Thursday, 26 July 2012
Doa Seorang Isteri
Ya Allah Ya Rahman Ya
Rahim
Kau ampunilah dosa ku
yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku
dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku
kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku
dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah
lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah
semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku
sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini
adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan
dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini
adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat
kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini
adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku
dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini
adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah
laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini
jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran
untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini
ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku
jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku
tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku
kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku
tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku
kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku
menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk
menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha
Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha
Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap
berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke
jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai
dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku
didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar
dan derhaka
Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa
petunjukMu
Aku buta tanpa
bimbinganMu
Aku cacat tanpa
hidayahMu
Aku hina tanpa
RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan
semangatku
Tabahkan aku
menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri
yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku
untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi
isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah
dengan dugaanMu
Kerana aku sedar
hinanya aku
Kerana aku insan lemah
yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan
keindahan duniamu
Kerana kurang
kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku
mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin
menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































