Showing posts with label Info Wanita. Show all posts
Showing posts with label Info Wanita. Show all posts
Thursday, 6 June 2013
Wanita Awet Muda
Petua Wanita Untuk Awet Muda dan Cantik Berseri
Pilihan 1:
Hendaklah dilakukan selepas solat Isyak
a. Ambil air segelas
b. Baca al-Fatihah 1 kali
c. Baca Ayatul Qursi 1 kalii
d. Baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
(Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.)
Pilihan 2:
Zikir dibaca untuk anda sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir seperti berikut :
a. Baca ” Ya Badiyah ” 1 kali
b. Baca ” Ya Nur ” 1 kali
c. Baca ” Ya Hadi ” 1 kali
d. Baca ” Ya Allah ” 3 kali
(Baca zikir dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka anda. Amalkan setiap hari.)
Pilihan 3:
Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut:
a. Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah selepas solat subuh.
b. Selepas baca, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Wednesday, 5 June 2013
Punggung Wanita
Kenali Punggung Wanita
Punggung gadis berubah melalui 2 proses:
1. Punggung gadis menjadi besar kerana proses hormon.
2. Punggung gadis menjadi besar kerana lelaki.
a. Punggung yang sudah disentuh lelaki akan menjadi besar, lebih-lebih lagi yang sudah melakukan hubungan kelamin. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh.
b. Cuba perhatikan pinggang gadis. Kebiasaannya pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kental. Kalau dia berjalan punggungnya tidak goyah sebab dagingnya masih mantap dan tidak lembut.
c. Bagi yang pernah melakukan hubungan seks, punggungnya memang berisi dan besar tetapi tidak kental. Punggungnya nampak jatuh, lebih-lebih lagi ketika berjalan dan goyangannya tidak melantun.
d. Kenapakah punggung gadis yang pernah melakukan hubungan seks badan nampak sedikit jatuh?
Di saat melakukan hubungan seks, lebih kurang 90% hormon yang ada di bahagian punggung akan tertumpu ke bahagian kemaluan, sebab di masa klimaks, punggung gadis menjadi tegang. Apabila sudah habis melakukan hubungan punggung yang tegang akan mengendur semula dan ini menyebabkan punggung menjadi kendur dan jatuh. Lebih kerap gadis itu melakukan hubungan seks, punggung akan semakin jatuh, lesu dan leper.
Tegangkan Payudaramu
Petua Untuk Menegangkan Payudara
Pilihan 1: Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'.
Pilihan 2: Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 3 kali seminggu.
Pilihan 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.
Pilihan 4: Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam.
Monday, 3 June 2013
Wanita, Mari Elak Perut Buncit
Tips Elak Perut Buncit
Amalkan cara duduk tegak. Ini kerana, apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
Saturday, 1 June 2013
Kenapa Perempuan Cepat Nampak Tua?
Sebab Mengapa Perempuan Cepat Nampak Tua
a. Diet Tinggi Protein - Jika anda mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar menjadikan anda kelihatan 3 hingga 8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini anda menggemari daging merah, cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.
b. Minuman Berkafein - Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak, namun jika dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk. Antaranya ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasinya, minumlah jus buah-buahan. Sebaiknya, minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Ini akan menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil.
c. Makanan Tinggi Gula - Gula memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi. Namun sebenarnya gula juga menjadikan anda kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah juga makanan yang tinggi kandungan gula.
Pipi Wanita
Cerita Dulu Tentang Pipi Wanita
a. Wanita yang sudah berumahtangga kebiasaannya pipi tidak berseri-seri. Manakala pipi gadis yang masih suci senantiasa mengghairahkan dan merah segar. Kalau pipi gadis yang pernah dicium warna kemerah-merahan akan hilang. Kalau pipi itu merah kerana dicium ayah atau saudara sekandung maka tidak membahayakan terhadap kesucian gadis tersebut.
b. Cuba perhatikan betul-betul pipi gadis yang tidak perawan lagi terdapat garis melintang yang tidak begitu jelas/tampak. Walau bagaimanapun pipi gadis yang pernah kena cium masih tetap cantik, akan tetapi kalau sudah biasa dicium/disentuh lelaki, lesung pipinya kurang dalam dan terdapat satu garis di sebelah lekuk lesung pipinya.
c. Gadis yang masih suci, bila berbicara, di sekitar pipi kanannya maupun kiri cepat berpeluh, dan peluh ini akan keluar walaupun di tempat yang sejuk. Peluh yang dimaksud mungkin tidak nampak kecuali dilap dengan tisu.
d. Cuba perhatikan bahagian tepi telinga seorang gadis. Di bahagian itu terdapat anak rambut yang halus dan lembut. Apa bila gadis itu tidak suci lagi, anak rambut itu tidak akan gugur, tetapi masih tetap ada, namun menjadi keras bahkan kasar. Apabila ditiup angin anak rambut itu nampak begitu kasarnya dan di sisi pipi kelihatan agak gelap walaupun gadis itu berkulit hitam manis.
Elak Buncit Bagi Suri Rumah
Tips Untuk Suri Rumah Elak Perut Buncit
1. Lengkapkan hidangan harian dengan buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan sahaja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
2. Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
3. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
4. Semasa melakukan kerja rumah seperti membersihkan rumah, mengemas bilik tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan sahaja dapat membakar 350 kalori sejam tetapi juga turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
5. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.
Tabiat Wanita
Tabiat Wanita Menurut Tafsiran Kitab Tajul Muluk
1. Jika dilahirkan pada hari ISNIN: Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
2. Jika dilahirkan pada hari SELASA: Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
3. Jika dilahirkan pada hari RABU: Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
4. Jika dilahirkan pada hari KHAMIS: Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
5. Jika dilahirkan pada hari JUMAAT: Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
6. Jika dilahirkan pada hari SABTU: Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa sahaja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.
7. Jika dilahirkan pada hari AHAD: Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Apabila bersuami, taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa sahaja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan, cari jalan lain.
Sumber : Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
Friday, 31 May 2013
Penjagaan Rambut Bagi yang Bertudung
Penjagaan Rambut Bagi yang Bertudung
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dahulu. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Jangan gosok rambut anda dengan kasar.
Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.
Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.
Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.
Wednesday, 29 May 2013
Memilih Gincu Mengikut Kulit
Memilih warna gincu yang sesuai dengan jenis kulit
Gincu merah jambu
- Kulit kuning : Hindari warna merah jammbu pucat kerana ia hanya akan membuat anda kelihatan lebih pucat, pilih warna merah jambu dari rona anggur atau berry pink.
- Kulit agak gelap : Pilih warna merah jambu dengan efek sheer, berkilat, agar semakin menawan.
- Kulit sawo matang : Pilih warna merah jambu bernuansa mocha atau kecoklatan.
Gincu merah
- Kulit putih : Warna merah dalam variasi apapun pastinya sesuai jika anda dalam kategori wanita berkulit putih. Namun jangan terlalu menjolok mata, sesuaikan dengan waktu dan acara.
- Kulit kuning : Pilih merah tua dengan sedikit rona ungu seperti warna merah maroon atau burgundy. hindari gincu merah berona jingga, kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.
- Kulit gelap : Penampilan akan lebih terserlah dan sesuai sekali sekiranya anda mengenakan gincu berwarna coklat tua atau warna red mahogani.
Gincu coklat
- Kulit putih : Pilih coklat beige berona merah jambu untuk menambahkan kesan segar dan aktif. Jika menghadiri majlis malam, pilih gincu dari rona honey agar kelihatan semulajadi atau warna mocha untuk menonjolkan karakter wajah anda, terutama jika tulang pipi agak menonjol.
- Kulit sawo matang : Pilih gincu warna coklat nuansa kopi agar terkesan eksotik. Tetapi jika tujuan anda untuk menonjolkan warna kulit, terutama untuk penampilan disiang hari, warna mocha adalah pilihan yang paling sesuai. Untuk waktu pagi, gincu karamel digunakan untuk kesan segar semula jadi.
- Kulit kuning langsat : Pilih coklat toffee agar wajah segar, bercahaya. Variasi mahogany menonjolkan karakter muka, dan memiliki kesan dewasa. Sedangkan coklat sedikit merah atau plum, punya kesan nakal menggoda.
-Kulit gelap : Coklat memang diciptakan untuk anda. Baik sekiranya anda dapatkan coklat gelap dengan sentuhan plum pekat atau glossy beige.
Tentang Haid
Tentang Haid
Ketika dilahirkan wanita mempunyai 150.000 hingga 500.000 folikel (kantung berisi sel telur yang belum matang). Saat seorang wanita mencapai usia akil baligh iaitu 10 hingga 12 tahun atau memiliki 14% lemak, tubuhnya akan memulai proses semulajadi untuk mematangkan dan melepaskan telur 400-500 seumur hidupnya.
Proses ini melibatkan bahagian otak dan rahim serta pelbagai hormon. Mulanya hipotalamus di bahagian otak yang mengatur hormon mengeluarkan hormon GnRH (gonadotrophi releasing hormone) yang memberi perintah kelenjar endokrin kecil di otak yang disebut hipofisis untuk menghasilkan hormon FSH/follicle stimulating hormone, dan LH/lutenizing hormone.
FSH mendorong indung telur untuk mematangkan telur yang terdapat dalam folikel/kantung telur. Dalam satu bulan umumnya hanya satu telur yang matang. Indung telur juga menghasilkan hormon estrogen. Ketika sel telur matang dan estrogen dalam darah meningkat, hipotalamus mengirim maklumat untuk mengurangi penghasilan FSH dan meningkatkan penghasilan LH. LH bertugas mendorong pelepasan telur yang sudah matang.
Jika tidak terjadi pembuahan/sperma masuk kedalam rahim maka sel telur ini akan pecah dan terjadilah haid/menstruasi. Darah haid mengandungi sel-sel darah merah, sel-sel dari jaringan selaput lendir rahim yang gugur, lendir leher rahim, sel vagina dan enzim.
Golongan remaja dan wanita muda biasanya mengeluarkan darah haid yang berwarna merah terang, pekat dan aromanya tidak menyengat. Sedangkan para ibu yang berusia matang warna darah yang keluar cenderung lebih gelap, menggumpal dan beraroma tajam.
Rata-rata wanita kehilangan 60 hingga 75ml darah setiap kali kedatangan haid. Darah tersebut tidak mengalir dalam waktu yang sama pada setiap wanita.
Sekitar 48% wanita mengalami haid/menstruasi selama 3 atau 4 hari, 35% wanita mengalaminya selama 5 higga 6 hari. Dan yang selebihnya mengalaminya sehingga 7 hari atau lebih. Penggunaan alat pencegah kehamilan boleh mempengaruhi kuantiti darah haid.
Senaman Otot Lantai Pelvik
Manfaat Senaman Otot Lantai Pelvik
Melakukan senaman otot lantai pelvik secara tetap atau berterusan adalah penting bagi wanita pelbagai usia. Kelemahan otot ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti melahirkan anak, mengangkat objek berat, gangguan hormon, umur individu ataupun masalah berat badan. Senaman ini secara langsung menguatkan kembali otot lantai pelvik anda.
Wanita dengan masalah inkontinen jenis stres, iaitu yang selalunya mengalami kebocoran ketika bersin, batuk atau bersenam akan mendapat faedah dengan mengamalkan senaman ini di mana ia akan menguatkan otot-otot yang terlibat dalam masalah lemah kawalan kencing.
Bagi anda yang sedang hamil, senaman ini dapat membantu anda menampung berat kandungan yang semakin meningkat. Jika otot lantai pelvik anda dalam keadaan sihat dan baik sebelum melahirkan anak, terdapat kemungkinan yang otot tersebut akan kembali ke keadaan normal selepas melahirkan anak.
Ibu-ibu juga akan mendapat manfaat daripada senaman ini. Bukan sahaja untuk memulihkan kembali keadaan tubuh badan selepas melahirkan anak, tetapi juga untuk menguatkan otot-otot supaya dapat meminimumkan tekanan beban apabila mengangkat anak anda.
Apabila seseorang wanita itu meningkat usia, adalah mustahak untuk memastikan otot lantai pelvik mereka kuat kerana ketika menopaus (putus haid), otot akan berubah dan mungkin menjadi lemah. Rutin senaman otot lantai pelvik membantu mengurangkan kesan menopaus pada pelvik dan pundi kencing anda.
Untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada senaman otot lantai pelvik ini, adalah digalakkan juga anda melakukan senaman-senaman rutin yang lain (seperti berjalan atau berenang), menggunakan otot tersebut ketika mengangkat beban atau bersin dan juga melakukan senaman anda di dalam pelbagai keadaan (duduk di kerusi atau berdiri). Sila mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan anda sebelum memulakan senaman otot lantai pelvik.
Kenapa Wanita?
Mengapa Wanita : Lemah Kawalan Kencing
Saluran kencing wanita adalah berbeza dengan lelaki kerana kedudukannya yang lebih dalam. Walaupun ini kadang kala membawa kebaikan, ia juga menyebabkan kedudukan struktur otot pundi kencing wanita lebih dalam. Ini bermakna masalah lemah kawalan kencing boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti mengandung, beranak, sakit dan infeksi, serta menopaus.
Masalah lemah kawalan kencing yang kerap berlaku dalam kalangan wanita disebabkan oleh otot lantai pelvik, yang terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra, yang lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal pengeluaran air kencing.
Untuk memahami masalah yang dihadapi, kita harus memahami bagaimana pundi kencing berfungsi:
Buah pinggang menapis air kencing dari darah dan ia akan disimpan didalam pundi kencing.
Pundi kencing adalah satu organ berongga dan berotot yang boleh menyimpan kencing sehingga kita berasa penuh (lebih kurang 300ml).
Di tandas, kita mengendurkan otot lantai pelvik dan otak anda akan memberi isyarat untuk otot pundi kencing mengecut lalu memerah keluar airkencing melalui uretra – tiub dari pundi kencing ke luar badan.
Apabla otot pundi mengecut, otot yang mengawal uretra supaya sentiasa tertutup ketika menyimpan air kencing (dipanggil otot sfinkter), akan berada dalam keadaan rileks untuk membenarkan air kencing keluar melalui tiub uretra.
Seluruh sistem ini disokong oleh otot-otot lantai pelvik yang menganjur dari hujung tulang belakang melalui tulang pubik (tulang di hadapan pelvis).
Wanita dengan masalah lemah kawalan kencing mempunyai otot lantai pelvik yang lemah atau rosak dan tidak mampu untuk mengawal pengeluaran air kencing ketika melakukan aktiviti-aktiviti fizikal (bersenam, batuk dan mengangkat barangan).
Wanita yang mempunyai otot lantai pelvik yang lemah atau rosak, menyebabkan mereka tidak dapat merasa pundi kencing telah penuh dan ini menyebabkan masalah untuk mengawal otot sfinkter di sekeliling uretra. Hal ini menyukarkan pengawalan air kencing dan air kencing boleh keluar tanpa disedari dengan kerap atau banyak.
Monday, 27 May 2013
Menjadi Wanita Yang Solehah
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 org wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya
untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Kasihnya Allah Pada Wanita
"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologisme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu
kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan
amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti
amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi
pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan
atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap
satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan
kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak
wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas
mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat
peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga
keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas,
terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu
melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti
apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan
berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan
dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan
lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan
dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala
suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan
tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan
sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa
dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan
olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan
suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa
lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua
perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami
ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam
bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan
`femme' untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan
yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk
kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan
isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka
dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang
kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya.
Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju,
tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara
satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan
lebih hebat daripada stoking kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca
mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti
yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama
beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh.
Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka
disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung
atau penutup kepada suaminya.
ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan
betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak
rasa mulia dengan Hadis ini?
Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak
kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi"
seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di
dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati,
membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada
ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah
beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan
dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh
anak-anaknya.
b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling
baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu
kepada isi rumahku."
c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang
mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang
hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang
sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana
mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan
yang banyak."
e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu
tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis
riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam
satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan
diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya
mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati,
menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu
mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha
Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini
kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu
yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan
nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya
kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada
makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan
kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi
penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan
rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah
cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud
yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang
bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain
mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap
memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya
yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan
dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat
percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu,
memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan
sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada
golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita
pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan
kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan
mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita
mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)










.jpg)


































