Saturday 24 September 2011

Tips Menangi Hati Si Kecil

0 comments



Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga punya hati dan perasaan. Mendidik mereka ada caranya. Yang pastinya bukan dengan arahan atau herdikan. Belajarlah menjaga hati dan perasaan si kecil kesayangan anda itu.

Jika tidak kena gayanya, menjadi ibu bapa merupakan tugas yang sangat berat untuk dilaksanakan. Tanggungjawab seorang ibu ataupun bapa itu bukanlah semudah yang disangka. Lihat orang lain menjaga anak, nampak macam senang. Setelah ada anak sendiri, baru tahu keadaan sebenarnya. Tapi, itu semua bukan alasan untuk tidak menjadi ibu atau bapa yang baik. Sebenarnya dalam mengasuh anak, ada satu ilmu yang ingin dikongsi bersama agar gelaran ibu atau bapa itu bukan bebanan malah menyeronokkan. Ilmu yang dimaksudkan itu ialah ilmu menangi hati anak. Atau dalam erti kata lain ‘beli jiwa’. Jika ibu bapa pandai mengambil hati anak-anak, tentu setiap kata dan nasihat ibu bapa akan mereka turut tanpa banyak soal.

Ibu atau bapa perlulah sanggup luangkan masa untuk anak. Walaupun sibuk, sekurang-kurangnya seminggu sekali, bawalah anak keluar bersantai. Ke taman permainan misalnya. Barulah anak rasa gembira. Tidaklah asyik terperuk di rumah. Selain itu, sekali sekala, berilah anak hadiah. Hadiah tidak semestinya yang mahal, sekotak kecil kismis pun boleh dijadikan hadiah. Seperti orang dewasa, kanak-kanak akan rasa gembira setiap kali dapat hadiah lebih-lebih lagi jika hadiah tersebut dia dapat setelah melakukan perkara yang baik. Misalnya, kita beri dia hadiah selepas dia berjaya berkelakuan baik ketika bertandang ke rumah saudara mara.
Berikut adalah tips tambahan yang juga boleh dipraktikkan selalu :-
 
 
*Pujilah anak selalu agar dia sentiasa rasa gembira.
 
*Beri tumpuan ketika anak bercakap walaupun bahasanya kurang difahami.
 
*Jangan marahkan anak atas kesalahan yang dia tidak buat.
 
*Selidik dahulu perkara sebenar.
 
*Sentiasa maafkan anak kerana kanak-kanak sedang membesar sering melakukan pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ibu bapa.
 
*Jangan paksa anak melakukan aktiviti yang dia tidak gemari.
 
*Jadilah rakan karib kepada anak-anak.
 
*Berikan sokongan padu dalam setiap aktiviti yang anak lakukan. Jika berjanji, jangan mungkiri.

Leave a Reply

Labels