Tuesday, 17 July 2012

BLUE PLANET...SATU RENUNGAN

0 comments




Dunia hari ini semakin rancak bergerak mengubah wajahnya kepada wajah digital dan teknologi. Ini sebenarnya menggambarkan betapa manusia itu hebat apabila menggunakan akal mereka dalam sesuatu perkara.

Penulis sangat berminat mengikut siri "Blue Planet" yang disiarkan di tv3 yang berbentuk dokumentari mengenai kehidupan dunia di bawah lautan bermula dengan kehidupan pelbagai populasi ikan dari sekecil sehingga sebesarnya dan sehingga terumbu karang. Bagi yang mengikuti siri ini akan kagum melihat gabungan teknologi hasil daya cipta akal manusia mampu mencatat satu siri pengembaraan di bawah lautan yang begitu teliti sekali pengkajiannya.

Dalam satu siri ada dinyatakan tentang kajian para saintis mengenai kepupusan banyak jenis ikan seperti ikan tuna biru yang amat digemari di Jepun dan juga spesis yang lain. Yang amat menarik mereka mendapati dengan kepupusan ini maka dalam satu tempoh ikan yang ada di lautan tidak lagi mencukupi untuk menampung permintaan manusia!! Sejenak terfikir, lautan yang begitu luas dengan spesis ikan yang begitu banyak tetapi akhirnya nanti tidak jugak mencukupi untuk memberi manusia makan. Logikkah ini?

Pengkaji tersebut bersungguh-sungguh menyeru manusia agar menghormati dan menjaga kehidupan laut dan usaha menyelamatkan spesis-spesis ikan dan terumbu karang ini perlu dibuat segera. Antara usaha dicadangkan seperti penternakan ikan namun usaha ini bukan jawapan terbaik kerana memerlukan belanja yang besar. Misalnya bagi menternak udang harimau maka 2 kilo ikan diperlukan bagi membesarkan seekor udang harimau. Bagitu juga bagi menternak ikan tuna biru yang memerlukan jumlah ikan yang besar sedangkan dalam masa yang sama, ikan yang dijadikan makanan pada penternakan itu juga diperlukan oleh manusia keperluan harian. Siapakah yang mesti diutamakan!? Wah !! Hebat pertembungan ini.

Pendedahan seperti ini seperti ini sebenarnya amat menakutkan bagi yang melihat bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Amat mudah sebenarnya bagi Allah hendak menarik nikmatnya walaupun satu ketika lautan merupakan satu sumber makanan yang kita rasakan tidak akan habis dimakan tetapi hakikat hari ini berbeza. Dan ini juga menggambarkan betapa hebatnya Allah yang mampu mentabdbir alam lautan yang mempunyai pelbagai jenis spesis ikan yang masing-masing diberikan rezeki oleh Allah. Tetapi apabila manusia sendiri cuba menternak ikan begitu tinggi usaha dan perbelanjaan yang diperlukan bagi menternak ikan tersebut.

Dalam al Quran kita akan berjumpa Allah berfirman bahawa rezeki itu daripadaNya. Maka kepadaNya kita akan memohon rezeki dengan kembali garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah bagi menjadi individu muslim yang baik dengan mentaatiNya dan menjauhi laranganNya.

Inilah renungan yang perlu kita sedari sebelum terlambat. Manusia tampak hebat dengan teknologi dan kecanggihan bagi mengatasi segala masalah yang ada pada hari ini hatta kekurangan makanan sama ada di darat atau di laut
tetapi perlu diingat Allah lebih hebat boleh memberi dan menarik sekelip mata sahaja. Biarlah setiap usaha ini mempunyai gabung jalin usaha dan kembali pada Allah sebaik-sebaik tempat penggantungan.

Jika di daratan diancam kepupusan dan pencemaran dan begitu juga di lautan,adakah bumi ini akan kekal selama-lamanya? Adakah kita akan mencari planet yang lain atau kembali pada Allah? Jawapannya ada dan jelas bagi mereka yang berfikir....

Leave a Reply

Labels