Thursday, 26 July 2012

HADITH :: DOSA BESAR

0 comments



Hadith 1
--------
Daripada Umair R.A, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Sesungguhnya antara sebesar-besar dosa besar ialah mensyirikkan Allah,
menderhaka kepada kedua ibu bapa, memandulkan binatang jantan, dan
menghalang penggunaan air.’
(Riwayat al-Bazzar)

Hadith 2
--------
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Di antara dosa-dosa besar ialah mensyirikkan Allah, berputus asa dan
kecewa
daripada rahmat Allah s.w.t.”
(Riwayat al-Bazzar)

Hadith 3
--------
Daripada Ibn Umar R.A berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Di antara dosa-dosa besar ialah mensyirikkan Allah, menuduh seorang
wanita
yang soleh dan bermaruah melakukan zina, membunuh diri, melarikan diri
dari
mesan perang, menggunakan harta anak yatim, menderhaka kepada kedua ibu
bapa
dan berpaling daripada kiblat ketika hidup dan mati.”
(Riwayat al-Baihaqi)



Hadith Qudsi



                  "Sesiapa yang memusuhi kekasih(waliKu), maka Aku
                  mengisytiharkan perang terhadapnya.  Tidak ada satu perbuatan
                  mendekatkan diri (taqarrub) kapada Aku oleh hambaKu yang Aku
                  cintai selain daripada kewajipan2 yang Aku fardhukan
                  keatasnya.  HambaKu akan terus beramal menghampiri diri
                  kepadaku dengan melakukan amalan2 sunat sehingga Aku
                  mencintainya.  Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku
                  (menjadikan) pendengaran yang dengannya dia mendengar,
                  penglihatan yang dengannya dia melihat, tangannya yang
                  dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya ia berjalan. 
                  Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya.  Dan
                  jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku
                  akan melindunginya.  Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang
                  Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu
                  yang mukmin, di mana dia membenci maut sedang Aku tidak suka
                  menyakitinya."
                  (Hadith Riwayat al-Bukhari)



                  "Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah,
                  kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala
                  kesulitan duniawi." (riwayat Ad-Dailami) 

Leave a Reply

Labels