Sunday, 22 July 2012

Tips Jantung Sihat (Hari Kedua Puluh Dua) : Ambil Vitamin D dan Minyak Ikan

0 comments





Kajian ke atas semua jenis vitamin yang boleh mencegah penyakit jantung disimpulkan, didapati bahawa dua jenis suplemen ini amat bermanfaat. “Diet suplemen yang konsisten dengan kajian ujian klinikal menunjukkan bahawa minyak ikan mampu mencegah kematian kardiak,: kata Dariush Mozaffarian, MD, DrPH, Pembantu Profesor Perubatan di Sekolah Perubatan Harvard. Asid lemak Omega-3 menstabilkan system elektrik jantung, menurunkan tekanan darah dan trigliserida, memperlahankan pembentukan plak pada arteri, dan mengurangkan inflamasi. Minyak ikan lebih berkesan dari statin dalam mencegah kematian disebabkan kegagalan jantung pesakit, berdasarkan kajian terkini dari Itali.

Vitamin D boleh meningkatkan keupayaan kesihatan badan termasuk jantung. Kajian terkini menunjukkan bahawa ianya mampu mengurangkan kemungkinan risiko penyakit arteri berlaku iaitu sekitar 80% dan juga kemungkinan penyakit diabetes. 



Mengenali Vitamin D

Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk  vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif

Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur. mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit. 







Leave a Reply

Labels