Saturday, 21 July 2012

Cara Mendapatkan Pertolongan Allah (Bahagian 2)

0 comments


Untuk mendatangkan roh (kekuatan) dalam amal maka kita perlu:

  1. Sahih Yakin - iman yang berpunca dari dakwah dan korban
  2. Sahih Tariqat - cara (sunnah) yang betul dari taklim masail
  3. Sahih Dian - penumpuan yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan tilawah Quran, zikir dan doa
  4. Sahih Jazbah - keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca dari taklim fadhail
  5. Sahih Niat - niat yang betul dari kesempurnaan iman.

Untuk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya tidak ada seorang pun yang kita sakiti. Hindarkan dari menjadi muflis di akhirat. Segalanya akan mulai wujud dalam suasana dakwah. Oleh itu iman akan mulai terbina. Sebagaimana kisah Abu Darda' yang yakin dengan amalan yang diajarkan oleh Nabi s.aw. Bila diberitahu rumahnya terbakar namun dia tetap yakin rumahnya selamat walaupun beberapa kali orang datang memberitahu rumahnya terbakar. Akhirnya terbukti kebenarannya walaupun rumah jiran sekelilingnya terbakar.

Nasihat Maulana: Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan keyakinan itu amatlah rumit. Dalam dunia keputusan Allah beransur-ansur. Seperti diciptanya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran dan pembinaannya beransur-ansur. Alam akhirat adalah serta-merta serta tiada lagi proses ansuran. Seperti kubur, mahsyar, mizan dan sirat yg laju seperti kilat. Bila hisab dilewatkan manusia menjadi gelisah. Sengsara yang tidak tertahan sehingga manusia berkata: "Cepatkanlahpenghisaban... kami tidak tertahan lagi kepedihan ini... walaupun keputusannya masuk neraka pun kami rela. Semua Anbiya tidak berani menghadap Allah.

Inilah kesengsaraan akhirat. Nabi Muhammad saw dan sahabat menangis mengenangkan hari penghisaban yang bakal tiba. Kehidupan kita melalui beberapa peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur & alam akhirat. Keadaan di dunia ini melambangkan cara hidup akhirat. Oleh itu keperluan terpenting manusia ialah hidayat. Hidayat ialah Nur yang masuk ke dalam hati manusia dan memberi kefahaman tentang 1000 tahun dahulu & 1000 tahun kemudian. Apa yang ada di langit pun mereka faham. Malah segala kejadian Allah akan difahami. Sebenarnya tiada kejayaan dalam benda. Kejayaan hanya wujud dalam amal tetapi ianya tidak nampak.

Dan umat terbahagi kepada 2 golongan:

  1. Mereka nampak kejayaan dalam kebendaan. Jalan hidup mereka tidak betul.
  2. Yakin kejayaan dalam amal maka mereka memilih cara hidup Nabi saw dan kehidupan mereka susah.

Umat yang yakin dengan kebendaan merasa berjaya hanya bila lihat perniagaan besar, pengaruh yang kuat. Pokoknya segala asbab yang dapat dilihat. Manakala kejayaan dalam amal pula, segala asbabnya adalah ghaib seperti berkat, pahala, malaikat dan nusrah Allah. Tidak dapat dilihat dengan mata zahir.

Pemimpin kafir tuduh sahabat berjuang ada kepentingan. Bila Abu Bakar baca Al Quran semua penduduk Mekah tertarik oleh itu mereka mula bimbang. Tuhan mereka yang banyak (360 berhala) itu cipta seekor lalat pun tak mampu. Makhluk diciptakan lemah. Hanya Allah berkuasa. Dengan satu perintah-Nya semuanya jadi. Manusia begitu lemah. Jika seluruh manusiaberkumpul dari keturunan sejak beribu tahun dahulu untuk cipta satu kaki nyamuk pun tidak mampu. Untuk itu kita perlu senantiasa cakap kebesaran Allah dan ambillah juga sikap suka mendengarnya, serta sentiasa menafikan kehebatan makhluk.

Umat yang beriman kecil kelompoknya. Nabi Musa pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya (Hawariyyin). Baginda menerangkan dengan sungguh-sungguh tentang tugas dan kepentingan kerja ini. Tetapi tidak ramai yang taat. Nabi kita pernah menawarkan dirinya: "Sesiapa yang boleh saya bawa pada keluarga kamu atau kampung kamu?" Rayuan demi rayuan dibuat oleh Nabi saw tetapi hanya sekelompok kecil yang tertarik. Hinggalah bantuan ghaib tiba dengan berbagai cara.Penduduk Madinah mempunyai kekuatan dalam iman,
ibadat, muasyarat, muamalat dan akhlak. Segalanya mengikut ajaran Nabi. Orang luar menjadi amat tertarik apabila melihat cara hidup mereka. Dari jahiliyah bertukarkepada kehidupan yang baik. Malah di depan rumah sahabat dibina sebuah rumah persinggahan yang kecil. Daging disediakan untuk musafir yang lalu.

Setiap musafir diminta makan dan minum walaupun tanpa turun dari tunggangannya. Musafir dapat melihat kemakmuran Masjid Nabawi. Ia telah dimakmurkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa kerohanian yang berlainan dari sebarang tempat lain seumpama seorang yang masuk dari tempat yang panas ke tempat yang "berhawa dingin." 'Mahol' iaitu suasana di Masjid Nabawi mengubah kerohanian. Contoh masjid di atas muka alam ini ialah Masjid Nabawi. Dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah. Dalam 24 jam jumpa orang dan bawa ke masjid untukhidupkan amalan jemaah masjid. Di akhir zaman ini kita tidak dituntut untuk berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadis ada diberitahu:

"Seorang yang buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat fadhilat 50 sahabat."


Bersambung........................ 


Leave a Reply

Labels