Wednesday, 29 May 2013
          Lemah Kawalan Kencing
Masalah Lemah Kawalan Kencing
Walaupun masalah lemah kawalan kencing merupakan masalah yang biasa, adalah penting untuk anda memahami bahawa terdapat beberapa jenis masalah kawalan kencing. Mengenalpasti jenis masalah kawalan yang dialami membantu anda dalam bagaimana cara terbaik untuk mengurus dan mengawal situasi anda.
Ianya juga adalah penting untuk wanita memahami mitos-mitos dan fakta-fakta mengenai masalah kawalan ini. Anda mungkin kadangkala berfikir bahawa anda mengawal masalah yang dialami tetapi mungkin sebenarnya, anda menjadikan masalah tersebut lebih teruk.
Bukan sahaja wanita yang terlibat dalam hal ini, lelaki dan kanak-kanak tidak kira tua mahupun muda boleh mengalami pelbagai masalah pundi kencing. Pastikan anda menerokai pautan kami untuk ke bahagian lain dan dapatkan pelbagai informasi yang dapat membantu orang yang tersayang menjalani kehidupan yang sempurna.
Mengetahui jenis inkontinen yang anda alami dapat membantu anda mendapatkan bantuan daripada doktor anda atau pakar kesihatan. Bincang dengan mereka secara terbuka mengenai cara yang terbaik untuk mengurus masalah lemah kawalan kencing anda. Mereka boleh membantu anda mengetahui punca-punca dan memberikan nasihat serta langkah-langkah untuk mengawal dan merawat anda. Terdapat beberapa jenis inkontinen.
Inkontinen Jenis Tekanan (Stress).
Wanita dengan inkontinen tekanan boleh mengalami kebocoran air kecil ketika batuk, bersin, ketawa, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti yang berat. Melahirkan anak dan menjalani sesetengah pembedahan boleh melemahkan otot lantai pelvik (otot di bawah pundi kencing) menyebabkan kebocoran urin ketika bahagian abdomen mengalami tekanan. Kedaan ini selalunya berlaku pada perempuan yang masih muda.
Inkontinen jenis ini selalunya berlaku pada individu yang memiliki sfinkter (otot pencerut) yang lemah. Otot-otot lantai pelvik dan sfinkter tidak dapat memastikan tiub pengaliran keluar pundi kencing (uretra) tertutup ketika melakukan aktiviti yang memberi tekanan pada abdomen.
Inkontinen Jenis Desakan
Wanita dengan masalah ini boleh kehilangan air kencing (urin) dalam jumlah yang besar. Wujud perasaan ‘tidak sempat ke bilik air’. Inkontinen jenis ini selalunya disebabkan oleh pundi kencing yang terlebih aktif, ia berkontraksi sebelum individu betul-betul bersedia.
Ramai wanita yang mengalami inkontinen jenis desakan akibat daripada infeksi yang menyebabkan iritasi kepada pundi kencing atau salur keluar pundi kencing (uretra), atau menyebabkan spasma (pengecutan otot luar kawalan) otot, yang memaksa pengeluaran air kencing dari pundi kencing. Sembelit juga boleh menyebabkan masalah ini akibat daripada kehilangan keupayaan untuk mengawal otot. Strok, kecederaan spinal cord (saraf tunjang), dementia (nyanyuk) atau penyakit-penyakit yang mempunyai kesan terhadap sistem saraf seperti Parkinson dan multiple sclerosis juga boleh menyebabkan kelemahan kawalan kencing jenis ini.
Inkontinen Jenis Campuran
Adalah tidak mustahil untuk seseorang itu mengalami simptom kedua-dua jenis inkontinen jenis stres dan desakan pada masa yang sama. Kedua-dua jenis masalah ini mungkin atau tidak mungkin berkaitan dan perlu diteliti secara berasingan.
Inkontinen Jenis Melimpah
Sesetengah wanita mengalami keadaan di mana mereka tidak mempunyai rasa/desakan untuk kencing atau mengalami keadaan yang mana uretra (saluran keluar air kencing) tersumbat. Di dalam kedua-dua keadaan ini, pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sepenuhnya, dan apabila air kencing di dalam pundi berlebihan, air kencing tersebut akan dipaksa keluar. Lemah kawalan kencing jenis ini sering berpunca daripada masalah sistem saraf dan kecederaan pada otot saraf tunjang.
Inkontinen disebabkan Penggunaan Ubat
Terdapat setengah ubat yang boleh menjadi punca kepada kegagalan kawalan kencing untuk mengecutkan otot atau menghalang isyarat dari pundi kencing yang telah penuh ke otak. Dalam keadaan ini, doktor mungkin menukar jenis ubat yang diambil bagi mengurangkan kesan sampingan yang dialami. Dengan menggunakan produk Poise®, ia dapat membantu mengurangkan masalah ini sehingga pengambilan ubat di tamatkan.
Rujuk kepada pakar kesihatan atau doktor anda dengan kerap untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan jenis-jenis masalah lemah kawalan kencing.
Sumber : Poise.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































