Showing posts with label MANDI WAJIB. Show all posts
Showing posts with label MANDI WAJIB. Show all posts
Friday, 22 June 2012

Perihalan Mandi Wajib

0 comments


Mandi wajib itu penting, tetapi bukan perlu dikomplekskan. Antara persoalan yang timbul termasuklah:
1.                   Niat sebelum atau selepas menjiruskan jirusan air pertama ke kepala;
2.                   Was-was dengan mandi wajib;
3.                   Antara wiladah dan nifas;
4.                   Keperluan mandi wajib apabila masuk sesuatu ke dalam faraj, terkeluar
air mazi, atau onani;
5.                   Ukuran air 2 kolah;
6.                   Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib;
7.                   Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab;
8.                   Terlupa bahawa sedang mandi wajib;
9.                   Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib;
10.              Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan; dan sebagainya yang
kadangkala tidak berkaitan dengan bab tersebut.

Oleh itu, biarlah saya perincikan satu persatu isu-isu yang timbul ini.

Niat

Isu niat adalah antara yang paling sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang. Faktornya, pendidikan awal di sekolah. Para pendidik agama sering menekankan perkataan “Sahaja aku…” dalam berniat.
Apabila niat itu rukun, maka perkataan tersebut wajib dicetuskan dalam hati sebagai tanda kita berniat. Ini adalah tanggapan yang salah, malah amat sukar untuk diperbetulkan.

Pendek kata, maksud sebenar niat ialah perbuatan yang dilakukan dalam keadaan sedar. Yang dikatakan tidak niat itu ialah sama ada dia melakukan sesuatu itu dalam keadaan mengigau, atau terlupa, atau nyanyuk, atau berkhayal. Selain daripada itu, semuanya berniat.
Oleh itu, niat mandi wajib itu hadir dengan sendirinya apabila anda ke bilik mandi untuk mandi wajib, seterusnya memulakan mandi itu, sehingga selesai. Maka tidak timbul nak niat masa mana.
Was-was

Ada yang tanya saya, sah ke mandi wajib dalam keadaan was-was?
Persoalan sebegini juga tidak timbul. Kerana mandi wajib dan was-was adalah 2 perkara berbeza. Mandi wajib adalah perlakuan mandi. Was-was pula adalah penyakit yang datang dari godaan syaitan.
Penyakit ini tidak terlibat sama sekali dalam rukun mandi, syarat sah mandi, mahupun perkara sunat dan makruh ketika mandi.
Antara wiladah dan nifas

Mandi wiladah ialah mandi wajib selepas bersalin. Wujudnya hukum mandi wiladah itu adalah untuk Siti Fatimah, yang diberi keistimewaan oleh Allah s.w.t, tidak keluar darah nifas selepas bersalin.
Ia tidak berkenaan bagi kita orang biasa. Jika ditunaikan juga mandi wiladah, maka mandi itu dikira lagha, kerana masih lagi dalam keadaan kotor.
Benar, terdapat beberapa percanggahan di sini. Dari apa yang saya pelajari, sekiranya dalam keadaan kotor, maka segala ibadat yang dilarang semasa kotor jika ditunaikan adalah dikira lagha, iaitu sia-sia (tidak mendapat pahala, malah membazir masa dan air).
Jadi di sini, untuk mengangkat hadas besar, dalam keadaan masih berhadas besar, maka tidak sah mandi tersebut. Sebab itu dikatakan mandi wiladah sahaja itu hanyalah untuk Siti Fatimah isteri Saidina Ali r.a., yang hanya keluar wiladah sahaja.
Bagi kita orang biasa, cukup dilaksanakan sekaligus mandi wiladah dan nifas, sebaik sahaja kering darah nifas. Perkara ini banyak diperbincangkan dan diberi penerangan di peringkat hospital-hospital bersalin.
Bagaimana caranya? Angkat hadas besar dengan niat nifas dan wiladah. Yang lain-lain sama sahaja.
Keperluan mandi wajib apabila memasukkan sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, atau onani

Memasukkan sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, tidak perlu mandi wajib.
Onani, sehingga mencapai klimaks, tidak kira jantina, wajib mandi baginya.
Perlu diingat, yang haram tetap haram. Onani tetap haram walau apa jua cara dan keadaan. Namun, mandi tetap wajib. 

Ukuran air 2 kolah

Ada yang bertanya bagaimana mandi wajib jika tiada kolah, yang ada hanyalah baldi, cukup ker 2 kolah dengan baldi itu?
2 kolah ialah suatu ukuran air, di mana sekiranya mencapai ukuran tersebut, maka air itu tetap mutlak walaupun terpercik sedikit air yang wujud unsur najis ke dalamnya.
Sebaliknya, air mutlak akan menjadi air najis apabila tidak cukup ukuran tersebut. Hukum mandi wajib dengan air najis adalah tidak sah.
Oleh itu, mandi wajib menggunakan air paip secara terus adalah lebih memudahkan. Tidak perlu susah-susah guna baldi.
Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib

Dalam bab ini, terdapat 2 pendapat. Ada yang berpendapat begini:
Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.

Namun pendapat ini diragui, atas sebab yang saya sebutkan dalam tajuk kecil “Antara wiladah dan nifas” di atas tadi.
Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab

Dalam nifas, ada wiladah. Sebelum mandi wajib sebab haid, bersama suami dahulu (haram). Ini yang kita panggil dua sebab yang mewajibkan mandi.
Diulang, yang haram tetap haram. Kita bercakap isu tindakan atas sesuatu isu, bukan galakan untuk melakukan yang haram.
Persoalannya, berapa kali wajib mandi untuk 2 sebab? Adakah dalam satu sebab sekali mandi, 2 sebab dua kali mandi?
Tidak perlu, cukup hanya sekali untuk berapa banyak sebab pun.
Terlupa bahawa sedang mandi wajib

Saya hendak mandi wajib tapi terlupa dan saya mandi macam biasa. Sedang mandi, teringat pula tentang mandi wajib. Jadi saya berhenti mandi dan keringkan badan. Kemudian,  saya mandi wajib. Sah ke?

Jika berlaku sedemikian, tidak perlulah dikeringkan dahulu badan itu. Teruskan mandi dari atas ke bawah, sejurus teringat semula di mana anda berada.
Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib

Penuntut sekolah aliran agama memberitahu bahwa kita kena tunggu lebih kurang 5 jam baru boleh mandi wajib.

Siapa yang kata begitu sila angkat tangan, berikan nama dan nombor IC. Nak tengok sikit wajah insan yang berkata begitu.
Mana ada. Dari mana belajar ni? Ustaz mana yang ajar? Tidak ada hukum mengatakan kena tunggu 5 jam ker, 2 jam ker, setengah jam ker, lima minit ker, 2 saat ker.
Nak mandi, mandi jer. Tak payah ditunggu-tunggu.
Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan

Ustaz di sekolah ajar, 3 kali jirusan di kepala, 3 kali dia bahagian badan kanan dan 3 kali di bahagian kiri. Sekiranya saya menggunakan ’shower’ bagaimanakah caranya untuk berbuat begitu?

Yang ini lagi satu. Pendidik yang tidak mengikuti arus kemodenan zaman. Sudah tahu anak murid semua guna shower, kenapa diajar juga cara guna cetong? Kan pening anak murid tu.
Dah pakai shower, berdiri saja lah di bawah shower itu sehingga benar-benar yakin bahawa air mengalir ke setiap lapisan kulit di setiap anggota badan.
Yang 3 jirusan itu hanya untuk memastikan air diratakan dengan baik. Itu pun khusus untuk yang guna cetong atau cebok sahaja.
Penutup

Diharap entri ini dapat menjawab sedikit sebanyak keraguan yang timbul dalam diri masing-masing.
Dipetik dari Soleh.net
Continue reading →
Friday, 13 April 2012

HIKMAH MANDI WAJIB

0 comments

            Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
           Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
          Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
Continue reading →

MANDI WAJIB MENGIKUT SUNNAH

0 comments

Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud:“Apabila Nabi SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Menurut riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”
Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan dripada Maimunah r.ha.“Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya.”
(Riwayat Muslim)
Continue reading →

Labels