasuk cara bertindak, berfikir dan pelbagai aspek lagi, tetapi semua benda yang dilakukan itu mestilah kelihatan lelaki, macho, bijak dan cara berfikir.

Maksud Maskulin yang dikaitkan dengan sifat kelakian dan cara berfikir. Hal ini amat berkait rapat dengan istilah Maskulin. Jadi, apa yang difahamkan dengan sifat kelakian disini ialah sifat azali seorang lelaki yang bernafsu dengan perempuan dan bukannya lelaki. Tetapi sifat kelakian juga boleh dibahagikan kepada banyak aspek tidak hanya memfokuskan kepada nafsu dengan perempuan.

Cara berfikir pula ialah sebagai seorang lelaki normal sudah tentu kita tahu golongan manakah yang dibenarkan kepada kita untuk berkahwin atau bercinta oleh Allah SWT, agama, negara malaysia, keluarga, dan masyarakat. Jadi lelaki Maskulin sudah tentu akan pilih pasangan lawan dan bukannya pasangan sejenis.





Leave a Reply

Labels