Saturday, 11 May 2013

Sebab Kuku Rosak

0 comments



Faktor Penyebab Kuku Rosak

Ada banyak faktor yang menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat. Fungus pada kuku menyebabkan berlakunya perubahan pada warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius, anda mungkin hilang nail plate (lapisan kuku paling atas). Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik iaitu seperti berikut :

Sakit berkaitan hati – Kuku berwarna putih
Sakit buah pinggang – Kuku separuh berwarna merah jambu dan separuh berwarna putih
Sakit jantung  Nail bed berwarna merah
Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya





Leave a Reply

Labels