- Elak daripada persekitaran yang panas dan lembab – cari ruang yang berangin atau teduh yang boleh memberi keselesaan kepada bayi dan membolehkan bayi kurang berpeluh. Anda juga boleh menggunakan kipas mini apabila keluar ketika cuaca panas.
- Pastikan badan bayi dalam keadaan sejuk – hal ini bermaksud sejukkan bahagian kulit yang sudah terjejas menggnakan tuala sejuk yang basah atau mandikan bati dalam air suam. Seterisnya, biarkan kulit nya menjadi kering dalam udara biasa dan adalah lebih baik jika tidak menggunakan tuala secara kerap.
- Tanggalkan pakaian bayi atau memakaikan baju kain benang – anda harus elakkan daripada menggunakan kain fabric sintetik seperti nilon atau polister kerana ia akan memerangkap panas. Adalah lebih baik jika menggunakan fabrik natural sahaja. Selain itu, adalah digalakkan untuk menanggalkan atau melonggarkan baju bayi serta tidak memakai lampin secara kerap.
- Sapu losyen kalamin – anda digalakkan untuk menyapukan losyen tersebut di bahagian kulit bayi kecuali yang berdekatan dengan bahagian mata. Anda boleh menyapukannya ketika bayi kerap menangis dan tidak selesa ketika anda menyentuh kulit bayi anda.
- Mendapatkan rawatan dan nasihat doktor – adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui keadaan semasa bayi anda. Selain itu, doktor juga akan mengesyorkan losyen yang sesuai untuk digunakan kepada bayi anda. Elakkan daripada salah menggunakan losyen lain kerana berkemungkinan ia akan membuat ruam menjadi lebih teruk. Oleh itu, mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor adalah digalakkan untuk memastikan keadaan bayi cepat pulih.
Showing posts with label Info kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Info kekeluargaan. Show all posts
Thursday, 23 May 2013
Ruam Panas Bayi
Ruam Panas Bayi
Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal atau ruam mencucuk di mana ia terjadi apabila keadaan bayi adalah panas atas faktor cuaca yang panas serta lembab. Antara petanda bayi dijangkiti ruam panas adalah timbul ruam merah yang terang serta bintik-bintik di bahagian leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ia juga boleh timbul di bahagian seperti kulit kepala jika bayi memakai topi. Biasanya, ruam panas akan hilang dalam tempoh beberapa hari. Berikut merupakan panduan untuk menghilangkan ketidakselesaan bayi dan melegakan rasa gatal:
Wednesday, 22 May 2013
Adab Mentua Terhadap Menantu
Adab Mentua Terhadap Menantu
1. Penghargaan kita kepada menantu itu.
- Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian Namun, jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha kearah perdamaian, sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai.
2. Memberi ruang kepada anak menantu menentukan arah dan perjalanan kehidupan berumahtangga mereka.
- Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Sewajarnya,mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua,kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak,tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.
3. Mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga.
- Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka.Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda.Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam,kita boleh menerima saranan mereka.
4. Erat silaturrahim dengan keluarga menantu.
- Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim yang ada.Dengan cara ini,secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu.
5. Mengambil tahu apa yang disukai menantu
- Mertua juga perlulah mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya, masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu lebih selesa dan di sayangi oleh mertuanya.
6. Mengambil berat terhadap menantu
- Selalu mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.
7. Tidak membeza-bezakan menantu dengan anak kandung.
- Mertua yang baik adalah mertua yang tidak membeza-bezakan anak sendiri dengan menantu. Jika mertua telah menerima pilihan anaknya, maka mertua perlulah bertindak melayan menantu seperti anak sendiri. Jangan sesekali melebihkan anak sendiri dari menantu sehingga membuatkan menantu berkecil hati
Adab Menantu Terhadap Mentua
Adab Menantu Terhadap Mentua
1. Berdamai dengan diri sendiri:
- Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.
Oleh sebab itu, jika secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Ingatlah ungkapan yang mengatakan: ”change your thoughts and you will change your world”. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.
Sebagai contoh masyarakat selalu melemparkan persepsi yang salah terhadap mertua seperti: mertua harus dijauhi dan tidak perlu mewujudakan hubungan yang baik dengannya, mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan berbgai-bagai prasangka yang lain. Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pmikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung.
2. Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:
- Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki buaya keluarga yang berbeza. Yang dimaksudkan dengan budaya keluarga disini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menyentuh hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga dimana segalanya ini tentu sekali akan membentu karaktor, sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.
Dengan lain perkataan, asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin antara orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang. Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan ,pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak,sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik,segala emosi negatif dari masa lalu aka terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya, baik terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.
3. Menyamakan ibu bapa pasangan dengan ibu atau bapa sendiri
- Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mertua seperti ibu dan bapanya. Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.
Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita.
Menantu juga hendaklah menunjukkan siakp bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.
Tuesday, 14 May 2013
Nikmatnya wanita yang bermadu
Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang isteri
sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami? Apabila
suami telah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin
lagi, bermakna isteri perlu bersiap sedia untuk
menerima kedatangan bakal madu. Bagaimanakah sikap
isteri dalam menerima kedatangan madu ini?
sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami? Apabila
suami telah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin
lagi, bermakna isteri perlu bersiap sedia untuk
menerima kedatangan bakal madu. Bagaimanakah sikap
isteri dalam menerima kedatangan madu ini?
Bagi sesetengah isteri, kedatangan ‘orang baru’ itu
dinanti dengan dada berdebar-debar, dan ketika itu
mulalah ia tidak lalu makan, tidak lena tidur dan
memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Mungkin aku dah
tidak secantik dulu…. Dah tak mengghairahkan lagi….”
dan pelbagai persoalan seumpamanya bermain-main dalam
kotak fikiran.
dinanti dengan dada berdebar-debar, dan ketika itu
mulalah ia tidak lalu makan, tidak lena tidur dan
memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Mungkin aku dah
tidak secantik dulu…. Dah tak mengghairahkan lagi….”
dan pelbagai persoalan seumpamanya bermain-main dalam
kotak fikiran.
Allah turunkan ayat mengharuskan poligami, jauh sekali
hendak menganiayai kaum wanita. Sebenarnya, poligami
adalah medan perjuangan yang besar untuk menundukkan
nafsu pada diri wanita. Ketika itulah nafsu akan
tertekan.
hendak menganiayai kaum wanita. Sebenarnya, poligami
adalah medan perjuangan yang besar untuk menundukkan
nafsu pada diri wanita. Ketika itulah nafsu akan
tertekan.
Bermadu terasa menyakitkan kerana nafsu meronta-ronta
minta diturunkan kehendaknya. Sekiranya kita berjaya
menundukkannya, barulah datangnya nikmat bermadu. Dan
bersamanya datang nikmat beribadah, nikmat mengadu,
merintih dan menangis di hadapan Allah. Kita akan
menangis, bukan kerana kesal berpoligami tetapi kerana
kesal memandangkan selama ini kita lalai dengan nikmat
Allah sehingga Allah menarik nikmat itu sedikit demi
sedikit, untuk diberikan kepada kita di Akhirat kelak.
minta diturunkan kehendaknya. Sekiranya kita berjaya
menundukkannya, barulah datangnya nikmat bermadu. Dan
bersamanya datang nikmat beribadah, nikmat mengadu,
merintih dan menangis di hadapan Allah. Kita akan
menangis, bukan kerana kesal berpoligami tetapi kerana
kesal memandangkan selama ini kita lalai dengan nikmat
Allah sehingga Allah menarik nikmat itu sedikit demi
sedikit, untuk diberikan kepada kita di Akhirat kelak.
Dalam menerima kedatangan madu yang merupakan orang
baru dalam keluarga, isteri hendaklah berlapang dada.
Kebanyakan ‘orang baru’ ini kurang tahu akan dunia
rumahtangga yang baru dimasukinya. Isteri pertamalah
yang perlu mendidik madunya dalam soal ini. Contohnya,
dia memberitahu madunya mengenai kesukaan suami
mereka, mengenai penjagaan pakaian suami, masakan
kegemaran suami, dan yang lebih penting bagaimana
untuk ‘tackle’ masalah suami.
baru dalam keluarga, isteri hendaklah berlapang dada.
Kebanyakan ‘orang baru’ ini kurang tahu akan dunia
rumahtangga yang baru dimasukinya. Isteri pertamalah
yang perlu mendidik madunya dalam soal ini. Contohnya,
dia memberitahu madunya mengenai kesukaan suami
mereka, mengenai penjagaan pakaian suami, masakan
kegemaran suami, dan yang lebih penting bagaimana
untuk ‘tackle’ masalah suami.
Perkara ini memang sulit untuk dipraktiskan kerana
adakalanya isteri pertama khuatir madunya akan
mengatasi dirinya. Sikap ini tidak sepatutnya ada.
Sebaliknya, fikirkanlah bagaimana untuk berganding
bahu menghiburkan suami agar perjuangan suami di luar
rumah berjalan lancar. Jika umpamanya kita tidak mampu
memainkan peranan untuk membantu perjuangan suami,
biarlah madu kita mengambil peranan itu. Yang penting,
kita sesama madu dapat saling membantu untuk memberi
hiburan kepada suami. Inilah yang dikatakan cinta
suami kerana Allah.
adakalanya isteri pertama khuatir madunya akan
mengatasi dirinya. Sikap ini tidak sepatutnya ada.
Sebaliknya, fikirkanlah bagaimana untuk berganding
bahu menghiburkan suami agar perjuangan suami di luar
rumah berjalan lancar. Jika umpamanya kita tidak mampu
memainkan peranan untuk membantu perjuangan suami,
biarlah madu kita mengambil peranan itu. Yang penting,
kita sesama madu dapat saling membantu untuk memberi
hiburan kepada suami. Inilah yang dikatakan cinta
suami kerana Allah.
Bagaimana sekiranya isteri pertama kurang bijak dalam
sesuatu perkara manakala madunya pula lebih tahu serba
sedikit urusan rumahtangga? Dalam hal ini, isteri
pertama perlulah mempunyai sifat tawadhuk dan
berfikiran terbuka. terimalah pandangan madu sekiranya
semua itu untuk kebaikan rumahtangga mereka.
sesuatu perkara manakala madunya pula lebih tahu serba
sedikit urusan rumahtangga? Dalam hal ini, isteri
pertama perlulah mempunyai sifat tawadhuk dan
berfikiran terbuka. terimalah pandangan madu sekiranya
semua itu untuk kebaikan rumahtangga mereka.
Bagaimana pula sikap isteri kedua terhadap isteri
pertama? Yang penting, jagalah hati madu. Ketika
memberi pandangan, jangan sekali-kali memperlihatkan
kelemahan si ‘kakak”. Dalam banyak hal, isteri kedua
hendaklah bersikap seperti murid kerana dia adalah
orang yang baru hendak mengenali ahli keluarga
suaminya. Jangan sekali-kali bersikap ego apabila si
‘kakak’ memberi nasihat. Merendah dirilah dengan
banyak bertanya walaupun banyak yang kita telah tahu.
Ini akan menimbulkan kemesraan.
pertama? Yang penting, jagalah hati madu. Ketika
memberi pandangan, jangan sekali-kali memperlihatkan
kelemahan si ‘kakak”. Dalam banyak hal, isteri kedua
hendaklah bersikap seperti murid kerana dia adalah
orang yang baru hendak mengenali ahli keluarga
suaminya. Jangan sekali-kali bersikap ego apabila si
‘kakak’ memberi nasihat. Merendah dirilah dengan
banyak bertanya walaupun banyak yang kita telah tahu.
Ini akan menimbulkan kemesraan.
Sekiranya kita nampak sesuatu kelemahan atau kesalahan
pada ‘kakak’ kita, cubalah betulkan secara berhikmah
kerana isteri pertama biasanya sangat sensitif dengan
setiap perkataan dan perbuatan madunya. Jagalah
hatinya.
pada ‘kakak’ kita, cubalah betulkan secara berhikmah
kerana isteri pertama biasanya sangat sensitif dengan
setiap perkataan dan perbuatan madunya. Jagalah
hatinya.
Sesama madu hendaklah sentiasa bertolak ansur.
Sekiranya madu kita payah hendak bertolak ansur atau
beralah, kitalah yang perlu bermujahadah. Carilah
jalan yang boleh melembutkan hatinya. Misalnya,
hadiahilah dia dengan sesuatu yang disukainya walaupun
pada peringkat awal dia mungkin menolak. Ini
memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. manalah tahu,
berkat kesabaran kita, dia berubah.
Sekiranya madu kita payah hendak bertolak ansur atau
beralah, kitalah yang perlu bermujahadah. Carilah
jalan yang boleh melembutkan hatinya. Misalnya,
hadiahilah dia dengan sesuatu yang disukainya walaupun
pada peringkat awal dia mungkin menolak. Ini
memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. manalah tahu,
berkat kesabaran kita, dia berubah.
Isteri-isteri yang berpoligami sebenarnya tidak dapat
lari daripada dilanda sifat resah, cemburu, pemarah
atau buruk sangka sesama madu. Apa yang penting di
sini, pandulah perasaan itu mengikut syariat.
lari daripada dilanda sifat resah, cemburu, pemarah
atau buruk sangka sesama madu. Apa yang penting di
sini, pandulah perasaan itu mengikut syariat.
Untuk membuang terus segala sifat hati yang keji itu
agak mustahil, tetapi kita boleh membendungnya.
Kosongkan fikiran kita ketika perasaan itu datang, dan
isikan dengan memikirkan kebesaran Allah, tentang
nikmat dunia yang tidak kekal, atau tentang mati yang
belum tahu bila masanya. Fikirkanlah tentang dosa-dosa
yang lalu dan selalu ingatkan bahawa ujian-ujian yang
datang ini mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa itu.
agak mustahil, tetapi kita boleh membendungnya.
Kosongkan fikiran kita ketika perasaan itu datang, dan
isikan dengan memikirkan kebesaran Allah, tentang
nikmat dunia yang tidak kekal, atau tentang mati yang
belum tahu bila masanya. Fikirkanlah tentang dosa-dosa
yang lalu dan selalu ingatkan bahawa ujian-ujian yang
datang ini mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa itu.
Sekiranya sifat-sifat hati yang keji itu dibiarkan
subur, kita akan menjadi orang yang kecewa, pemarah
tidak bertempat dan selalu menyimpan sakit hati samada
terhadap sesama madu atau terhadap suami. Jadilah kita
orang yang tidak tenang dan gopoh gapah dalam
bertindak.
subur, kita akan menjadi orang yang kecewa, pemarah
tidak bertempat dan selalu menyimpan sakit hati samada
terhadap sesama madu atau terhadap suami. Jadilah kita
orang yang tidak tenang dan gopoh gapah dalam
bertindak.
Di samping itu, perkuatkan keyakinan bahawa Allah Maha
Adil, supaya tidak timbul resah gelisah dengan takdir
Tuhan yang menentukan kita bermadu. Banyakkanlah
mengingati Allah ketika dilanda perasaan berkecamuk.
Berdoalah kerana ia adalah senjata yang paling ampuh
ketika dilanda ujian.
Adil, supaya tidak timbul resah gelisah dengan takdir
Tuhan yang menentukan kita bermadu. Banyakkanlah
mengingati Allah ketika dilanda perasaan berkecamuk.
Berdoalah kerana ia adalah senjata yang paling ampuh
ketika dilanda ujian.
“Ya Allah, satukanlah hatiku dan hati maduku.
Lembutkanlah hati kami supaya dapat berbaik-baik. Ya
Allah, tolonglah aku yang lemah ini……”
Lembutkanlah hati kami supaya dapat berbaik-baik. Ya
Allah, tolonglah aku yang lemah ini……”
Akhir sekali, berserahlah kepada Allah kerana semuanya
adalah urusan Allah, yang sudah tentu banyak
hikmahnya.
adalah urusan Allah, yang sudah tentu banyak
hikmahnya.
Sunday, 12 May 2013
Amalan Mulia Dalam Keluarga
Amalan Mulia Dalam Keluarga
1-Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
2-Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
3-Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
4-Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
5-Saling sayang-menyayangi.
6-Boleh bertolak ansur.
7-Bertanggungjawab dan amanah.
8-Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
9-Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
10-Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
11-Sentiasa senyum.
Sifat Ibu Bapa Cemerlang
Sifat Ibu Bapa Cemerlang
1-Membersihkan hati dan perasaan
2-Membina kebahagiaan secara proaktif
3-Mendidik diri sendiri
4-Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui al-mawaddah (kasih sayang) dan al-rahmah (kasih-mengasihani)
5-Mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga
6-Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
7-Mengamalkan suasana yang harmoni dan membina
8-Menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga
9-Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai
10-Muhasabah diri sebelum tidur malam
11-Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH
Oleh: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Anak Soleh dan Solehah
Petua Untuk Mendapat Anak Soleh atau Solehah
1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
2. Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan seks agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” (Riwayat al-Bukhari)
3. Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
4. Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan mempengaruhi bayinya nanti.
5. Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah s.w.t. menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang.
6. Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan manis didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur atau menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang soleh.
7. Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
8. Memberi pendidikan agama yang cukup.
9. Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Friday, 10 May 2013
Kesilapan Mendidik
Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-anak
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
Thursday, 9 May 2013
Rumah Tangga Goyah
Punca Keretakan Rumah Tangga
Islam merupakan agama yang syumul.Jadi Islam telah menggariskan jalan penyelesaian dan mestilah diselesaikan dengan jalan terbaik.Sebelum itu,mari kita lihat dulu punca-punca yang menyebabkan berlakunya keruntuhan rumahtangga.Antara sebab utamanya ialah:
Tiada persefahaman dan didikan agama yang mendalam.Jadi masing-masing tidak mengerti dan sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka.
Tidak mahu bertolak ansur bila tercetusnya perselisihan atau pertengkaran. Ingat, bertolak ansur suatu perkara yang amat penting dalam memastikan kebahagiaan di dalam rumahtangga.
Berkahwin kerana terpaksa tanpa mendapat kerelaan daripada kedua-dua belah pihak.
Berkahwin atas dasar cinta atau nafsu semata-mata tanpa menilai kepentingan agama.Tapi inilah yang berlaku dalam masyarakat sekarang.Berkahwin atas dasar cinta.Bila dah hilang cinta,macam mana?Saya tidak menafikan bahawa cinta memang menjadi aspek utama terbinanya sesuatu perhubungan.Tapi nasihat saya,nilai-nilai keagamaan jangan diketepikan.
Parenting
Parenting
Tips Parenting Warga Prihatin : Merotan anak boleh jadi DERA atau DIDIK. Perbuatannya sama, sakitnya pun sama tetapi pendekatannya lain dan kesannya juga lain.
DERA - Merotan kerana marah, geram dan kemudian selepas rotan dibiarkan kesakitan (Cara ini akan buat anak jadi takut dan membentuk dendam. Lagi teruk lagi membuatkan kreativiti anak dalam mencuba terus mati dan hasilnya ialah "anak yang pendiam")
DIDIK - Diberikan peringatan dan tausiah tentang DOs & Don'ts, jika masih degil baru dirotan. Selepas rotan diberikan tausiah tentang kesalahannya dengan kasih sayang (cara ini, anak tak berdendam dan anak boleh terus salam dan peluk kita lagi selepas hukuman)
Kekuatan merotan mungkin sama tetapi DERA menyebabkan trauma psikologi yang menyebabkan anak jadi takut. DIDIK membuatkan anak ingat dan serik dan menambahkan lagi kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
Tips : Jangan dirotan budaknya (DERA), rotan perangai buruknya (DIDIK). Kita taknak anak kita mati, tapi kita nak perangai buruknya mati.
Teknik Parenting ini dilaksanakan di Rumah Pengasih Warga Prihatin oleh 98 orang residennya semenjak tahun 2006 lagi. Nak lihat kesannya, boleh datang ke Rumah Prihatin
SAIFUL NANG
Wednesday, 8 May 2013
Lelaki Bergelar Ayah
Ohh Ayah
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya.
"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"
Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya" .
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya. "
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya" .
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak- anaknya."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha
mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya. "
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong) , agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
Monday, 6 May 2013
Keluarga Bahagia
Petua Keluarga Bahagia
20 PETUA KELUARGA BAHAGIA
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
Jangan Buat!
Jangan Sesekali Anda Lakukan
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”
Tetapi
Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. Fikir-fikirkanlah
Hidup Bagai pusingan roda, sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa, dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita, dan kita akan bersabar dengan kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita, dan begitulah seterusnya, janganlah mengabaikan mereka, JANGANLAH menghantar mereka ke RUMAH ORANG TUA . JAGALAH mereka seperti mereka menjaga anda sewaktu kecil, JANGAN ABAIKAN mereka.
Atasi Rasa Jemu
Tips Atasi Rasa Jemu Terhadap Pasanganmu
Tip-tip Atasi Rasa Jemu dengan Pasangan
1. Jaga solat berjemaah , sama ada di masjid atau di rumah.
2. Tingkatkan amalan-amalan sunat sama ada di dalam atau di luar rumah , hablumminallah atau hablumminannas.
3. Melancong bersama dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah dan merapatkan hubungan suami isteri.
4. Tukar gaya komunikasi dan berinteraksi . Lazimkan senyuman dan selang seli dengan gurauan.
5. Sesekali ubah susun atur perabot sama ada di ruang tamu , dapur , mahupun bilik tidur.
6. Sesekali para suami pergilah kel uar kawasan dalam jangka masa tertentu untuk berdakwah atau melakukan kerja-kerja kebajikan.
7. Belajar resepi masakan baru dan berani mencipta kelainan dalam menghidangkannya.
8. Tukar cara berpakaian atau fesyen sesama pasangan di dalam rumah.
Manfaat Susu Ibu
Manfaat Susu Ibu
Jika dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’.
Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.
Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi. Soal malu ditolak tepi.
Jika dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini, pemberian susu badan diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu mencukupi.
“Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi.
“Semua haiwan menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. Bayi manusia juga sepatutnya disusukan dengan susu ibu sendiri kerana apa yang bayi perlukan terkandung dalam susu ibu,” kata Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (II) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Noor Haliza Yusoff.
Tambahnya, berbanding susu formula yang diperbuat daripada susu lembu, komposisi zatnya sama sekali tidak sama walaupun ada pihak yang mendakwa ia lebih kurang sama dengan susu ibu.
“Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.
“Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Sebagai contoh, susu yang keluar pada usia bayi sehari lebih banyak kandungan lemak,” ujarnya.
Banyak kebaikan diperoleh oleh bayi yang diberikan susu ibu. Bayi akan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, terhindar daripada jangkitan-jangkitan penyakit seperti cirit-birit berbanding susu formula yang mendedahkan mereka dengan risiko masalah itu kerana air dan botol yang tidak bersih.
Selain itu, susu ibu juga mengandungi antibodi-antibodi untuk mengelak dan mencegah jangkitan respiratori (pernafasan) dan jangkitan telinga, malah kesan daripada zat-zat yang diperoleh daripada susu ibu dapat mengelakkan kesan jangka masa panjang dari segi obesiti, darah tinggi dan diabetes.
Perkembangan otak
Noor Haliza juga memberitahu bahawa kandungan susu ibu juga dapat membantu perkembangan otak bayi agar menjadi cerdik dan cerdas.
Walaupun banyak susu formula mengandungi bahan yang dikatakan dapat merangsang sel-sel otak, kita tidak tahu sama ada bahan itu dapat memberi kesan yang sama seperti apa yang terdapat dalam susu ibu.
“Pemberian susu ibu juga boleh mengelakkan bayi kembung perut. Di sebalik semua kebaikan ia juga akan mengeratkan ikatan kasih ibu dan bayi.
“Penyusuan badan juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin. Secara tidak langsung, si ibu kurang mendapat masalah pendarahan selain tubuh akan cepat kembali ke bentuk asal,” jelasnya sambil memberitahu ia dapat mengurangkan risiko barah payudara, ovari, rahim dan osteoporosis.
Selain itu, penyusuan ibu dapat membantu ekonomi keluarga kerana tidak perlu membeli susu formula yang mahal harganya.
Ia juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan si ibu tidak perlu mengambil cuti kecemasan dengan kerap kerana si anak berada dalam keadaan sihat.
Mengulas mengenai mitos badan menjadi gemuk jika menyusu badan, Noor Haliza memberitahu bahawa mitos tersebut tidak benar sama sekali.
Jika berikan susu ibu, badan lebih cepat kembali ke bentuk asal kerana sentiasa mengeluarkan lemak melalui susu dan dibakar ketika proses menyusu.
“Semua orang fikir bahawa menyusu badan itu sesuatu yang semula jadi dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah.
“Ia satu kemahiran yang telah dilupakan dan perlu dipelajari semula kerana ramai yang sudah terbiasa memberikan botol dan menganggap menyusu badan itu tidak penting. Kita terpaksa ajar ibu-ibu cara menyusu badan dengan betul supaya ia menjadi satu penyusuan yang efektif,” katanya.
Penyusuan berjaya
Kegagalan memberikan penyusuan efektif menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan baik dan mungkin susu ibu pula yang dipersalahkan.
Penyusuan tidak efektif dan ditambah pula dengan teknik yang tidak betul menyebabkan luka puting, bengkak susu dan sebagainya membuatkan sesetengah ibu serik untuk memberikan susu badan.
Lantaran itu, semua hospital kerajaan kini ialah hospital rakan bayi sejak tahun 1992 yang mengamalkan 10 langkah ke arah penyusuan ibu berjaya.
“Mula-mula kita ajar dengan satu polisi iaitu semua bayi perlu diberikan susu ibu sejak lahir hingga enam bulan secara eksklusif.
“Selepas enam bulan, kita sarankan ibu memberikan makanan pelengkap tanpa menghentikan penyusuan kerana selepas enam bulan, pemberian susu sahaja tidak cukup,” katanya.
Ujarnya, kebaikan susu ibu perlu dijelaskan kepada para ibu. Selepas sahaja bayi dilahirkan, bayi terus diberikan kepada ibu tanpa dimandikan terlebih dahulu kerana pengenalan pertama itu penting bagi interaksi awal.
Apabila sudah ada stimulasi pada ibu dan bayi, senang untuk memulakan dan meneruskan penyusuan.
“Bayi boleh ‘meneroka’ tubuh ibu untuk mencari payudara. Jika bayi tidak hisap tidak mengapa. Kalau hisap, bagus. Selepas bayi dimandikan, barulah si ibu diajar untuk menyusu.
Tambah Noor Haliza, menyusu badan perlu ada tekniknya. Badan bayi perlu lurus, rapat dengan ibu, mukanya menghadap payudara. Jika bayi tidak hisap, kemungkinan dia dalam keadaan tidak selesa,” ujarnya.
Cara ideal
Katanya lagi, ada tanda-tanda menunjukkan bayi bersedia untuk menyusu. Apabila bayi berada dalam posisi menyusu, mulutnya akan terbuka luas dan barulah ia diberikan susu.
Mulut bayi perlu masuk dalam semua kawasan areola (kawasan hitam payudara) dan bukannya hisap puting sahaja yang akhirnya menyebabkan luka puting.
“Ada juga sesetengah ibu masih tidak mahu memberikan susu badan selepas kita menerangkan tentang kebaikan susu ibu kerana takut bentuk payudaranya tidak cantik dan suami tidak benarkan.
“Saya rasa ia satu kerugian. Bayi ada hak untuk mendapat yang terbaik. Sudahlah dia tidak dapat apa yang diciptakan untuknya, kita berikan pula susu haiwan seterusnya mendedahkannya kepada risiko jangkitan,” katanya.
Sesetengah ibu pula cuba memberikan susu badan tetapi ditolak beberapa kali oleh bayi. Akhirnya, ibu tersebut putus asa dan mengambil keputusan memerah susu kemudian memberikannya melalui botol.
Antara sebab penolakan tersebut adalah kerana bayi mereka mengalami keliru puting (akibat pemberian susu melalui botol). Pengalaman si bayi menyusu terus dari payudara dan botol adalah sangat berbeza.
“Jika demikian, jangan berikan susu dengan botol dan ajar bayi minum dengan cawan sedikit demi sedikit. Dengan kedudukan 45 darjah, bayi akan minum seperti kucing dan lama-kelamaan apabila sudah biasa, dia akan dapat minum susu dengan banyak.
Noor Haliza mengesyorkan para ibu agar merancang jadual penyusuan dua minggu sebelum kembali bekerja. Susu perlu diperah dalam tempoh berpantang selepas bayi selesai menyusu bagi memastikan stok mencukupi.
Apabila susu kerap diperah, lebih banyak susu dihasilkan. Sungguhpun begitu, apabila si ibu letih, sedih, marah dan stres ia mempengaruhi penghasilan hormon oksitosin yang menyebabkan pengeluaran susu terhenti.
Bagi melancarkan pengeluaran oksitosin, ibu perlu duduk di tempat yang sunyi, lihat gambar bayi dan mendengar muzik-muzik lembut. Keadaan tersebut membolehkan susu keluar.
“Jangan putus asa. Jika mempunyai masalah penyusuan, jangan segan untuk berjumpa dengan pakar laktasi, doktor dan jururawat di hospital kerana mereka akan memberikan bantuan,” ujarnya sambil berpesan supaya para ibu tidak terpengaruh dengan iklan-iklan susu formula di televisyen.
Sumber : KOSMO
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)































