Thursday, 26 July 2012
Ibadah Haji dan Qurban
Ibadah Haji
".. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dgn
mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yg mampu dan berkuasa sampai kpdNya, dan
sesiapa yg kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha
Kaya dan tdk berhajatkan sesuatu pun drp sekelian makhluk.." (Aali Imran:
97)
Ibadah haji yg merupakan rukun Islam yg kelima, mula disyariatkan pd thn
keenam slps hijrah dgn turunnya firman Allah SWT spt yg tlh dinyatakan di atas.
Pd thn tersebut Rasulullah SAW bersama2 lbh kurang 1500 umat Islam lain
berangkat ke kota Mekah utk menunaikan ibadah haji ttpi dihalang oleh kaum
kafir Quraisy, seterusnya membawa kpd peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah di
antara kedua-dua belah pihak.
Seumur hidupnya Rasulullah SAW hanya sempat menunaikan ibadah haji sekali sahaja,
iaitu pd thn kesepuluh hijrah. Pd thn ini juga turunnya firman Allah SWT dr
surah al-Maaidah ayat 3 yg bermaksud:
".. Pd hari ini org kafir tlh berputus asa utk (mengalahkan) agamamu,
oleh sbb itu jgnlah kamu takut kpd mereka dan takutlah kpd Ku. Pd hari ini tlh
Aku sempurnakan utk kamu agamamu, dan tlh Aku cukupkan nikmatKu kpd kamu, dan tlh Aku redha Islam itu sbg agama
bgmu.."
Pd waktu ini juga Rasulullah SAW tlh menyampaikan khutbahnya yg terakhir
kpd umat Islam yg berada bersama2 Baginda SAW dan berpesan agar mereka
menyampaikannya pula kpd muslimin lain yg tdk hadir bersama2 mereka pd hari itu.
Peristiwa bersejarah ini berlaku pd 9 Zulhijjah thn kesepuluh hijrah sewaktu
berada di Arafah. Bbrp bulan stlh peristiwa ini Baginda SAW jatuh sakit dan
akhirnya wafat, stlh menyempurnakan segala risalah dan amanah yg wajib
disampaikan kpd umatnya..
Peristiwa haji berkait rapat dgn kisah Nabi Ibrahim AS, isterinya yg
bernama Hajar serta anak mereka Nabi Ismail AS.. Allah SWT memerintahkan kpd
Nabi Ibrahim AS agar meninggalkan Hajar di sebuah tempat yg tandus, bersama2
anaknya Nabi Ismail AS yg masih kecil. Kisah ketabahan Hajar yg berulang alik
antara bukit Safa dan Marwah utk mencari air (lambang kpd ibadah sa'ie), kisah
bagaimana dgn kuasa Allah SWT bekas hentakan kaki Nabi Ismail AS akhirnya
menghasilkan mata air yg kini dikenali sbg Telaga Zam Zam, serta kisah
bagaimana Nabi Ibrahim AS diperintahkan bersama2 Nabi Ismail AS utk membina
Baitullah di tgh2 pdg pasir yg akhirnya berkembang menjadi sebuah petempatan yg
subur dan merupakan tanah kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, semuanya
tlh dicatatkan di dlm al-Quran sbg panduan dan iktibar utk umat Islam di hari
kemudiannya.
Begitu juga dgn wukuf
di Pdg Arafah yg mengingatkan umat Islam ttg keadaan mereka di Pdg Mahsyar
nanti, di mana semua manusia dihimpunkan semula utk menantikan timbangan amal
mereka serta balasan atas setiap amal yg dilakukan, manakala ibadah melontar
jamrah dikaitkan dgn peristiwa Nabi Ibrahim AS yg menghalau syaitan drp
memujuknya utk tdk melaksanakan perintah Allah (menyembelih Nabi Ismail AS) dgn
melontarkan batu sebyk 7 kali. Ibadah ini dilakukan sbg lambang utk mengusir
syaitan drp mengganggu anak Adam spt yg tlh dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS..
Ibadah haji dilihat sbg lambang penyatuan umat Islam, di mana muslimin dr seluruh
dunia turun bersama2 ke al-Haramain as-Syarifain, sama2 berkumpul tanpa
mengenal batas usia, bangsa, negara, darjat, pangkat dan lain2 (kesamaan taraf
ini dpt dilihat melalui pakaian ihram, di mana semua jemaah mengenakan pakaian
yg sama, tanpa dijahit dan dijalin, bertujuan utk menghilangkan rasa bangga
diri dan mulia dr hati jemaah..) semuanya menyeru kpd yg Satu, sama2 melafazkan
talbiyah dan tahlil dgn suara yg kuat sambil mengakui keagungan Allah SWT dan
merendahkan diri di hadapan Allah SWT.. ibadah ini juga menuntut ketahanan
fizikal dan mental serta kesabaran yg amat tinggi bg para jemaah yg
melakukannya.. pelbagai cabaran yg perlu ditempuhi dan pelbagai larangan yg
perlu dipatuhi terutamanya dlm tempoh ihram, menguji sejauh mana keikhlasan
seorang hamba dlm menyempurnakan ibadahnya kpd Allah SWT..
Sesiapa yg berjaya menyempurnakan ibadah haji dgn mematuhi segala syariat
yg tlh ditetapkan serta dgn hati yg penuh ikhlas, maka Allah SWT menjanjikan
pengampunan dan syurga buatnya.. bg para muslimah pula, ibadah haji yg ikhlas
merupakan jihad yg tertinggi dan terbaik buat mereka spt yg pernah disabdakan
oleh Nabi SAW, apabila Aisyah rha bertanya kpd Baginda perihal jihad bg seorang
wanita..
Ibadah
Qurban
".. Daging dan darah
haiwan qurban itu tdk sekali-kali sampai kpd Allah, ttpi yg sampai kpdNya adalah ketaqwaan
kamu.." (al-Hajj: 37)
Ibadah qurban pula
dikaitkan dgn peristiwa di mana Nabi Ibrahim AS tlh diwahyukan melalui mimpinya
utk menyembelih anaknya, Nabi Ismail
AS. Tanpa sedikit keraguan Nabi
Ismail AS menerima perintah tersebut, lalu kedua- dua bapa dan anak tersebut
menyempurnakan perintah yg tlh diturunkan kpd mereka.. maka Allah SWT tlh
menggantikan Nabi Ismail AS dgn seekor haiwan sembelihan atas balasan ketaatan
dan keteguhan iman mereka berdua.. kisah ini diabadikan dlm al-Quran melalui
surah as-Shaaffaat, ayat 102 hingga ayat 103..
Umat Islam dituntut utk
melakukan ibadah qurban sebaik saja selesai solat sunat Eid Adha pd 10
Zulhijjah, diikuti dgn Hari2 Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Pd tarikh2
ini diharamkan berpuasa dan dituntut utk kita meraikan hari2 tersebut dgn
makanan, minuman serta memperbanyakkan lafaz takbir dan tahlil sbg tanda memuji
dan mengingati kebesaran Allah SWT..
Ibadah qurban amat dituntut
terutamanya bg mereka yg mampu melakukannya. Rasulullah SAW pernah mencela
golongan yg mampu ttpi tdk mahu melaksanakan ibadah qurban dgn mengatakan:
"Sesiapa yg
berkesempatan utk melakukan qurban ttpi tdk juga dilakukan, maka jgnlah ia
hadir bersama di tempat solat kami.." (HR al-Hakim, Ahmad dan Ibn Majah,
diriwayatkan dr Abu Hurairah ra)
Besar sekali keutamaan yg
dijanjikan utk mereka yg melaksanakan ibadah qurban dgn hati yg penuh ikhlas..
di antaranya ialah menghapuskan dosa2 yg tlh lalu serta memberatkan timbangan
kebajikan di Hari Akhirat kelak, hari di mana setiap amal akan dihisab dan
manusia diberi ganjaran berdasarkan apa yg tlh mereka kerjakan..
Allahua'lam..
Dan (ingatlah), ketika
Kami tentukan kpd Ibrahim tempat (utk membina Baitullah), lalu Kami berfirman:
"Jgnlah kamu sekutukan sesuatu pun dgnKu, dan sucikanlah rumahKu ini bg
org2 yg tawaf, dan org2 yg beribadah, dan org2 yg rukuk dan sujud (solat).. Dan
berserulah kpd manusia utk mengerjakan haji, nescaya mereka akan dtg kpdmu dgn
berjalan kaki, dan mengendarai unta yg kurus yg dtg dari segenap penjuru yg
jauh.. Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bg mereka dan supaya mereka
menyebut nama Allah pd hari yg tlh ditentukan, atas rezeki yg Allah berikan kpd
mereka yg berupa haiwan ternak (utk dijadikan qurban), maka makanlah sebahagian
drpdnya dan (sebahagian lg) berikanlah makan kpd org2 yg sengsara lg fakir..
Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kotoran yg ada pd badan mereka dan
hendaklah mereka menyempurnakan nazar2 mereka, dan hendaklah mereka melakukan
tawaf dgn mengelilingi rumah yg tua itu (Baitullah).. Demikianlah (perintah
Allah), dan barangsiapa yg menghormati hukum2 Allah, maka yg demikian menjadi
kebaikan bgnya di sisi Tuhannya.
(al-Hajj: 26 - 30)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































