Wednesday, 25 July 2012

Mazmummah Utama Menghilangkan Bahagia di Hati

0 comments





                  1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling
                  banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang
                  mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat
                  kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak
                  takut nak dekat punyer..)

                  2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di
                  dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang
                  untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil
                  sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang
                  didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit
                  jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

                  3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu
                  kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki
                  nih..)

                  4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
                  kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa
                  berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh
                  Allah elok dikongsi bersama..-derma)

                  ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
                  benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
                  pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
                  kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

                  5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
                  tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat
                  meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis
                  jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zaman
                  sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak
                  selalu rugi,cam anjing ngan bayang-banayng

                  ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia
                  dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
                  disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada
                  hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi
                  mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

                  6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh
                  bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu
                  banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja
                  banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas
                  meja..heh..heh..)

                  7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang
                  paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang
                  tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no
                  komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma
                  tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

                  8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari
                  peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika
                  ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia
                  akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita
                  riak..takabbur dgn aper yg kita ada(harta,ilmu amal dll)

                  9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita
                  kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah
                  tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta
                  itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
                  soleh/solehah

                  ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu
                  "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
                  letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya
                  dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


                  Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,
                  kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita
                  akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
                  So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu
                  sama lain sekian


                  Nota: ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak
                  BAHAGIA.****

Leave a Reply

Labels