Saturday, 11 May 2013

Tips Pilih Gincu

0 comments



Tips Pilih Gincu Ikut Warna Kulit

Pemilihan warna gincu adalah bergantung kepada citarasa setiap individu. Walaubagaimanapun, sebelum membeli gincu, lihat warna kulit anda. Wanita berkulit gelap lebih sesuai menggayakan warna-warna dramatik, terang dan gelap. Mereka yang mempunyai bayangan kulit kekuningan warna-warna panas adalah lebih sesuai.

Warna plum, wain dan merah tua amat sempurna untuk mereka yang berkulit gelap, sementara warna-warna perang lembut, kuning air dengan bayangan warna merah jambu dan oren sesuai dengan mereka yang mempunyai ton kulit cerah. Kulit sawa matang sesuai dengan warna-warna merah keperangan, perang muda dan julat warna keungguan.

Alternatif lain ialah melihat sama ada barang kemas perak atau emas yang lebih sesuai dengan anda. Warna yang menyerahkan kulit merupakan indikasi terbaik sama ada anda mempunyai ton warna kulit. Emas sesuai untuk kulit cerah, manakala perak menyerlahkan kulit sejuk.


MEMILIH WARNA GINCU YANG SESUAI DENGAN JENIS KULIT
Menurut jurusolek dan konsultan warna untuk No7, Lisa Eldridge, bahagian dalam lengan boleh menunjukkannya. Sekiranya kulit pucat dan urat kelihatan biru cerah, anda mempunyai ton warna kulit yang sejuk.


GINCU MERAH JAMBU

Kulit kuning : Hindari warna merah jambu pucat kerana ia hanya akan membuat anda kelihatan lebih pucat, pilih warna merah jambu dari rona anggur atau berry pink.

Kulit agak gelap : Pilih warna merah jambu dengan efek sheer, berkilat, agar semakin menawan.

Kulit sawo matang : Pilih warna merah jambu bernuansa mocha atau kecoklatan.


GINCU MERAH

Kulit putih : Warna merah dalam variasi apapun pastinya sesuai jika anda dalam kategori wanita berkulit putih. Namun jangan terlalu menjolok mata, sesuaikan dengan waktu dan acara.

Kulit kuning : Pilih merah tua dengan sedikit rona ungu seperti warna merah maroon atau burgundy. hindari gincu merah berona jingga, kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.

Kulit gelap : Penampilan akan lebih terserlah dan sesuai sekali sekiranya anda mengenakan gincu berwarna coklat tua atau warna red mahogani.


GINCU COKLAT

Kulit putih : Pilih coklat beige berona merah jambu untuk menambahkan kesan segar dan aktif. Jika menghadiri majlis malam, pilih gincu dari rona honey agar kelihatan semulajadi atau warna mocha untuk menonjolkan karakter wajah anda, terutama jika tulang pipi agak menonjol.

Kulit sawo matang : Pilih gincu warna coklat nuansa kopi agar terkesan eksotik. Tetapi jika tujuan anda untuk menonjolkan warna kulit, terutama untuk penampilan disiang hari, warna mocha adalah pilihan yang paling sesuai. Untuk waktu pagi, gincu karamel digunakan untuk kesan segar semula jadi.

Kulit kuning langsat : Pilih coklat toffee agar wajah segar, bercahaya. Variasi mahogany menonjolkan karakter muka, dan memiliki kesan dewasa. Sedangkan coklat sedikit merah atau plum, punya kesan nakal menggoda.

Kulit gelap : Coklat memang diciptakan untuk anda. Baik sekiranya anda dapatkan coklat gelap dengan sentuhan plum pekat atau glossy beige.





Leave a Reply

Labels