Saturday, 11 May 2013
Petua Penjagaan Kuku
Petua Penjagaan Kuku
Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan sempurna anda boleh mencuba dan mengamalkan petua penjagaan seperti dibawah. Tabiat manusia kadang-kadang boleh membawa kepada kerosakan dan kecederaan kuku tanpa disedari. Berikut adalah petua yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian:
Guna losyen tangan selepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.
Ambil makanan tambahan jika anda rasa pengambilan diet seharian tidak cukup. Ia bukan sahaja untuk kuku tetapi untuk seluruh tubuh badan,
Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
Sapukan bedak khas untuk kaki.
Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
Rajin urut kutikel supaya kuku tumbuh dengan baik.
Minum banyak air.
Makan banyak buah-buahan dan protein.
Pakai kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutamanya di celahan jari dan keringkan sebaiknya.
Jika anda berstokin, tukar setiap hari dan jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
Sesetengah orang cepat berpeluh. Justeru itu pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat dari kulit atau kanvas tapi bukan sintetetik. Sandal mungkin sesuai.
Jika berdepan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa dengan doktar dan jangan cuba mengoreknya.
Rajin membersihkan kuku dengan merendamkan kaki ke dalam air yang hangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

.jpg)

































