Wednesday, 25 July 2012

Tips Jantung Sihat (Hari Kedua Puluh Lima) : Jauhkan Diri Anda Dari Perokok Kelas Kedua)

0 comments





Adakah di kalangan rakan atau teman sepejabat anda perokok tegar? Jauhkan diri anda sekiranya mereka menyalakan api rokok dan jantung anda amat menghargainya. Kesan ke atas system kardiovaskular bagi perokok pasif secara puratanya 80 ke 90% lebih teruk berbanding perokok aktif, berdasarkan kajian. Bahkan pendedahan selama seminit perokok kelas kedua terhadap asap rokok hampir menyamai kesan buruk ke atas kardiovaskular bagi jangka masa panjang perokok aktif.




Kandungan Asap Rokok


Nikotin merupakan dadah yang kuat. Nikotin bertindak terhadap pusat kepuasan di otak yang menyebabkan perokok terangsang pada peringkat awal, tetapi keadaan ini kemudiannya disusuli oleh kemurungan. Didapati  bahawa corak penagihan terhadap dadah berat sama seperti Cocaine, Amphetamine dan Morphine. Nikotin meningkatkan penghasilan bahan kimia yang dinamai dopaminedan berhubung rapat dengan pusat-pusat emosi di otak. Tindakan ini adalah sama seperti dadah-dadah tersebut.
Nikotin menyebabkan perubahan-perubahan berikut di dalam tubuh, ianya termasuklah :-
1.        Peningkatan kadar denyutan jantung.
2.        Konstriksi ( pengecilan ) salur darah dan kenaikan tekanan darah.
3.                Peningkatan kepekatan asid lemak dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan arteri tersumbat apabila diiringi dengan kenaikan daya lekatan platelet darah.

Kesan Tar

Manusia merokok kerana inginkan kesan nikotin, tetapi kebanyakan kematian akibat tabiat merokok berpunca daripada tar. Bahan tar apabila masuk ke dalam sistem tubuh akan diubahsuai di hati kepada suatu bahan yang dikenali sebagai epoksida. Epoksida juga ini berbahaya kerana melalui tindakannya pada DNA yang merupakan unit asas baka sel, akan mencetuskan pertumbuhan sel yang tidak normal pada organ.

Kesan Karbon Monoksida

Karbon monoksida ialah gas yang tidak berbau dan tidak berwarna serta lebih mudah bercantum dengan hemoglobin darah berbanding oksigen. Keadaan ini tentu akan menjejaskan keupayaan darah untuk membekalkan oksigen kepada tisu-tisu tubuh. Bagi menampung kekurangan ini, jantung dan paru-paru terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi. Karbon monoksida juga merosakkan dinding arteri dan dengan itu, mendorong berlakunya penyakit jantung.

Leave a Reply

Labels