Showing posts with label Wasiat. Show all posts
Showing posts with label Wasiat. Show all posts
Monday, 23 July 2012

Cara Mendapatkan Pertolongan Allah (Bahagian 4)

0 comments





Satu hari seorang pendosa telah berdoa dan Maulana ada di belakangnya:

"Wahai Allah, aku hina seperti anjing, ampunkanlah aku seperti anjing Ashabul Kahfi. Orang lain ada pelindung seperti solat, taklim dan amalan baik yang lain. Aku ini tidak ada apa-apa. wahai Allah... Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi." Maulana mendoakan pendosa itu dari belakangnya. Kata Maulana, dia itu lebih baik dari orang yang buat usaha dengan sifat sombong dan takbur. Dan pada pagi harinya dia telah buat pengakuan depan majma' yang dia telah bertaubat. Maulana minta dia keluar 4 bulan untuk kekalkan perasaan itu. Sebaliknya dia jegilkan matanya pada Maulana seraya berkata: "Saya tetap tidak akan mengulangi perbuatan saya yang lalu." Selang beberapa lama (beberapa tahun). Dia memperkenalkan dirinya dan berterima kasih pada Maulana karena telah mentasykil dia keluar. Sekarang dia buat perniagaan yang kecil-kecil yang halal. Pendapatan itu cukup buatnya. Dalam Uhud Allah bersihkan orang yang ada cinta dunia.

Allah uji untuk tingkatkan iman dan menaikkan darjat mereka. Orang beriman dan tidak beriman sama-sama merasai susah, tetapi kesusahan orang beriman adalah bermanafaat. Orang yang tidak beriman diberi peluang oleh Allah untuk tunjukkan kemegahannya seperti Firaun. Semua orang akan sama-sama mati, tapi yang berbeza adalah natijahnya, iaitu kejayaan atau kegagalan. Dalam usaha agama semua sama-sama buat, yang bezanya cuma ikhlas atau tidak. Bila ujian turun, Allah akan asingkan; dengan sendirinya yang tidak tulin
akan diketepikan. Sifat orang yang tidak tulin: Mereka suka duduk ditepian berhampiran lorong-lorong. (Maulana baca ayat Al Quran) Bila nikmat datang merekalah yang paling heboh, tetapi bila ujian tiba mereka cepat-cepat lari ke lorong tadi. Sesungguhnya ujian Allah tetap akan datang untuk menghasilkan yang benar-benar tulin.

Apabila beri syor dalam mesyuarat janganlah masukkan kepentingan diri kita serta taatlah pada setiap keputusan mesyuarat. Orang yang menjadi jumindar pula janganlah menjadi seperti pemerintah. Jangan sekat dari awal-awal lagi setiap syor walaupun kita tidak akan menerima syor tersebut.

Bayan Maulana Umar Palanpuri
Courtesy of Hazrin Majid
http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/9572/bayan1.html

Continue reading →

Cinta VS Suka

0 comments



Cinta dan suka....untuk renungan..

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja
                 
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar
                 
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira
                 
Perasaan cinta bermula dari kata
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cintai

Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi
Continue reading →
Sunday, 22 July 2012

Cara Mendapatkan Pertolongan Allah (Bahagian 3)

0 comments





Peningkatannya beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam kebendaan. Ianya akan: bertambah, mencukupi dan doa dapat menyelesaikan masalah-masalah benda.

Dalam peperangan, sahabat dapat bantuan Allah karena sifat: taqwa, sabar serta doa dengan menangis. Bantuan ini tetap akan turun sehingga hari Kiamat. Bukan hanya dalam Badar. Terkadang pertolongan ini dilambatkan karena Allah ingin melihat kerisauan kita. Perkara yang menyebabkan Allah menurunkan kekalahan kepada pihak musuh: sombong & bongkak, bermegah-megah dan menghalang kerja agama seperti Badar. Sekarang pertolongan Allah telah turun kepada kita. Yang jahat ditukar kepada baik dan yang kaya dapat tunaikan zakat. Duit untuk faqir sementara, tetapi untuk kerja agama ianya akan berterusan.

Pertolongan Allah akan diangkat bila:

  1. Buat usaha dengan niat dunia,
  2. Kelemahan dalam syor,
  3. Wujud pecah-belah,
  4. Orang tidak taat.

Inilah yang terjadi dalam Uhud . Ia saling berkait diantara satu dengan yang lain. Dalam Uhud 1000 sahabat yang ikut tetapi 300 orang ada kepentingan yang lain. Golongan munafik diketuai Abdullah bin Ubay kembali ke Madinah. Kekalahan sementara dirasai oleh Islam karena wujudnya golongan yang pentingkan dunia.

Satu tamsil: Seorang pesakit diberi doktor ubat. Ubat makan iaitu antibiotik & ubat sapu. Jika tidak sembuh juga maka doktor terpaksa membedahnya. Dan untuk orang yang berpenyakit rohani maka Nabi saw akan hantar sahabat untuk buat dakwah. Dakwah seperti ubat antibiotik. Dakwah yang
disertai dengan akhlak. Akhlak itu seumpama ubat sapu. Jika masih tidak sembuh maka terpaksa dipotong, kalau tidak ia akan berjangkit. Natijah penyakit jasmani adalah Maut. Manakala natijah penyakit rohani pula ialah Neraka Jahannam. Dalam neraka mereka menjerit lalu ditempelak oleh Allah tentang dakwah & ingatan yang diberi ketika di dunia.

Fir’aun & kaumnya yang musnah dahulu dihancurkan oleh Allah sendiri. Allah sendiri yang jalankan "Operation". Sekarang Allah tidak akan jalankan operation seperti dulu tetapi secara beransur-ansur. Ketika sahabat menghadapi penderitaan oleh kaum kafir di Mekah, mereka tidak mengambil tindak balas walaupun mereka mampu karena taat perintah Allah. Di Madinah barulah perintah "melawan" turun. Dalam perang Uhud, tentera kafir hampir kalah dan ghanimah telah ditinggalkan. Ini dilihat oleh pasukan yang sedang bersedia di atas bukit.

Amirnya ialah Abdullah bin Zubair. Tercetus fikir dalam hati tentera tersebut :

"Kita mesti turun untuk kumpulkan ghanimah dan bantu ringankan urusan mereka di bawah serta membantu memerangi musuh yang masih ada."

Hanya tinggal 12 orang yang tetap patuh kepada Abdullah bin Zubair. Khalid Al Walid yang ketika itu belum Islam mengambil kesempatan menyerang tentera Islam dari belakang. Khalid hanya mengetuai 100 orang tentera kafir untuk mencetuskan serangan itu. Dalam peperangan itu 70 orang sahabat telah syahid. Seorang musyrikin bernama Abdullah Qaniah telah ‘mensyahidkan’ gigi Nabi saw dan sempat memecahkan topi besi baginda. Dalam kerja ijtima’i, kita semua akan dapat masalah walaupun hanya segelintir sahaja yang buat amal tidak betul. Dalam peperangan Uhud Nabi saw dihebohkan telah wafat. Dalam hal ini sahabat mengambil sikap: "Nabi syahid, kitapun syahid atau kitapun teruskan perjuangan (usaha)."

Inilah tahap Uhud:

  1. Kemenangan,
  2. Kekalahan sementara (kerana bantuan diangkat Allah),
  3. Bantuan datang kembali .

Iktibar dari peristiwa Uhud:

  1. Seorang yang beriman tetapi kotor dengan keduniaan maka Allah akan tapis dan buang kotoran itu.
  2. Apabila bersih barulah bantuan datang kembali.

Janganlah minta tapisan ini. Ia adalah ujian dari Allah. Sebaliknya mintalah afiat dari Allah. Bila khilaf berlaku dalam usaha agama, tapisan akan datang dari Allah untuk selesaikan khilaf pada diri sendiri. Sentiasa salahkan diri dan merasai bahwa diri kita amat banyak kekurangan. Sabda Nabi saw: "Semua kamu adalah orang yang bersalah." Tiada siapa yang betul. Siapa kata dia betul maka dia telah menentang Nabi secara terbuka. Sabda Nabi saw:

"Orang yang terbaik di antara yang bersalah ialah orang yang bertaubat."


Bersambnung......................
Continue reading →

Cinta Menurut Perspektif Islam (Bahagian 2)

0 comments

                    

    Akibatnya, umat Islam terpengaruh dan dijanjikan dengan khayalan-khayalan yang kononnya bercinta (sebelum bernikah) itu penuh dengan keasyikan dan mengarahkan ke jinjang pelamin. Ini semua hanyalah bisikan syaitan, sedangkan pada hakikatnya, ia adalah menghampiri zina (jika tidak terlanjur berzina), maksiat yang membawa ke neraka Allah. Sepatutnya jika pernah terlibat dengan maksiat sebegini bertaubatlah, manakala jika kita sendiri sedang asyik bercinta, tinggalkan serta merta, bertaubat dan mohonlah keampunan dari Allah swt. Jangan sampai sakaratul maut baru kita mahu bertaubat, sudah terlambat.
                    
            “Janganlah kamu menghampiri zina”  (Al-israk : 32)
                    
“Dan tidak ada orang yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dan tidak berdasarkan  kepada petunjuk Allah. ( Al-Qasas: 50)
                    
Suatu yang menyedihkan. Biasa kedengaran ibu bapa yang tak membenarkan anak mereka bercinta di bangku sekolah, dengan alasan ditakuti mengganggu pelajaran. Kalau dah kerja atau masuk universiti tak mengapalah. Adakah ini pemikiran Islam, atau adakah ini merupakan kesesatan berfikir umat Islam hari ini akibat hidup dalam sistem kapitalis yang sememangnya menyogokkan kepada kita budaya materialisme, hedonisme dan sebagainya. Dan ramai antara umat Islam tanpa disedari mengamalkannya.
                    
Jadi, bagaimana cara yang ditunjukkan oleh Islam dalam mengatur hubungan antara lelaki dan wanita. Pada asasnya, kehidupan lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah terpisah kecuali pada perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak seperti bekerja, berjual beli, dakwah dan belajar. Walaupun demikian, hendaklah dihadkan interaksi tersebut sekadar kepada keperluan.
                    
Maka bagi mereka yang telah bertunang, diperbolehkan berjumpa dengan ditemani mahramnya untuk membincangkan hal pernikahan, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pertunangan bukan lesen untuk bercinta, keluar dating dan sebagainya.
                    
Sabda Rasulullah(S.A.W)
           
        “Hendaklah kamu berjaga-jaga agar tidak berkhalwat dengan wanita” (Sahih Bukhari/Muslim)
                     
“Jangan ada di antara kamu yang berduaan dengan wanita kecuali jika disertai muhrimnya” (Sahih Bukhari)
                    
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah kamu berduaan bersama wanita tanpa disertai oleh muhrimnya kerana jika lelaki dan wanita duduk berduaan maka pihak ketiganya adalah syaitan”
                    
Wahai seluruh umat Islam yang rindukan syurga Allah, laksanakanlah Islam secara keseluruhan. Bukan soal ijtima’i(sosial) ini sahaja, malah segala yang telah disyariatkan . Ia termasuk peribadatan khusus seperti solat, puasa juga berkaitan dengan cara hidup(mabda’) melibatkan politik, ekonomi, uqubat, dasar luar negara, pemerintahan, pendidikan dan sosial ini sendiri. Semua masalah ini hanya dapat diselesaikan dan kewajipan tersebut hanya mampu dilaksanakan apabila tertegaknya kembali sistem khilafah Islam yang mengikut jalan kenabian.
                    
“Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, hendaklah kamu menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari mungkar atau Allah akan menurunkan kepada kamu seksaan dari sisi-Nya, sehingga kamu berdoa kepada-Nya, maka Allah tidak mengabulkan doa-doa kalian” (HR Ahmad dan Tirmidzi)
                    
"Sesungguhnya imam adalah laksana perisai, yang (orang ramai) akan berperang di sebelah belakangnya ,dan ia akan dijadikan pelindung." (HR Muslim ,Abu Dawud ,An-Nasa'i ,Ahmad dari Abu Hurairah) - Khilafah Islam adalah perisai bagi kaum muslimin.

"Rasulullah bersabda : Bertaqwa lah kamu dimana saja kamu berada. Iringlah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu  dan begaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik."

Continue reading →
Saturday, 21 July 2012

Cara Mendapatkan Pertolongan Allah (Bahagian 2)

0 comments


Untuk mendatangkan roh (kekuatan) dalam amal maka kita perlu:

  1. Sahih Yakin - iman yang berpunca dari dakwah dan korban
  2. Sahih Tariqat - cara (sunnah) yang betul dari taklim masail
  3. Sahih Dian - penumpuan yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan tilawah Quran, zikir dan doa
  4. Sahih Jazbah - keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca dari taklim fadhail
  5. Sahih Niat - niat yang betul dari kesempurnaan iman.

Untuk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya tidak ada seorang pun yang kita sakiti. Hindarkan dari menjadi muflis di akhirat. Segalanya akan mulai wujud dalam suasana dakwah. Oleh itu iman akan mulai terbina. Sebagaimana kisah Abu Darda' yang yakin dengan amalan yang diajarkan oleh Nabi s.aw. Bila diberitahu rumahnya terbakar namun dia tetap yakin rumahnya selamat walaupun beberapa kali orang datang memberitahu rumahnya terbakar. Akhirnya terbukti kebenarannya walaupun rumah jiran sekelilingnya terbakar.

Nasihat Maulana: Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan keyakinan itu amatlah rumit. Dalam dunia keputusan Allah beransur-ansur. Seperti diciptanya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran dan pembinaannya beransur-ansur. Alam akhirat adalah serta-merta serta tiada lagi proses ansuran. Seperti kubur, mahsyar, mizan dan sirat yg laju seperti kilat. Bila hisab dilewatkan manusia menjadi gelisah. Sengsara yang tidak tertahan sehingga manusia berkata: "Cepatkanlahpenghisaban... kami tidak tertahan lagi kepedihan ini... walaupun keputusannya masuk neraka pun kami rela. Semua Anbiya tidak berani menghadap Allah.

Inilah kesengsaraan akhirat. Nabi Muhammad saw dan sahabat menangis mengenangkan hari penghisaban yang bakal tiba. Kehidupan kita melalui beberapa peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur & alam akhirat. Keadaan di dunia ini melambangkan cara hidup akhirat. Oleh itu keperluan terpenting manusia ialah hidayat. Hidayat ialah Nur yang masuk ke dalam hati manusia dan memberi kefahaman tentang 1000 tahun dahulu & 1000 tahun kemudian. Apa yang ada di langit pun mereka faham. Malah segala kejadian Allah akan difahami. Sebenarnya tiada kejayaan dalam benda. Kejayaan hanya wujud dalam amal tetapi ianya tidak nampak.

Dan umat terbahagi kepada 2 golongan:

  1. Mereka nampak kejayaan dalam kebendaan. Jalan hidup mereka tidak betul.
  2. Yakin kejayaan dalam amal maka mereka memilih cara hidup Nabi saw dan kehidupan mereka susah.

Umat yang yakin dengan kebendaan merasa berjaya hanya bila lihat perniagaan besar, pengaruh yang kuat. Pokoknya segala asbab yang dapat dilihat. Manakala kejayaan dalam amal pula, segala asbabnya adalah ghaib seperti berkat, pahala, malaikat dan nusrah Allah. Tidak dapat dilihat dengan mata zahir.

Pemimpin kafir tuduh sahabat berjuang ada kepentingan. Bila Abu Bakar baca Al Quran semua penduduk Mekah tertarik oleh itu mereka mula bimbang. Tuhan mereka yang banyak (360 berhala) itu cipta seekor lalat pun tak mampu. Makhluk diciptakan lemah. Hanya Allah berkuasa. Dengan satu perintah-Nya semuanya jadi. Manusia begitu lemah. Jika seluruh manusiaberkumpul dari keturunan sejak beribu tahun dahulu untuk cipta satu kaki nyamuk pun tidak mampu. Untuk itu kita perlu senantiasa cakap kebesaran Allah dan ambillah juga sikap suka mendengarnya, serta sentiasa menafikan kehebatan makhluk.

Umat yang beriman kecil kelompoknya. Nabi Musa pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya (Hawariyyin). Baginda menerangkan dengan sungguh-sungguh tentang tugas dan kepentingan kerja ini. Tetapi tidak ramai yang taat. Nabi kita pernah menawarkan dirinya: "Sesiapa yang boleh saya bawa pada keluarga kamu atau kampung kamu?" Rayuan demi rayuan dibuat oleh Nabi saw tetapi hanya sekelompok kecil yang tertarik. Hinggalah bantuan ghaib tiba dengan berbagai cara.Penduduk Madinah mempunyai kekuatan dalam iman,
ibadat, muasyarat, muamalat dan akhlak. Segalanya mengikut ajaran Nabi. Orang luar menjadi amat tertarik apabila melihat cara hidup mereka. Dari jahiliyah bertukarkepada kehidupan yang baik. Malah di depan rumah sahabat dibina sebuah rumah persinggahan yang kecil. Daging disediakan untuk musafir yang lalu.

Setiap musafir diminta makan dan minum walaupun tanpa turun dari tunggangannya. Musafir dapat melihat kemakmuran Masjid Nabawi. Ia telah dimakmurkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa kerohanian yang berlainan dari sebarang tempat lain seumpama seorang yang masuk dari tempat yang panas ke tempat yang "berhawa dingin." 'Mahol' iaitu suasana di Masjid Nabawi mengubah kerohanian. Contoh masjid di atas muka alam ini ialah Masjid Nabawi. Dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah. Dalam 24 jam jumpa orang dan bawa ke masjid untukhidupkan amalan jemaah masjid. Di akhir zaman ini kita tidak dituntut untuk berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadis ada diberitahu:

"Seorang yang buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat fadhilat 50 sahabat."


Bersambung........................ 


Continue reading →

Cinta Menurut Perspektif Islam (Bahagian 1)

0 comments


                    
Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu. Darinya, Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya. Kemudian, setelah dicampurinya, isterinya mengandung kandungan yang ringan dan dia terus merasa ringan (beberapa waktu). Selanjutnya, tatkala dia merasa berat, keduanya (suami isteri) berdoa kepada Allah, Tuhan mereka, seraya berkata, 

“Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk  orang-orang yang bersyukur.”
(QS al-A’raf[7]: 189)
                    
Setiap manusia tidak mengira apa jua zaman, bangsa dan tempat tinggal telah dikurniakan oleh Allah swt, sebuah naluri untuk mengasihi dan juga dikasihi ( gharizatun nau’). Perasaan ini boleh jadi terhadap ibu bapa, adik beradik dan ada masanya terhadap seorang lelaki atau wanita yang halal bernikah dengannya. Islam mengiktiraf naluri ini, bukan menekannya dengan menganggap ia satu fitrah yang kotor, malah menunjukkan kepada semua umat manusia bagaimana pengaturan untuk menyalurkan naluri tersebut. Pengaturan tersebut ditunjukkan hanya melalui perkahwinan.
                    
Dalam hal ini, Ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
                    
”Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang telah mampu memikul tanggungjawab, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya, siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai baginya.
                    
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud sebagai berikut:
                    
Ada tiga orang yang berhak  ditolong Allah:(1) seorang mujahid di jalan Allah, (2) seorang yang bernikah kerana ingin menjaga kehormatannya, (3) mukatib yang bekerja untuk memerdekakan dirinya.
                    
Terdapat banyak nash lain yang menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan jalan yang ditunjukkan bagi meluahkan naluri kasih sayang bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram, selain terhadap hamba wanita.
                    
Sebelum berlakunya pernikahan, walau sudah bertunang (khitbah) tidak boleh ada interaksi yang menunjukkan peluahan naluri tersebut. Tidak boleh mengatakan ‘saya sayang awak’, ‘I Love You’,  apatah lagi keluar bersama untuk makan, shopping atau sebagainya. Tetapi sayangnya, kehidupan hari ini bercinta sebelum bernikah telah menjadi lumrah dalam masyarakat.
                    
Tidak pernah timbul dalam Islam istilah boyfriend, girlfriend, pakwe, makwe, gewe, mata air dan sebagainya. Ini hanya wujud apabila umat Islam hidup dalam sistem yang bukan Islam yang menggalakkan peluahan naluri kasih sayang dan seksual secara bebas. Kita disajikan dengan klasik-klasik cinta seperti Romeo dan Juliet, Titanic, Mohabbatein, Mistress Hermanas, Mr Cinderella ,Alexander dan sebagainya. 


Bersambung.....................
Continue reading →

Cinta :Suatu Pandangan (Bahagian 3)

0 comments





Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

            Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

            Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala"

Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

                  Kiriman e-mel Miss-e-Dayah
Continue reading →
Friday, 20 July 2012

Cara Mendapatkan Pertolongan Allah (Bahagian 1)

1 comments





Pengalaman manusia itu khilaf tetapi kesan amal itulah sebenarnya haqiqat. Allah wujudkan khasiat pada setiap benda. Manakala dalam diri manusia pula wujudnya roh. Tugasnya ialah untuk tarbiyah badan zahir. Dengan adanya roh maka badan akan sentiasa sihat serta kestabilan wujud dalam kehidupan harian. Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan masing-masing. Kesan kesihatan pada perasaan dan hati, maka sifat senyum, senang, tenang dan gembira akan dizahirkan. Apabila kita tidur, fungsi zahir tadi akan luput. Mata, telinga, mulut dan anggota lain tidak akan berfungsi lagi. Dan sifat itu hapus sama sekali bila datangnya maut.

Roh tertakluk kepada beberapa keadaan:

  1. Tidur di alam dunia adalah umpama mati (rujuk kepada doa bangun tidur). Bangun dari tidur samalah seperti bangun dari tidur di Padang Mahsyar kelak.

  1. Di alam dunia kita tidur, kemudian bangun dan kemudian tidur balik. Tidur yang sebenar ialah di Alam Kubur. Manusia dicipta, kemudian dimatikan dan dihidupkan kembali. Segalanya adalah dengan izin Allah.

  1.  Seluruh manusia akan dibangkit kembali di Alam Akhirat. Disanalah segala amalan akan dibalas (amalan ketika di dunia). Orang beriman jika masuk neraka maka api neraka pun akan menjerit: "Keluarlah kamu dari sini aku mulai sejuk sekarang!" Ia akan buat "Jaulah" (ziarah) di neraka untuk menyelamatkan mereka yang mempunyai iman walau sebesar zarah. Mereka yang ada sifat rahim dalam diri manusia maka dia akan dikasihi di langit.

Dalam ta'lim kita dengar perkara ini supaya sentiasa mengasihi orang lain. Bila wujud kesatuan hati maka pandangan Allah jatuh pada kita. Dengan demikian orang kafir akan tertarik maka wujudlah dakwah.

Kewujudan dakwah --pada: Lidah (percakapan), Anggota (amal), Hati (perasaan), Fikir (dakwah)-- untuk keluarga amat penting. Lihatlah keluarga Nabi Yusof dan Nabi Ismail a.s. Bagaimana keluarga mereka? Tarbiyah berpunca dari keluarga. Malah fikir alami (global) juga datang dari fikir keluarga dan fikir kampung. (Maulana baca ayat Al Quran)

Suatu hari Maulana jumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada Alam Kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang tidak lihat apabila  seorang  pakar memberitahu kita mengenainya. Pakar tadi ditanya oleh Maulana: "Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?" Jawab mereka: "Benar kerana kami telah membuat kajian dan pakar dalam bidang ini."

Kata Maulana: "Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi kepakaran kamu telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat. Yakinlah dengan kepakaran baginda Nabi saw."

Pada diri manusia ada 2 keadaan. Di luar kita nampak seperti seguni gula, sebatang besi, dan sebagainya. Dalam badan kita seperti karbohidrat, mineral, protein dan air yang tidak dapat kita lihat. Begitulah juga alam akhirat. Di dunia kita nampak ular, keldai, kala dan macam-macam lagi tetapi di dalam kubur ular, kala, api tidak nampak dengan mata zahir ini.

Buatlah usaha agama dengan perasaan takut dan bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya tetap wujud di dunia dan akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu tidak makbul… jawabnya ialah kerana amal tidak kuat.


Bersambung......................
Continue reading →

Cinta : Suatu Pandangan (BAhagian 2)

0 comments




Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran-cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang diakhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.


Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu.


Bersambung.................
Continue reading →
Thursday, 19 July 2012

Seorang Gadis Itu

0 comments





Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati,
Telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa,
Di matanya cahaya, dalamnya ada air,
Sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya,

Seorang gadis itu,
Hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi,
Cinta untuk dirasa,
Namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia,
Ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong,
Pahlawan-pahlawan dunia,
Begitu unik tercipta,

 Lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah,
Seorang gadis itu,
Teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini,
Dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia,
Hingga kembali mengecap ni'matnya,

Seorang gadis itu,
Bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
Tabah dan tenang sikapnya, teman ar-Rasul,

Pengubat duka & laranya,
Bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara,
Dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,
Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah,

Seorang gadis itu,
Bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia,
Namun sucinya Allah memuji,
Seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah, Kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama,
Di belakangnya dialah pelita,
Cahaya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda,
Bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
Meski akhirnya bermandi darah,
Meski akhirnya khalifah rebah,
Syahid menyahut panggilan Allah

Seorang gadis itu,
Perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara,
Dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya,
Dengan yakin Deennya,
Dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua rasulnya, dalam ketaatan penuh setia,
Pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga dan ummahnya

Seorang gadis itu,
Melenturnya perlu kasih sayang,
Membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan,
Keyakinan dan penghargaan, tanpa jemu dan tanpa bosan,
Memimpin tangan, menunjuk jalan,

Seorang gadis itu,
Yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari,
Dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah,
Cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya,
Kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya,
Kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini,
Perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah dan kalah,
Dalam pertarungan yang lama,
Dari rebah dan salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
Dalam perjuangan menggapai cinta,
Ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan,

Seorang gadis itu,
Anugerah istimewa kepada dunia! 

Seorang gadis itu,
Tinggallah di dunia, sebagai ábidah, daíyah danmujahidah, pejuang ummah,
Anak ummi dan ayah, muslimah yang solehah,
Kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah,
Rumahnya taman ilmu, taman budi dan ma'rifatullah,

Seorang gadis itu,
Moga akan pulang, dalam cinta dan dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan,
Seorang gadis itu dalam kebahagiaan! 
Moga ar-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu,
Menuju cintanya yang ABADI!               
Continue reading →

Punca Anak Derhaka (Bahagian 2)

0 comments





BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".

"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek,                  walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka." Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
                
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?"

"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

"Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.

Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain."


Continue reading →

Labels