Showing posts with label Bulan Madu. Show all posts
Showing posts with label Bulan Madu. Show all posts
Thursday, 18 April 2013

Panduan Untuk Suami Isteri

0 comments




Kongsikanlah. Kepada suami isteri ianya sekadar pengetahuan tentang cara yang betul, cara yang tuntut oleh Islam supaya dikurniakan anak yang soleh. 

Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”

Antara cara yang tidak elok : 
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta 
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq,pelampau yang melewati batas. 
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta Pada jalan yang tidak haq. 
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir. Dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhir. 

Antara cara yang dituntut : 
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t. 
2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 
3. Pada malam Khamis. Anak yang bijaksana di kalangan yg bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim. 
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya



Continue reading →
Saturday, 7 July 2012

Akibat Bercinta Sebelum Kahwin...

0 comments





                   Sempena mengambil ikhtibar beberapa percintaan tergadai!!!
                  
                  Nafsu sungguh jahat, syaitan amat menipu
                  Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin berkenalan-kenalan
                  Dan bercinta-cinta lebih dahulu
                  Sebelum berkahwin di waktu bercinta semuanya indah-indah belaka

                  Tidak ada yang susah, tidak ada masalah
                  Semuanya baik walaupun jelik, sekalipun menyusahkan, tapi indah
                  Di masa itu kentutnya pun wangi, peluhnya pun harum mengalahkan atar
                  Tapi setelah berkahwin, tidak sampai setahun

                  Tiga bulan sahaja yang dahulu bukan masalah sekarang masalah
                  Dahulu yang busuk berbau harum, sekarang yang harum berbau busuk
                  Sekalipun atar pilihannya yang dipakai namun baunya menyakitkan
                  Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah

                  Sekarang yang mudah satu kewajipan pula dianggap masalah
                  Dahulu cinta itu dirasakan sampai ke sudah
                  Rupanya sebelum separuh jalan punah
                  Dahulu yang jahat pun dianggap baik

                  Sekarang yang baik dianggap jahat
                  Betapalah yang jahat terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan
                  Perang mulut pun mula terjadi
                  Masing-masing saling menunjukkan sikap bermusuhan

                  Kadang-kadang tidur pun berasingan atau tidur membelakang
                  Dahulu marahnya pun indah
                  Sekarang senyumnya pun pahit macam jadam
                  Masing-masing bawa diri, izin -mengizin sudah tiada lagi

                  Makin bertemu perang menjadi-jadi
                  Makin berjumpa maki benci-membenci
                  Akibatnya pun sudah terjadi pada suami isteri ini?
                  Kedua-duanya pergi jumpa tuk khadi

                  Minta cerai katanya jodoh sudah tidak ada lagi
                  Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin
                  Indahnya dan manisnya sudah habis barulah diijab kabulkan
                  

Continue reading →
Friday, 22 June 2012

Pakej Jimat Hebat Percutian Ke Pulau Sentosa Singapura

1 comments

Jika Pulau Sentosa menjadi destinasi percutian idaman anda sekarang Five Stars Tours menawarkan penjimatan sehingga 40% atau RM90. Pulau Sentosa Singapura adalah destinasi ideal untuk percutian keluarga, individu atau pasangan yang ingin berbulan madu.

Sentosa Island berada di pulau yang terpisah dari pulau utama negara Singapura. Pulau ini dekat sekali dengan Batam. Di sinilah pusat segala hiburan berada.  

Anda boleh mengunjungi website mereka di http://www.sentosa.com.sg/en/




Continue reading →

Pakej Bulan Madu Lengkap ke Bali Indonesia

0 comments

Bali adalah pulau tropika yang romantik. Pernah menjadi lokasi penggambaran filem Eat Pray Love, anda akan berjumpa warganya yang lemah-lembut, budaya yang menarik dan tarikan yang tidak tercemar. 

Pakej bulan madu ke Bali adalah tepat untuk pasangan baru bernikah, bermula hanya RM1690 untuk pakej 4 hari 3 malam. 

Anda boleh melihat maklumat lanjut atau membuat tempahan dari sini (buat carian dengan “book my trip” search form, pilih Category “Honeymoon Packages” dan klik “Perform Tour Search”). 

Pakej termasuk tiket penerbangan ke Denpasar dari Kuala Lumpur, penginapan di hotel 4 bintang, makanan (seperti dalam jadual di bawah), pakej lawatan (seperti jadual di bawah), cukai lapangan terbang, caj sekuriti, servis bilik, tips, panggilan telefon dan dobi.

Hari pertama (termasuk makan malam)

Tiba di Denpasar dan daftar masuk hotel. Bergerak ke Garuda Wisnu Kencana dan makan malam di Restoran Jendala.

Hari Kedua (termasuk sarapan, makan tengah hari, makan malam)

Selepas sarapan, bergerak ke Tarian Barong, lawatan kampung Ubud dan Kintamani. Kemudian menikmati 2 jam spa sebelum makan malam di Pantai Jimbaran.

Hari Ketiga (termasuk sarapan dan makan malam)

Dalam pakej bulan madu hari ini anda dan pasangan akan dibawa melawat Begudul, Alas Kedaton dan Tanah Lot. Singgah ke Studio untuk fotografi perkahwinan. Candle Light dinner akan diuruskan.

Hari Keempat (termasuk sarapan)

Bebas sehingga bergerak ke lapangan terbang.



Sumber
Continue reading →

Pakej Bulan Madu ke Nadi Fiji

0 comments


Adakah anda pasangan baru berkahwin dan tercari-cari pakej honeymoon yang romantik di pulau yang sangat indah? Pakej bulan madu ke Nadi Fiji ini pasti memberikan kenangan yang sangat manis buat anda dan pasangan. 

Keunikan Fiji adalah ia lebih tenang jika dibandingkan dengan Tihiti atau Hawaii. Negara kepulauan yang terdiri dari 330 buah pulau, Fiji dalah pilihan yang terbaik buat pasangan yang mencari tempat percutian yang paling sesuai buat suami isteri.

Pakej 9 hari ini bermula hanya RM12390 (lihat di sini untuk info selanjutnya dan juga pakej-pakej bulan madu yang lain. Gunakan “search form” di bahagian atas laman web untuk memudahkan pencarian)



Continue reading →

Genting Highlands

0 comments

Terletak megah di atas punck Gunung Ulu Kali berketinggian 2000 meter tinggi Genting Highlands menawarkan percutian ala Disneyland. 

Cubalah roller coaster, masuk ke rumah hantu atau mainan lain yang terdapat di taman tema beriklim dingin ini. 

Untuk suasana lebih romantik anda boleh menunggang kuda di Ladang Kuda Awana. 

Untuk ke sini mengambil masa 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.



Continue reading →

Cherating

0 comments


Pernah terkenal sebagai syurga “backpackers” Cherating memiliki tarikan yang tersendiri. Pantai yang panjang dihiasi pohon-pohon kelapa yang melambai dan rumah-rumah nelayan. 

Senario yang mengusik jiwa apatah lagi jika anda sudah lama tidak ke kampung halaman, tambahan orang-orang kampung di sini ramah belaka. 

Disamping berbulan madu anda dan pasangan boleh cuba membuat batik sendiri atau belajar seni menyulam menggunakan daun pandan untuk dijadikan topi dan bakul. 

Jika anda berkunjung pada Julai hingga September anda mungkin berpeluang melihat penyu-penyu hijau datang bertelur di Pantai Chendor. Cherating terletak kira-kira 30 kilometer dari utara Kuantan.



Continue reading →

Pulau Redang

0 comments

Terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang suka bercuti ke pulau di sini letaknya tempat menyelam yang pastinya tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang sukakan aktiviti ini. 

Jelajah tinggalan kapal perang dunia kedua H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse di lantai laut yang jernih dan jelas dilihat. Pemenang Kementerian Pelancongan Malaysia dalam “Anugerah Tarikan Pelancong Terbaik” Pulau Redang memiliki sebilangan hotel dan resort bertaraf empat ke lima bintang dan juga padang golf 18 lubang. 

Pantai Pasir Panjang yang indah pastinya melambai anda dan pasangan untuk ke sana. Anda boleh cuba aktiviti snorkeling di pulau-pulau kecil (Pulau Pinang dan Pulau Ekor Tebu) yang terletak berhampiran. Lokasi berbulan madu ini terletak 45 kilometer dari Kuala Terengganu.



Continue reading →

Pantai Tanjung Aru

0 comments


Pantai Tanjung Aru terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Selain mandi-manda dan berehat di pasiran pantai anda boleh cuba menunggang kuda. 

Berjalan berpegangan tangan di Taman Putera Philip atau menjelajah pulau-pulau berhampiran dan memancing laut dalam di Laut China Selatan. 

Bawalah si dia menaiki bot dengan dasar gelas untuk menikmati kecantikan terumbu karang diluar jangkaan di Taman Negara Tuanku Abdul Rahman. Kesemua lima pulau di taman negara laut juga memilki pantai-pantai yang indah dan hutan-hutan dengan jalan denai. Anda disyorkan menginap dai resort lima bintang di Tanjung Aru untuk saat berbulan madu yang tidak luput di ingatan.




Continue reading →

Santubong

0 comments


Terletak 35 kilometer dari Kuching, Santubong memberi anda keunikan tersendiri dengan pantai-pantai yang cantik dan tarikan budaya tempatan. Pantai Damai berlatarkan Gunung Santubung setinggi 810 meter adalah anugerah Allah yang amat menarik. 

Anda boleh membawa pasangan menyusuri Sungai Salak, melihat keindahan mtahari naik di puncak Santubong, atau melawat pulau-pulau berhampiran. Kampung Budaya Sarawak di kaki Gunung Santubong adalah muzium hidup di mana penghuni kampung daripada pelbagai kaum dan etnik besar di Sarwak menunjukkan demonstrasi membuat hasil seni dan cara hidup di dalam rumah tradisional mereka.




Continue reading →

Cameron Highlands

0 comments


Untuk pasangan yang suka aktiviti luar Cameron Highlands adalah destinasi yang sesuai dengan cuacanya yang nyaman dan suasana sunyi. Bukit resort Malaysia ini terletak kira-kira 4900 ke 5900 meter dari aras laut di atas Banjaran Titiwangsa. Kalau nak cari tempat romantik memang tak susah. 

Pergi saja ke Taman Ros atau nurseri-nurseri yang dipenuhi bunga-bunga berwarna warni. Suap mulut pasangan anda dengan strawberi segar dari ladang. Nikmati suasana yang romantis dengan secawan teh panas dan skon di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang Teh yang luas. 

Anda boleh sampai ke Cameron highlands dengan menggunakan jalan dari Tapah yang mengambil masa lebih kurang sejam. Aktiviti jungle-trekking ke hutan-hutan berhampiran dalam bentuk pakej juga disediakan.




Continue reading →

Batu Ferringhi

0 comments


Atau nama lainnya “Batu Orang Asing” tempat ini telah menarik ramai personaliti di zaman silam. Laksamana Portugis Alfonso D’Albuquerque singgah di Batu Feringghi pada 1511 sebelum belayar ke selatan untuk menakluk Melaka

St. Francis Xavier singgah di sini pada 1545 dan Kapten James Lancaster yang membuka Syarikat Hindia Barat mendarat di Batu Ferringhi pada 1600. 

Pada hari ini, pasangan yang ingin berbulan madu memilih untuk tinggal di resort-resort atau melakukan aktiviti sukan air bersama di tepi pantai yang indah. Bawalah isteri atau suami berjalan-jalan di kedai antik atau galeri seni, dan pergi menikmati ikan bakar Penang yang enak.




Continue reading →

Pulau Langkawi

0 comments


Di pulau terbesar di Malaysia ini ada banyak lokasi untuk pasangan baru berkahwin boleh menikmati bulan madu dengan ketenangan dan penuh privasi. Dua tempat pilihan untuk berbulan madu adalah Teluk Datai dan Tanjung Rhu. Terletak di utara pulau Teluk Datai menjadi lokasi resort mewah. 

Ada pantai hanya ekslusif untuk penginap hotel, dan mereka yang baru berkahwin boleh menikmati pemandangan laut yang indah ibarat permata menghadap negara Thai. Kira-kira 20 kilometer dari Teluk Datai di mana terletaknya Tanjung Rhu (juga dikenali sebagai Casuarina Bay) yang memiliki pantai dengan air laut memukau menghadap Laut Andaman. 

Semasa air surut, anda dan pasangan boleh ke Pulau Pasir dan Pulau Gasing. Di kawasan paya berhampiran ajaklah pasangan anda memberi makan kepada helang dengan tangan. Kepada yang nak membeli-belah untuk rumah baru harus ke Kuah di mana barangan dijual adalah bebas cukai.



Continue reading →
Tuesday, 10 April 2012

Pulau Bali: Destinasi Cuti

0 comments

Pulau Bali, sebuah pulau di Indonesia yang masyhur sebagai pulau seribu kuil memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik. Pulau Bali amat sesuai sebagai tempat pelancongan atau percutian kerana pulau ini amat sangat diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan serta budaya yang unik jadi tarikan utama ke Pulau Bali.
Pulau Bali terletak di dalam negeri Indonesia. Ia merupakan pusat pelancongan utama di Indonesia yang sudah dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa. Ada banyak perkelahan utama di pulau Bali iaitu Kuta, Ubud, Nusa Dua, Sanur, Seminyak, Denpasar, Candidasa, dan Lovina. Semua perkelahan itu menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet yang bercirikan seni bina Bali eksotik serta modern. Pelbagai pilihan penginapan disediakan untuk semua golongan, sama ada yang datang bersendirian, bersama keluarga, rakan-rakan, hinggalah kepada kumpulan yang lebih besar (hari keluarga, percutian kakitangan syarikat swasta atau kerajaan).
Anda boleh pusing-pusing untuk melawat tempat-tempat menarik di pulau Bali seperti Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Besakih, Tanjung Benoa, Uluwatu, Ubud, Jimbaran dan lain-lain. Sambil itu anda juga boleh singgah di kedai cenderahati di Celuk, Mas, Legian, Sukawati dan lain-lain.
Continue reading →
Monday, 28 November 2011

Tips Persiapan Bulan Madu

0 comments


Sebuah pernikahan akan terasa kurang lengkap tanpa diisi dengan perjalanan indah berbulan madu. Meskipun tidak semua pasangan memilih untuk tidak menikmati bulan madu setelah menikah, tetapi ada beberapa pasangan yang masih menjalankan tradisi ini.

Sebelum mengajak pasangan untuk pergi berbulan madu ke hotel atau destinasi tertentu, ada baiknya mengetahui beberapa langkah penting agar saat yang dikongsi bersama tersebut menjadi lebih indah dan tak akan terlupakan sampai bila-bila.


Pilih lokasi yang romantis

Lokasi memang amat berpengaruh saat tengah menjalani indahnya berbulan madu. Bagi sebahagian pasangan, pantai masih menjadi lokasi pilihan yang romantik. Ada baiknya sebelum berbulan madu anda dan pasangan memilih lokasi strategi yang telah dibincangkan bersama. Langkah ini untuk menghilangkan salah faham dan kekeliruan yang terjadi di masa yang akan datang.

Tak semestinya lokasi luar negara yang dipilih. Banyak tempat di dalam negara kita yang sangat indah dan sesuai untuk dipilih sebagai lokasi berbulan madu. Bergantung pada bajet masing-masing.


Pilih tempat penginapan yang romantis

Bila anda berdua ingin menghabiskan masa-masa berbulan madu di lokasi yang nyaman, sudah pasti harus memilih hotel yang tepat. Penginapan yang dipilih harus bersuasana romantis dan indah barulah rasa nikmat berbulan madu akan benar-benar terasa.

Pastinya dapat memberikan kejutan pada pasangan anda dengan bilik yang dihiasi dengan suasana romanti dipenuhi bunga mawar dan wangian yang membangkitkan ghairah.


Jangan berbulan madu di hari pernikahan

Setelah mjlis persandingan, ada baiknya anda mengambil masa sehari atau dua hari untuk beristirahat seketika. Ini dilakukan untuk mengumpulkan tenaga yang telah banyak terbuang. Setelah badan terasa segar kembali, barulah anda berdua pergi untuk berbulan madu seperti yang telah dirancang.


Pilih pakej bulan madu terlengkap

Perlu untuk memilih pakej bulan madu yang terlengkap. Hal ini untuk memudahkan anda dan pasangan untuk melawat pusat pelancongan yang penuh dengan daya tarikan dan keindahan tersendiri.

Setelah itu anda dan pasangan dapatlah bereksplorasi dan menciptakan kenangan indah di lokasi tersebut.

Lakukanlah bulan madu anda dengan sebaik-baiknya, sebab ianya akan menjadi kenangan buat seumur hidup anda.




 
Continue reading →
Saturday, 5 November 2011

Pulau Pangkor

0 comments


Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-
1) Kota Belanda

2) Batu bersurat

3) Pantai Puteri Dewi

4) Pantai Pasir Bogak

5) Teluk Nipah




    Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.

    Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.

    Sejarah

    Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama.
     
    1) 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.
    2) 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di SingapuraPerjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai sultan Perak . Pelombong bijih timahSyarikat Hindia Timur Inggeris. (SHTI) telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan ini menguntungkan 




      Gugusan Pulau Pangkor

      • Pulau Mentagor
      • Pulau Pangkor Laut
      • Pulau Giam (terletak kira-kira 3.8 batu nautika)


      Cara ke sana

      1) Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri di Lumut, 20 minit, mulai 2003 tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak.
      2) Lebuh raya Ipoh Lumut memudahkan perjalanan dari Ipoh untuk berkelah di Pulau Pangkor. 90 km di Barat daya bandar Ipoh.
      3) Dari Kuala Lumpur menerusi Lebuh raya Utara Selatan, anda ikut susur keluar di Gopeng dan masuk ke arah Lumut / Sitiawan.
      4) Kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang.
      5) Sekitar pulau Pangkor, boleh sewa bas dengan kadar RM40.00 pusing satu pulau.



        Penduduk

        1) 1999: terdapat seramai 6,260 orang penduduk tetap, 2,992 orang penduduk yang datang bekerja di pulau itu dan 568,248 orang pelancong.
        2) 2015: dijangka penduduk tetap akan meningkat kepada 8,330 orang manakala penduduk yang datang kerana bekerja seramai 4,664 orang sementara pelancong pula menjangkau angka 1.7 juta orang.







          Continue reading →
          Tuesday, 18 October 2011

          Pulau Tioman

          0 comments


          Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. Jaraknya kira-kira 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. Selain itu juga boleh ke Pulau Tioman dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.




          Asal-usul nama

          Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.




          Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.

          Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.

          Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.




          Gugusan Pulau

          Terdapat 8 buah pulau dalam gugusan Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah pulau yang terbesar. Antara pulau-pulau yang berdekatan dengan Pulau Tioman ialah :
          • Pulau Sepoi       >>>   Aktiviti: Scuba Diving
          • Pulau Chebeh   >>>   Aktiviti: Scuba Diving
          • Pulau Soyak     >>>   Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
          • Pulau Renggis  >>>   Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
          • Pulau Tulai       >>>   Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
          • Pulau Jahat      >>>   Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
          • Pulau Tomok   >>>   Aktiviti: Scuba Diving & Snorkeling
          • Pulau Bahara   >>>   Aktiviti: Scuba Diving




          Cuaca

          Musim tengkujuh merupakan musim senyap. Ombak tinggi pula datang dari Laut China Selatan. Tiada aktiviti pelancongan pada bulan Disember, Januari, dan Februari. Ombaknya mencapai ketinggian 5 meter dan boleh menenggelamkan bot.









          Continue reading →

          Labels