
Saturday, 28 July 2012
Fakta Benar
1- Tahukah Anda dalam bahasa
Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.
Dalam
bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga
boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.
Fakta benar - Tokoh saintis
Islam Ar-Razi telah menghafal Quran sejak
berusia 9 tahun lagi sebelum
menceburi bidang sains.
2 - Tahukah Anda bendera
negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan
bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.
Fakta benar - Bendera
Khalifah Islamiyah (kain putih dengan kalimah
syahadah) berusia 1430
tahun lebih....Oh, tolak 100 tahun selepas
kejatuhan Khalifah Turki
Uthmaniyah (1924).
3 - Tahukah Anda kedua belah
kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki
kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama
jadi tentunya besarnya juga tidak sama.
Fakta benar - Anggota yang
paling banyak digunakan secara fizikal (contoh
tangan kanan),
jisim otot anggota itu lebih kuat, berat dan besar dari anggota
yang lain (tangan
kiri).
4 - Tahukah Anda magnet ialah
sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya, magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain ke arahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah
magnet.
Fakta benar - Planet bumi
sendiri adalah magnet kerana mempunyai teras
bumi dari besi. Selain dari itu,
medan magnetnya (Van Allen belt)
melindungi bumi dari sinar solar (solar
flare) dr matahari yg dianggarkan
menghasilkan sinar radiasi dari berjuta-juta bom atom hiroshima setiap saat
yang boleh membunuh semua kehidupan di
bumi. Maha
Suci Allah dari
sebarang kekurangan!
5 - Tahukah Anda cicak
memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak
akan
diekori lagi.
Fakta benar - Ekornya boleh
tumbuh kembali. Dikaji oleh saintis dengan
harapan dapat
mencari rahsia mengklonkan anggota-anggota atau organ-organ
manusia yang rosak akibat
penyakit dan sebagainya.
6 - Tahukah Anda burung dapat
pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga
beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap
walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai
alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
Fakta benar - Burung mempunyai
deria yg sentitif terhadap medan magnet
bumi yg
bertindak seperti kompas.
7 - Tahukah Anda gunung
berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif
untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak
akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
Fakta benar - Banjaran Gunung
spt di Banjaran Himalaya, Andes, Titiwangsa
dan sebagainya lapisan
bawahnya bertindak seperti "paku" yang masuk
jauh ke dalam kerak bumi dan
menstabilkan hanyutan benua.
8 - Tahukah Anda pada zaman
ini, orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
Fakta tersangat benar -
Kisah2 org seperti ini telah diceritakan secara
terperinci dan tanpa tokok
tambah (Kisah Rasullullah Sallahu 'alaihi wassalam
dan
sahabat2 utamanya Saidina Abu Bakar RA, Umar, Utsman, Ali dan
sebagainya)
9 - Tahukah Anda walaupun
hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada
gunanya.
Fakta tersangat benar - Tahukah
anda bahawa Al-Quran itu datang dari Allah,
Tuhan
seluruh Alam dan agama yg lain sesat. Tapi hanya sedikit manusia yang
mahu
benar-benar beriman kepadanya?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)