Showing posts with label info am. Show all posts
Showing posts with label info am. Show all posts
Thursday, 23 May 2013

Mitos atau Fakta

0 comments

Di zaman serba moden dan teknologi ini, maklumat begitu mudah didapati. Jika dahulu, kita bergantung pada maklumat yang disampaikan pelbagai seperti majalah, buku, TV dan radio. Kini kemudahan internet memberikan kita sumber maklumat lebih banyak dan luas. Berikut merupakan beberapa isu yang sering menjadi kekeliruan di kalangan orang ramai. Mana satu yang benar/fakta, mana satu hanyalah mitos? Mari kita semak dahulu.



MITOS : Minum air lapan gelas sehari mencegah dehidrasi



FAKTA SALAH – Menurut W. Larry Kenny, seorang professor fisiologi dan kinesiology dari Pennsylvania State University, amsih belum terdapat kajian ilmiah yang menentukan berapa banyak air yang diperlukan oleh tubuh manusia. Memang tidak dinafikan tubuh manusia memerlukan banyak air, tetapi keperluan tersebut banyak bergantung pada faktor seperti berat badan, pola pola pemakanan, aktiviti dan perpeluhan. Bila anda mengalami gejala seperti sakit kepala yang berulang, badan akan terasa lemah dan mual. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh tubuh kekurangan cecair. Biasanya, sepanjang melakukan aktiviti, kadar cairan di dalam tubuh akan berkurangan. Disebabkan itu, anda disyorkan agar minum secukupnya setiap kali anda selesai melakukan aktiviti.



MITOS : Kulit kering lebih cepat kerepot



FAAKTA BENAR – Akibat memiliki kadar air yang rendah, kulit menjadi lebih kering. Kulit yang kering lebih mudah mengalami proses penuaan jika dibandingkan dengan jenis kulit yang lain. Ini kerana teksturnya yang kering sehingga membutakan garis-garis halus pada permukaan kulit kelihatan lebih jelas. Selain itu, menurut professor dermatologi klinik dari Universiti California, Richard G. Glogau, gerakan yang terjadi berulang-ulang pada otot wajah seperti mengerutkan dahi, tersenyum, mengangkat alis dan sebagainya juga menjadi penyebab timbulnya kerutan pada kulit wajah. Begitu juga dengan pendedahan kepada cahaya matahari, terutamanya sinar ultraviolet. Langkah terbaik mencegah kerut pada wajah adalah dengan mengoleskan pelembap serta ‘sunblock’ SPF 30 atau lebih yang berfungsi untuk menahan daripada sinaran matahari.



MITOS : Risiko tinggi cedera bila sukar menyentuh jari-jari kecil



FAKTA BENAR – Otot-otot yang kaku memiliki pergerakan terbatas dan boleh menyebabkan rawan cedera atau mengalami sakit-sakit setiap kali melakukan gerakan-gerakan yang aktif seperti berolahraga, melompat dan mengangkat beban. Menurut Stephen Rice dari Jersey Shore Universit y Medical Center, untuk mengurangkan risiko cedera amalkan aktiviti regangan. Aktiviti ini membantu meregangkan otot-otot menjadi lebih lentur dan memudahkan pergerakan. Selain itu, aktiviti seperti yoga atau ‘pilates’ yang dilakukan sekali seminggu dapat meninggalkan fleksibiliti tubuh. Latihan seperti ini mudah dilakukan di mana-mana dan bila masa sahaja.



MITOS : Risiko osteoporosis semakin tinggi pada orang yang bertubuh kurus.



FAKTA BENAR – Mereka yang mempunyai berat abdan di bawah paras normal, ataupun mereka yang memiliki BMI kurang daripada 19, mempunyai tulang yang kurang padat. Keadaan ini meningkatkan risiko mudah mengalami patah tulang. Felicia Cosman, pengarah klinik National Osteoporosis Foundation, berkata kadar lemak yang minimum di dalam tubuh menyebabkan kadar hormon estrogen juga menjadi rendah. Akibatnya, proses obsteoblas (pembentukan tulang) yang berfungsi membentuk tulang baru menjadi lambat. Sebaliknya, fungsi osteoklas (kerosakan tulang) pula semakin meningkat.



MITOS : Penggunaan putik kapas merosakkan gegendang



FAKTA BENAR – Julie Wei, pakar THT dari University of Kansas Medical Center berkata, perlakuan membersihkan telinga menggunakan putik kapas akan mendorong kotoran untuk semakin masuk ke dalam. Selain itu, ramai orang menyangka cairan seperti minyak berwarna kekuningan di dalam telinga sebagai kotoran dan ia perlu dibersihkan. Sebenarnya, cairan tersebut merupakan serumen dan ia berfungsi untuk memerangkap kotoran dan debu daripada masuk lebih jauh ke dalam telinga. Kotoran ini, apabila ia mengeras akan menyebabkan pendengaran seeseorang menjadi berkurangan. Penggunaan ubat titis telinga dapat membantu untuk melembutkan semula kotoran dan seterusnya memudahkan proses membersihkan telinga. Pastikan anda menggunakan putik kapas hanya untuk membersihkan telinga di bahagian luar. Jangan mengorek terlalu dalam ketika membersihkan telinga.



MITOS : Menyusu badan dapat mengurangkan risiko kanser payudara



FAKTA BENAR – Melalui sebuah kajian di University of Southern California, Dr. Giske Ursin menyatakan bahawa menyusu badan sebenarnya dapat mengurangkan risiko diserang kanser payudara pada wanita berumur 25 tahun ke atas. Risiko menurun sebanyak 4.3 % jika wanita tersebut menyusukan bayinya selama satu tahun. Hasil kajian yang diumumkan pada pertemuan tahunan American Association of Cancer Research di Los Angeles ini juga mengatakan bahawa menyusukan bayi dapat memeberikan perlindungan daripada tumor yang positif mahupun negative terhadap reseptor estrogen dan progesterone. Hormon estrogen berperanan untuk menstimulasi pertumbuhan sel kanser payudara. Oleh itu, dengan menyusukan sendiri bayi anda, risiko untuk terkena kanser payudara menurun kerana ketika menyusukan bayi, jumlah hormon estrogen menurun dan digantikan dengan prolaktin yang berfungsi memproduksikan ASI.
Continue reading →

Jenis Bentuk Tubuh

0 comments

Cili

Individu yang memiliki jenis bentuk tubuh sebegini mempunyai lekuk tubuh yang setara dan sukar dikesan di manakah letaknya lemak berlebihan tersebut. Saiz punggung, pinggang dan bahu juga hampir sama. Bagaimanapun, kebiasaannya bagi individu dengan bentuk sebegini lebih mudah mengumpul lemak di bahagian tengah badan iaitu sekitar abdomen dan perut. Inilah alasan mengapa adakaalnya tubuh anda kurus tetapi anda masih terdedah pada risiko ‘buncit’. Ia secara tidak langsung bakal meningkatkan risiko diserang penyakit jantung dan diabetes.



Pir

Ini adalah bentuk tubuh paling biasa yang dimiliki wanita Asia. Individu yang berbentuk pir ini cenderung untuk memiliki bahagian tubuh atas yang kecil manakala bahagian bawah tubuh yang besar. Ini kerana lemak mudah terkumpul di bahagian pinggul, punggung dan paha. Cabaran paling hebat bagi anda yang bertubuh pir adalah untuk kurus!



Apabila anda mula berdiet, lemak akan mudah dibakar pada bahagian perut tetapi sangat sukar dibakar pada bahagian pinggul, paha dan punggung. Lemak di bahagian ini lebih dikenali sebagai ‘lemak pasif’ iaitu lemak degil yang mudah terkumpul khususnya bagi anda yang sering seharian duduk di pejabat menghadap komputer. Bagi wanita, lemak di bahagian ini ibarat mendapat ‘arahan’ untuk kekal sehingga diperlukan sebgai tenaga tambahan saat melahirkan dan sepanjang tempoh menyusu bayi kelak. Lemak terkumpul ini akan mengakibatkan wujudnya selulit. Selulit akan menyukarkan lagi aliran darah untuk sampai ke tempat terkumpulnya lemak terbabit. Apabila darah gagal sampai ke bahagian lemak tersebut maka lemak akan sukar diurai dan disingkirkan melalui proses semulajadi tubuh.



Bagaimanapun, terdapat kajian yang membuktikan bahawa tubuh individu yang berbentuk pir ini sering bernasib baik dalam soal kesihatan. Lemak pasif dikatakan membantu mengurangkan risiko diserang penyakit jantung dan diabetes. Kajian dari beberapa saintis di Amerika juga mendapati bahawa lemak pasif ini dapat membantu mengurangkan rintangan insulin di samping mempertingkatkan tahap kolesterol HDL yang baik. Punca yang nyata kepada keadaan ini masih dalam kajian terperinci.



Epal

Bentuk tubuh jenis epal ini lebih cenderung mengumpul lemak di bahagian abdomen dan sekitar perut tetapi memiliki bahaian bawah tubuh yang kecil. Namun anda masih bernasib baik kerana anda lebih mudah untuk menghilangkan lemak yang berlebihan itu berbanding individu berbentuk buah pir. Ini kerana lemak yang terkumpul di bahagian abdomen lebih mudah diurai dan dibakar sebagai tenaga berbanding lemak di bahagian paha dan punggung. Bagaimanapun, lemak berlebihan di bahagian abdomen akan meningkatkan risiko anda diserang penyakit jantung, diabetes dan kanser payudara. Ini kerana toksik lemak atau juga kenali sebagai ‘visceral’ akan mengelilingi organ di bahagian tengah iaitu buah pinggang, pancreas dan hati. Ia menjadi punca peningkatan tahap gula dalam darah dan pada masa yang sama membawa kesan rintangan insulin dan inflamasi. Dalam erti kata yang lain, kandungan gula dalam darah anda berlebihan dan akan terapung tanpa dicerna di dalam salur darah. Inilah di antara punca bertambahnya berat badan dan mudah mendapat penyakit kronik di usia muda. Jadi, berhati-hatilah. Jangan biarkan ukur lilit pinggang anda melebihi saiz 38! Pengurangan 2 cm adalah langkat terbaik yang wajar anda lakukan segera.
Continue reading →
Friday, 10 May 2013

Jaga Adab Apabila Bersama Warga Tua

0 comments



Beri salam
Setiap kali bertemu orang yang lebih tua sebaiknya berilah salam dengan penuh keikhlasan. Kucuplah tangan mereka itu. Sekurang-kurangnya ia dapat mengundang perasaan kasih dalam diri orang tua terhadap anda. Lalu bangkitkan suasana hangat dengan mengalu-alukan kehadiran orang yang lebih tua dalam hidup anda. Misalnya, mengajaknya berkongsi idea bersama, mendengar dengan teliti setiap butir kata yang disampaikan dan sabar melayan setiap kerenah mereka.


Penyampaian Sederhana
Ketika menyampaikan sesuatu maklumat sama ada berita gembira atau sedih, ia perlu disampaikan dengan penuh berhemah dan bersederhana. Elakkan keghairahan kala bercerita kerana ia boleh mempengaruhi atau mengguris perasaan orang yang lebih tua. Mereka sebenarnya lebih peka dan lebih sensitif terhadap sesuatu.


Jangan Terlebih Yakin
Kenyakinan diri kala berbicara itu penting, tetapi jangan sampai terlebih yakin dan mengundang sifat sombong dalam diri. Terutama apabila bercerita mengenai kerjaya dan kedudukan anda di mata masyarakat. Bukan semua perkara dalam diri anda akan disenangi oleh orang lain. Jika anda pandai menyusun tutur kata, pasti anda lebih disayangi oleh mereka. Begitu juga sewaktu menyampaikan tentang kekurangan diri, jangan terlalu berlebih-lebihan sampai meratapi nasib. Ia menyebabkan kepercayaan dan semangat untuk hidup berkurangan. Memberitahu kekurangan orang lain juga perkara yang paling senang untuk dibualkan. Skandal-skandal liar terutamanya, maka itulah yang disarankan agar kita bijak menutur  kata dan berhati-hati dalam berkata-kata. Ada kalanya kata-kata kita itu bukan mendatangkan pahala malah mengundang dosa.


Sopan
Perlakuan sopan juga membantu kala berbicara dengan orang yang lebih tua. Sekiranya mereka sedang duduk di hadapan anda, dan anda perlu untuk melintasinya, maka tundukkanlah sedikit tubuh anda sambil meminta izinnya untuk lalu. Begitu juga ketika hendak duduk disebelahnya atau terpaksa memotong barisan ketika sedang beratur untuk membayar bil. Kadangkala tutur kata dan kesopanan yang ditunjukkan membuat mereka berasa simpati dengan kesusahan dan memahami situasi yang anda alami.


Wajah Manis
Jika anda belajar untuk memaafkan dan berlapang dada, sudah tentu anda dapat manfaatnya di kemudian hari. Sampaikan setiap perkara itu dengan sulaman kemanisan dan keceriaan wajah. Walaupun berita itu sedih, anda masih boleh menyampaikannya dengan segaris senyuman dan pengharapan. Sekurang-kurangnya senyuman itu dapat menawarkan kedukaan yang mereka sedang alami.


Jangan Ungkap kata kesat
Jangan sesekali mengungkapkan kata-kata kesat yang boleh mnegguris hati mereka. Apatah lagi mengherdik orang yang lebih tua. Sekalipun perlakuan mereka mencabar kesabaran anda yang lebih muda, tetap sampaikanlah perasaan anda dengan penuh berhemah. Jika tidak dapat diluahkan dengan tutur kata, tidak salah anda mencoretnya diatas sekeping kertas.


Hulurkan bantuan
Sekiranyan anda diamanahkan untuk menjaga harta bendamereka, maka peliharalah dengan sebaik-baiknya. Jaga juga nama baik dan kehormatan diri anda. Secara tidak langsung, maruah mereka akan dipandang tinggi di mata masyarakat. Jangan lupa untuk menghulurkan bantuan seperti membeli barangan keperluan dapur mahupun peribadi. Meringankan beban orang tua juga memberi pulangan yang cukup lumayan untuk anda. Jika dikerjakan dengan ikhlas, anda akan berasa selesa dan tenang sentiasa.


Jangan ego ucap maaf
Jangan ego untuk menyampaikan kata-kata maaf sekiranya anda telah mengguris hati mereka. Sebaik-baiknya meminta maaf setiap hari, kadangkala orang tua tidak menyatakan kecalaran hati mereka. Maka anda sebagai yang muda perlu merendah diri sendiri. Jika mahu membantah mereka, maka jangan menyalahkan orang tua. Sebaliknya usahakan dengan sopan agar penjelasan dapat diterima oleh mereka dengan hati yang terbuka. Suara juga perlu dijaga nadanya, sebaliknya berlembutlah dengan mereka.


Hormati makan minum mereka
Ketika di meja makan, anda perlu menghormati makan dan minum mereka. Jika anda perlu makan dahulu, maka asingkanlah makanan dan minuman mereka dalam bekas yang berlainan. Jangan memberi mereka lebihan anda, ia mengundang perlakuan kurang sopan dan seolah-olah anda tidak menghormati mereka yang lebih tua.
Continue reading →
Wednesday, 1 May 2013

Akibat 'Malas' Minum Air

0 comments

Akibat 'Malas' Minum Air

Photo: === Akibat Bila ‘Malas’ Minum Air Putih ===

Tidak sedikit orang yang malas minum air putih terutama di ruangan atau daerah dingin karena merasa tidak haus. Sebaiknya jangan turuti perasaan malas minum air putih karena tubuh yang akan menanggung akibatnya.

Air adalah komponen terbesar di dalam tubuh manusia. Kandungannya bervariasi sesuai usia. Kandungan air pada bayi 80 persen, orang dewasa sebesar 60 persen dan pada usia lanjut atau di atas 65 tahun sebesar 50 persen.

Air juga merupakan zat gizi penting bagi kesehatan tubuh karena berperan sebagai pelarut, katalisator, pelumas, pengatur suhu tubuh serta penyedia mineral dan elektrolit.
Banyaknya air yang dibutuhkan seseorang berbeda-beda tergantung pada ukuran tubuh orang tersebut dan apa yang dianggap sesuai untuk tubuhnya.
Meski kebutuhan air tiap orang berbeda menurut Profesor Hiromi Shinya MD, pakar enzim yang juga guru besar kedokteran di Albert Einstein College of Medicine AS, usahakan tubuh untuk mendapatkan pasokan air 6-8 gelas per hari (1,5-2 liter) untuk orang dewasa.
Berikut akibat jika malas minum air putih seperti dilansir American College of Sports Medicine:
1. Ketika pasokan air minim tubuh akan mengalami kekurangan air atau dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, asupan oksigen yang harusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang, bahkan bisa menciut.

2. Komposisi otak terdiri atas cairan, dan ketika otak tidak mendapatkan asupan air yang cukup akan terjadi gangguan fungsi kognitif (kepandaian) di otak. Otak tidak bisa menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yaang akhirnya membuat seseorang menjadi lemot, gampang lupa, dan tidak konsentrasi.

3. Dehidrasi yang dialami tubuh bisa menyebabkan gejala mulai dari yang ringan dan sedang seperti lelah, haus, tenggorokan kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.

4. Rentan terkena infeksi kandung kemih karena bakteri tidak bisa keluar akibat kurang minum. Gejala infeksi kandung kemih ini bisa berupa suhu badan yang sedikit meningkat, rasa nyeri terutama saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan, nyeri tekan di atas tulang kemaluan. Kadang kala terdapat darah dalam urine.

5. Perempuan harus lebih banyak mengonsumsi air karena panjang saluran kemihnya lebih pendek dibanding laki-laki. Banyak minum air akan membantu bakteri keluar dari saluran kemih dan mengurangi risiko infeksi kandung kemih.

6. Kulit jadi kusam karena kurang minum membuat aliran darah kapiler di kulit juga tidak maksimal.

7. Kurang minum air putih bisa mengganggu fungsi ginjal karenanya air penting untuk mencegah batu ginjal. Dengan cukup air maka komponen pembentuk batu ginjal menjadi lebih mudah luruh bersama buang air kecil.

Yuuuukk kita biasakan minum air.... 

.FUN.

Bukan semua orang malas minum  air terutama apabila berada di dalam bilik atau kawasan yang sejuk kerana mereka tidak berasa dahaga. Tetapi jangan mengabaikan pengambilan air kerana tubuh kita akan menanggung akibatnya.

Air adalah komponen terbesar dalam badan manusia. Kandungannya berbeza-beza mengikut umur. Kandungan lembapan sebanyak 80 peratus pada bayi, orang dewasa dan sebanyak 60 peratus pada usia tua atau di atas 65 tahun sebanyak 50 peratus.

Air juga merupakan nutrien penting untuk kesihatan badan kerana ia bertindak sebagai pemangkin, pelarut, pelincir, penyejukan dan pembekal mineral dan elektrolit.
Bilangan air orang yang berbeza-beza bergantung kepada saiz badan seseorang dan apa yang dianggap sesuai untuk tubuhnya.

Walaupun keperluan air setiap orang berbeza mengikut Profesor Hiromi Shinya, MD,  yang juga Profesor perubatan di Albert Einstein College of Medicine Amerika Syarikat, tubuh kita cuba untuk mendapatkan bekalan 6-8 gelas air sehari (1.5 -2 liter) untuk orang dewasa.
Berikut adalah kesan sekiranya kita malas minum  air putih yang secukupnya (sumber dilaporkan oleh American College of Sports Medicine) :

  1. apabila bekalan air dalam badan dibawah kadar minimum, kita akan mengalami kekurangan air atau dehidrasi. Dehidrasi menyebabkan cecair di dalam otak akan mengurangkan pengambilan oksigen, yang sepatutnya mengalir ke otak. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang maju, ataupun merosot.
  2. komposisi otak terdiri daripada cecair, dan apabila otak tidak mendapat pengambilan air yang cukup akan menjejaskan  fungsi kognitif (kecerdasan) dalam otak. Otak tidak dapat berfungsi dengan normal, fungsi kognitif  membuatkan  seseorang menjadi perlahan, mudah lupa, dan kurang penumpuan.
  3. Dehidrasi badan boleh menyebabkan gejala seperti letih, dahaga, tekak kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, kadar nadi cepat, seterusnya membawa gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
  4. Terdedah kepada jangkitan pundi kencing kerana bakteria tidak boleh keluar kerana  kurangnya air. Gejala jangkitan pundi kencing  boleh menyebabkan  peningkatan suhu badan, sakit terutamanya apabila akhir membuang air kecil, rasa seperti untuk membuang air kecil yang tidak boleh ditekan dan sakit di atas tulang kemaluan. Kadang-kadang ada darah dalam air kencing.
  5. wanita perlu mengambil lebih banyak air kerana saluran kencing adalah lebih pendek daripada lelaki. Minum air yang banyak akan membantu mengurangkan risiko bakteria pada saluran kencing dan jangkitan pundi kencing .
  6. Kulit menjadi kusam kerana kekurangan minum dan membuat aliran darah pada kapilari berkurangan.
  7. Kekurangan air boleh mengganggu fungsi buah pinggang kerana air adalah penting untuk mencegah batu karang. Dengan air yang cukup, komponen-komponen yang membentuk batu karang jatuh lebih mudah dengan membuang air kecil.

Continue reading →

7 Kota Mati Yang Mengerikan

0 comments

7 Kota Mati Yang Mengerikan


1. Oradour-sur-Glane (Prancis)
Photo: 7 Kota Mati Yang Mengerikan


1. Oradour-sur-Glane (Prancis)
 
Oradour-sur-Glane di Limousin, Prancis, telah ditinggalkan sejak 1944. Nazi menghancurkan kota ini ketika datang selama Perang Dunia II yang membunuh 642 penduduk. Bukti kekejaman perang tercermin pada bangunan dan mobil terbakar yang masih ada.Pembantaian yang terjadi di sudut Perancis dianggap sebagai salah satu kejahatan paling kejam dalam sejarah umat manusia. Bila Anda mengunjungi kota hantu, Anda akan diminta untuk tetap tenang selama berada di kota penuh memori oleh para martir.

2. Agdam - Azerbaizan
 
Kota besar Agdam di Azerbaijan adalah salah satu kota besar yang populasi penduduknya mencapai 150.000 orang. Namun kemudian hilang setelah pada tahun 1993 sepanjang perang Nagorno Karabakh. Walaupun kota ini tidak secara langsung menjadi basis peperangan, namun kota ini tetap mendapatkan efek dari perang tersebut, dengan menjadi korban dari sikap para Armenians yang merusak kota tersebut. Bangunan-bangunan dirusak dan akhirnya ditinggalkan penghuninya, hanya menyisakan masjid-masjid yang masih utuh berdiri. Penduduk Agdam sendiri sudah berpindah ke area lain, seperti ke Iran. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXfnzrvPKW3DXkmOedJVp0W-NMv53GPa2rD6RtRDlWW0-PABXsiVDjrWGCVL4ZS9pILfrAb-PSAUg-Bv-ORBpexTlIaYri0-LP2whXkOGHUnu2bsrb_D3spTZVmxmHd1EfSzXNVO1DBIhy/s400/a170_agdam.jpg

3. Pripyat (Ukraina)

Kota Pripyat adalah sebuah desa hantu dekat lokasi pembangkit listrik Chernobyl, terkenal dianggap sebagai krisis nuklir terburuk dalam sejarah. Bencana menjadi cermin sesuatu yang salah dengan platform energi nuklir. Kota ini membeku pada era 1980-an lantaran kecelakaan nuklir yang terjadi pada April 1986.

Daerah tersebut masih tidak cocok untuk kehidupan manusia. Beberapa perusahaan perjalanan di Ukraina bahkan menawarkan tur. Tidaklah sulit mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk mengunjungi kota hantu, namun kota tetap dijaga ketat untuk tujuan keselamatan, apalagi beberapa satwa liar diam-diam kembali ke Pripyat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsHBfpdITF_2zG48MeoEYWbCKflWqqMdtPhjOvPVbTiLxQA6wL-QFGYWtdFdIo0LpZ1RNtsphE8i8XnjvKDPIIEWdpZytx_-FY-V7wuRg7fm0peLQKAqdRspQLnzVRsebGAlOHgCa7HEWw/s400/prypiat.jpg


4. Craco-Italia

terletak didaerah Basilicata dan provinsi Matera sekitar 25 mil dari teluk Taranto. Kota pertengahan ini mempunyai area yang khas dengan dipenuhi bukit yang berombak-ombak dan hamparan pertanian gandum serta tanaman pertanian lainnya. Ditahun 1060 ketika kepemilikan lahan Craco dimiliki oleh uskup Arnaldo pimpinan keuskupan Tricarico. Hubungan yang berjalan lama dengan gereja membawa pengaruh yang banyak kepada seluruh penduduk. Di tahun 1891 populasi penduduk Craco lebih dari 2000 orang, waktu itu mereka banyak dilanda permasalahan social dan kemiskinan yang banyak membuat mereka putus asa, antara tahun 1892 dan 1922 sekitar 1300 orang pindah ke Amerika Utara. Kondisi pertanian yang buruk ditambah dengan bencana alam gempa bumi, tanah longsor serta peperangan inilah yang menyebabkan mereka bermigrasi massal.

Antara tahun 1959 dan 1972 Craco kembali diguncang gempa dan tanah longsor. Di tahun 1963 sisa penduduk sekitar 1300 orang akhirnya dipindahkan ke suatu lembah dekat Craco Peschiera, dan sampai sekarang Craco yang asli masih tertinggal dalam keadaan hancur dan menyisakan kebusukan sisa-sisa peninggalan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3RtV_ZDE_xGv7liBgcE8o320TDt5MK2XBog6q8BVvoEqkEivCN9CRiAwjgvl0MFQXXt6djFev0ytYSKYpD7DJ-9dbaiBcdcnOfGNMp4sF_Vzqc4Azl7RVzdbgO0BpP0VtXi8sI8y1_yAE/s320/news1_20.jpg

5. Kadykchan - Rusia

Kadykchan merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang hancur saat runtuhnya Uni Soviet. Penduduk terpaksa berjuang untuk mendapatkan akses untuk memperoleh air, pelayanan kesehatan dan juga sekolah. Mereka harus keluar dari kota itu dalam jangka waktu 2 minggu, untuk menempati kota lain dan menempati rumah baru. Kota dengan penduduk sekitar 12.000 orang yang rata-rata sebagai penambang timah ini dikosongkan. Mereka meninggalkan rumah mereka dengan segala perabotannya. Jadi anda dapat menemukan mainan, buku, pakaian dan berbagai barang didalam kota yang kosong.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxrumPcvb7fZSgzg1R8pctWHg8wrGAmg0LbLmjj80C2NOgWsUZ_OzZaoQ9Rl4PknBiZGmxgxbr-5uAq_2dlvL-lHz9Xy-9uOgUTqlP_W5lNBlGM4-4cGUzXK_LK1oCPg6u5O0XxhOgi67O/s400/kadykchan-play-englishrussia.jpg


6. Kolmanskop (Namibia)

Kota lain yang ditinggalkan adalah Kolmanskop di Namibia yang berkembang sebelumnya sebagai sebuah desa pertambangan. Masih ada struktur, namun mereka hanya memiliki pasir di dalamnya. Kota didirikan dan dikembangkan ketika Jerman menemukan potensi pertambangan area.

Setelah memaksimalkan sumber daya di daerah itu, para penambang harus bergerak sehingga padang pasir mulai merebut kembali Kolmanskop. Pasir perlahan-lahan menghapus segala sesuatu dari rumah, jalan, dan bangunan lainnya. Pasir Kolmanskop segera bergeser dan akan dikubur. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBvqUMq3WaZ64eJ7Z1nuzYXhxXwT8QoCX33RVd0JPuCwBfdflzHOkugxEu82l2x5FpgoXX8oTbr22YRGvxXrB_26wRy018V9dQnvGdxH12DpWgIiEGfXw2mpI_ctp20OHfG35AAFLPchl7/s400/kolmanskop.jpg

7. Sanzhi (Taiwan)

Sanzhi adalah sebuah resor liburan yang dirancang untuk prajurit angkatan bersenjata AS di bagian utara Taiwan. Yang lain membandingkan bangunan seperti UFO, tetapi Sanzhi memiliki banyak masalah sejak peletakan batu pertama. Konstruksi yang terhubung ke banyak kematian pekerja akibat kecelakaan konstruksi dan kecelakaan mobil. Warga setempat mengklaim atribut kehidupan supranatural menjadi penyebabnya 

Sumber: anehaneh

<3 NT <3

Oradour-sur-Glane di Limousin, Prancis, telah ditinggalkan sejak 1944. Nazi menghancurkan kota ini ketika datang selama Perang Dunia II yang membunuh 642 penduduk. Bukti kekejaman perang tercermin pada bangunan dan kenderaan terbakar yang masih ada.Pertempuran yang terjadi di sudut Perancis dianggap sebagai salah satu kejahatan paling kejam dalam sejarah umat manusia. Bila Anda mengunjungi kota hantu, Anda akan diminta untuk tetap tenang selama berada di kota penuh memori ini.

2. Agdam - Azerbaizan

Kota besar Agdam di Azerbaijan adalah salah satu kota besar yang populasi penduduknya mencapai 150.000 orang. Namun kemudian hilang pada tahun 1993 sepanjang perang Nagorno Karabakh. Walaupun kota ini tidak secara langsung menjadi kubu peperangan, namun kota ini tetap mendapat kesan dari perang tersebut, dengan menjadi korban dari sikap para Armenians yang merusak kota tersebut. Bangunan-bangunan dirusak dan akhirnya ditinggalkan penghuninya, hanya  masjid-masjid yang masih utuh berdiri. Penduduk Agdam sendiri sudah berpindah ke tempat lain, seperti ke Iran. 

3. Pripyat (Ukraina)

Kota Pripyat adalah sebuah desa hantu dekat lokasi penganut listrik Chernobyl, terkenal dianggap sebagai krisis nuklear terburuk dalam sejarah. Kota ini membeku pada era 1980-an lantaran letupan nuklear yang terjadi pada April 1986. Daerah tersebut masih tidak sesuai untuk kehidupan manusia. Tidak sukar mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk mengunjungi kota hantu, namun kota tetap dijaga ketat untuk tujuan keselamatan.

4. Craco-Italia

Terletak di daerah Basilicata dan  Matera sekitar 25 mil dari teluk Taranto. Kota pertengahan ini mempunyai area yang khas dengan dipenuhi bukit yang berombak-ombak dan hamparan pertanian gandum serta tanaman pertanian lainnya. Antara tahun 1892 dan 1922 sekitar 1300 orang pindah ke Amerika Utara. keadaan pertanian yang buruk ditambah dengan bencana alam gempa bumi, tanah rubtuh serta peperangan inilah yang menyebabkan mereka berpindah. Antara tahun 1959 dan 1972 Craco dilanda gempa dan tanah runtuh. Di tahun 1963 sisa penduduk sekitar 1300 orang akhirnya dipindahkan ke suatu lembah dekat Craco Peschiera, dan sampai sekarang Craco yang asli masih  dalam keadaan musnah



5. Kadykchan - Rusia

Kadykchan merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang hancur saat runtuhnya Uni Soviet. Penduduk terpaksa berjuang untuk mendapatkan akses untuk memperoleh air, khidmat hospital dan juga sekolah. Mereka harus keluar dari kota itu dalam jangka waktu 2 minggu.  Kota dengan penduduk sekitar 12.000 orang yang rata-rata sebagai pelombong timah ini dikosongkan. Mereka meninggalkan rumah mereka dengan segala keperluan yang ada. 



6. Kolmanskop (Namibia)

Kota lain yang ditinggalkan adalah Kolmanskop di Namibia yang berkembang sebelumnya sebagai sebuah desa perkapalan. Masih ada struktur, namun  hanya dipenuhi pasir di dalamnya. Kota didirikan dan dikembangkan ketika era pelayaran Jerman. 



7. Sanzhi (Taiwan)

Sanzhi adalah sebuah resort yang dirancang untuk prajurit angkatan bersenjata AS di bagian utara Taiwan. Yang lain membandingkan bangunan seperti UFO, tetapi Sanzhi memiliki banyak masalah sejak peletakan batu pertama.Banyak kematian pekerja akibat kecelakaan pembinaan dan kemalangan jentera. Warga setempat mengatakan kawasan sekitarnya adalah 'keras'.
Continue reading →

Labels