Thursday, 26 July 2012
Hukum Menyembunyikan Kebenaran (Bahagian 1)
Isi Perbincangan:
1. Sikap buruk
ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani yang menyembunyikan kebenaran.
2. Larangan
menyembunyikan ilmu.
3. Hukum mengambil
upah dan gaji dari mengajar ilmu-ilmu agama.
Sesungguhnya orang-orang yang
menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan
petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab
Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang
bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang
mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah
Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)
Sebab turun ayat
Ayat ini diturunkan
disebabkan sikap ahlul kitab yang menyembunyi kebenaran yang terdapat di dalam
kitab-kitab mereka. Ketika mereka ditanya mengenai kedatangan Nabi Muhamad
s.a.w., mereka tidak mahu menyebutkannya, padahal di dalam kitab-kitab mereka
dengan jelas ada menyatakan mengenainya. Ini adalah disebabkan rasa dengki dan
benci.
Ibnu Abbas menyatakan bahawasanya Muaz bin Jabal bersama beberapa sahabat
bertanya kepada sekelompok pendeta Yahudi tentang beberapa perkara yang
terdapat di dalam Taurat. Pendeta ini tidak mahu menerangkannya kepada
orang-orang yang bertanya. Dengan perbuatan pendeta Yahudi ini, lalu Allah
menurunkan:
Sesungguhnya orang-orang yang
menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan
petunjuk hidayah..
Pengajaran dan Hukum
Orang-orang Yahudi dengan Tauratnya dan Nasrani dengan Injilnya, mereka ini
memanglah bersikap tidak mahu menjelaskan isi sebenar kandungan kitab
masing-masing. Terutamanya mengenai sifat-sifat dan identiti Nabi akhir zaman.
Apabila ada orang bertanya, mereka akan menyembunyikannya.
Memang, di dalam kitab asal mereka samada Taurat mahupun Injil ada menyebutkan
tentang kebangkitan nabi akhir zaman dan disertakan sekali sifat-sifatnya. Dan
sifat-sifat itu ada selengkapnya pada Nabi kita Muhamad s.a.w. Mereka ini
dengki dan takutkan pada bayang-bayang sendiri. Mereka pada hakikatnya tahu dan
mengenal benar-benar bahawa Muhamad adalah nabi akhir zaman, tetapi mereka
dengan angkuh dan sombong menafikan kebenaran ini. Ada sebahagiannya merasa
kecewa kerana nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka. Begitulah jahatnya
pendita-pendita Yahudi dan Nasrani.
Tidak cukup setakat itu, mereka menyembunyikan juga beberapa syariat yang
diturunkan kepada mereka. Antaranya ialah mereka menyembunyikan mengenai hukum
rajam bagi penzina. Kejahatan pendeta Yahudi dan Nasrani ini bertambah-tambah
lagi dengan tidakan mereka mengubah perkataan-perkataan yang ada dalam kitab
mereka serta menafsirkankanya berdasarkan hawa nafsu mereka.
Lalu Allah membuka pekong di dada mereka dengan menurunkan ayat di atas.
Jelaslah sekarang, Taurat dan Injil (Bible) yang ada sekarang ini bukanlah
kitab yang asli. Ia adalah hasil ciptaan para pendeta mereka.
Mengapa mereka
merubahnya?
1. Kerana sifat jahat
dan dengki yang membara di dada mereka. Padahal mereka kenal siapa itu Muhamad
melalui kitab-kitab yang asli.
2. Mereka merubahnya
kerana mahu memenuhi selera dan nafsu.
3. Mereka merubahnya
kerana isis ajaran agama itu tidak dapat berhadapan dengan kehendak dan
perubahan zaman.
Pada hakikatnya, para penganut Yahudi dan Nasrani telah tertipu dengan
keilcikan para pendeta mereka.
Kita sedih dengan perkembangan yang berlaku di mana sebahagian dari umat
Islam Melayu yang terjebak dengan tipu daya para pendeta Kristian. Satu agama
yang sudah tidak diterima oleh barat.
Ketika masyarakat barat berebut-rebut menjadi athies/mulhid kerana
kebatilan-kebatilan yang ada dalam ajaran Kristian, samada dari sudut logik
akal dan naluri kemanusiaan, sebahagian masyarakat di Asia ini boleh merelakan
diri untuk ditipu dengan seribu satu macam khurafat dan kekarutan.
Masyarakat barat, tindakan mereka meninggalkan agama itu adalah tindakan
yang bijak. Kerana akal manusia yang sejahtera tidak dapat menerima ajaran
agama itu. Tetapi, amat disayangkan sekali kerana sebahagian mereka tidak
memilih Islam sebagai pegangan. Sebahagian dari kita di sini, tindakan mereka
keluar dari Islam dengan memilih Kristian sebagai agama adalah satu tindakan
bodoh. Kerana memilih agama yang penuh dengan bumbu-bumbu tipu daya dan
khayalan sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































