Makanan seimbang
Tindakan mengawal paras glukosa
dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi
kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan
karbohidrat dalam pemakanan
perlu diawasi.Kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi
karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya
perlu. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat
dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Berikut adalah contoh makanan
yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.  
Susu
Kombinasi vitamin D dan kalsium
sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita
yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang
berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu
langsung. 
Salmon 
Salmon kaya dengan asid lemak
omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung,
menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan
insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.
Sereal atau Oatmeal
Sereal atau oatmeal merupakan
sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain
mengandungi serta tinggi, ia juga merupakan sumber  tenaga. Jadi,
lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal. 
Blueberry
Pterostilbene yang terdapat di
dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam
sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin
membantu melawan kanser dan diabetes. 
Brokoli 
Kajian mendapati brokoli
memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh
darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti
Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu
memulihkan pembuluh darah
Bawang Putih
Bawang putih mengandungi galian
tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih
kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat
penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak
mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku
keadaan tidak sedarkan diri atau
koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan
ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.
MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN
PESAKIT DIABETES
·     Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis,
kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.
·      Semua
cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong,
kacang panjang, teh tanpa  gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.
·   Perasa
dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah,
bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya. 
·        
Semua
daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan
bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan
laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak,
perut, limpa). 
PANDUAN AM UNTUK PESAKIT
DIABETES
Anda boleh menikmati tiga
hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang
masa yang tetap. 
·        
Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak
berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan
 berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
·     Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal
paras gula darah dan mengelakkan sembelit. 
·   Sumber
serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang,
kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam  dalam masakan dan
elakkan makanan tinggi kandungan garam.
·     kurangkan
jumlah pengambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim,
minyak kelapa, santan dan krim salad. 
Sumber:Editorial Rapi