Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Wednesday, 17 April 2013
Kawal Marah : Tanda Kekuatan Muslim
Marah . Semua orang boleh marah . Bezanya hanya samada kita mampu mengawal rasa marah itu menjadi tenang atau....makin teruk . Marah datangnya dari syaitan . Apabila marah ,syaitan mudah memasuki pintu hati kita. Imam al-Ghazali menyenaraikan marah sebagai pintu pertama. Kita boleh lihat kes-kes yang berlaku pada masa ini seperti perceraian, pergaduhan, penderaan, sabotaj dan banyak lagi perkara-perkara yang negetif. Semuanya ini berlaku apabila seseorang berada dalam keadaan marah , dimana seseorang itu gagal untuk berfikir secara waras lalu bertindak melakukan sesuatu di luar kawalan dan menyebabkan orang sekeliling yang tidak bersalah malahan tidak mengetahui apa-apa menjadi mangsa. Mungkin apabila seseorang melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan terhadap diri kita , kita akan menjadi marah sehingga sukar untuk memaafakan seseorang itu . namun harus diingat , jika kita mampu mengawal rasa marah dalam diri , itulah tanda kekuatan seorang muslim yang ada dalam diri setiap individu.
Di riwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah saw pernah bersabda:
“tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang gusti, tetapi seseorang dianggap benar-banar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah”(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-uarat lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan yang demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah."
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri makan hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)."
“Sesungguhnya ada diantara kamu orang yang lekas marah tetapi juga lekas reda, maka ini seimbang dan ada yang lambat marah dan lambat sembuh (reda), ini juga seimbang, dan sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat reda. dan sejahat-jahat kamu yang cepat marah dan lambat sembuhnya."
Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.(Hadis riwayat Abu Daud)
Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud:
Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
CARA ATASI MARAH DALAM ISLAM
1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
P/S : Sama-samalah kita menahan marah daripada melepaskannya kerana sakit menahan marah itu seketika berbanding sakit akibat melepaskannya. Apabila kita menyatakan sesuatu ketika marah ia akan meninggalkan kesan parut dan luka. Ingatlah, walau berapa kali pun kita memohon maaf, dan menyesal atas perbuatan kita, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada fizikal. Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi kuat dengan melawan dan menahan perasaan marah apabila ia menjelma. Senyum selalu , okay ? Sabar itu manis buahnya ;)
Tuesday, 16 April 2013
ADAB SEBELUM TIDUR
Semua manusia memerlukan tidur. Dengan tidur manusia dapat berehat. Dengan berehat manusia dapat hidup dengan lebih sihat dan cerdas. Dengan tidur manusia dapat beribadat kepada Allah dengan lebih khusyuk lagi.. TAPI INGAT! JANGAN SAMPAI TERLEBIH TIDUR..
Antara hadis yang menerangkan tentang adab tidur Rasulullah adalah dari riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud:
Sebuah hadis menerangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca (yang bermaksud):
“Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan segala urusanku kepadaMu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat yang selamat daripada seksaanMu melainkan kembali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Kau turunkan dan Nabi yang telah Kau utus.”
– (Hadis riwayat Bukhari).
Antara hadis yang menerangkan tentang adab tidur Rasulullah adalah dari riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud:
“Jika kamu akan tidur maka berwudhuklah bagaikan kamu hendak solat, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (doa hendak tidur) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”
Hadis riwayat Hudzaifah pula:
Hadis riwayat Hudzaifah pula:
“Apabila Rasulullah SAW berbaring di atas tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).”
Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa:
“Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).
Sebuah hadis menerangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca (yang bermaksud):
“Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan segala urusanku kepadaMu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat yang selamat daripada seksaanMu melainkan kembali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Kau turunkan dan Nabi yang telah Kau utus.”
– (Hadis riwayat Bukhari).
Berikut adalah adab-adab yang perlu dilakukan sebelum tidur mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
1. Bersuci (berwudhu' dan bersiwak
2. Berniat utk melakukan ibadat (tahajjud dsb) di waktu bangun tidur nanti.
3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.
4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.
5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.
7. Hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat. Tangan kanan letakkan di pipi.
8. Membaca surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, An-Nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu seperti mati, manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.
10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
AlhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur.
KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI
Surah Al-Kahfi yakni bermaksud gua adalah surah yang ke 18 didalam Al Quran yang mengandungi 110 ayat. Dinamakan Al-Kahfi kerana dari ayat 9 hingga ayat 26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah selama lebih 300 tahun, demi iman mereka yang amat teguh terhadap dasar tauhid kepada Allah SWT .Selain mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat, digalakkan juga membaca surah Al-Kahfi yang mempunyai banyak fadhilat dan sangat baik dikhususkan untuk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat). Memang panjang (110 ayat) tetapi jika dibiasakan amalan membacanya akan terasa mudah seperti mudahnya kita membaca surah Yassin, InsyaAllah.
Hidup kita di akhir zaman penuh dengan fitnah sehingga sukar membezakan antara yang benar dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali Allah swt. Semoga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal , Insha Allah.....
(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.
Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Monday, 30 July 2012
Ganjaran Orang Bertaqwa
DAN (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang
sungguh bertaqwa, yang mendermakan hayatnya dengan tujuan membersihkan dirinya
dan harta bendanya. (Al-Lail : 17-18)
Huraian:
Manusia dicipta oleh Allah s.w.t. dengan pelbagai tabiat, kecenderungan,
minat dan pandangan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Begitu juga
dengan amal usaha mereka di mana sebahagian daripadanya banyak melakukan
kebaikan dan amal soleh. Mereka juga berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
dari masa ke masa.
Sedangkan sebahagian lagi suka membuat perkara-perkara mungkar yang membawa
kepada kerosakan dan kehancuran akibat terlalu mengikut nafsu dan perasaan. Amat
beruntung mereka yang tinggi tingkat keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah
kerana balasan dan ganjaran yang dijanjikan adalah syurga yang kekal abadi.
Di samping itu, mereka juga merasa nikmat ketenangan jiwa dan kelapangan
dada dalam kehidupan di dunia lagi. Sikap pemurah yang ditunjukkan dalam
membelanjakan harta ke jalan Allah dilakukan dengan penuh ikhlas, tanpa paksaan
dan tidak mengharapkan balasan.
Dengan mengeluarkan sedekah, derma
dan zakat kepada orang yang layak dapat membersihkan diri daripada perasaan
takbur, sombong, bermegah-megah dan riak, di samping akan menyucikan dan
menyuburkan lagi harta benda mereka tanpa disedari.
Cara ini juga dapat membangunkan sosio-ekonomi umat Islam seterusnya
melahirkan persekitaran yang harmoni dan tenteram.
Firman Allah s.w.t. dalam surah
at-Taubah ayat 103 yang bermaksud:
Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka
(daripada akhlak yang buruk).
Kesimpulan:
Orang Islam digalakkan bersedekah dan saling tolong menolong agar
pengagihan harta kekayaan dapat dibahagikan dengan saksama, seterusnya
merangsang perkembangan ekonomi masyarakat Islam.
Di samping itu mereka yang bertaqwa dan beramal soleh akan mendapat
ganjaran setimpal dan dijauhkan daripada seksaan api neraka. Sedangkan mereka
yang berbuat sebaliknya mendapat balasan pedih di akhirat.
* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim).
Sunday, 8 July 2012
Amalan Yg Harus Kita Lakukan (Pagar Diri)
Pagar Diri
Di bawah ini di
nyatakan cara cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda
dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak
mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. Ketahuilah cara memagari diri
anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1) - Makan
Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar
Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut,
makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W.
yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat
al-Bukhari.)
Pagar Kedua (2) -
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai
wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para
Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan
Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka
yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang
Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk
mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur
dalam keadaan bersuci.' (Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)
Pagar Ketiga (3) -
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah
menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu
berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,menyihir atau melakukan
kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Ertinya:
'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat
berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh
syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan
memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud dengan
sanad yang baik).
Pagar Keempat (4) -
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan
untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah
tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan
syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang
perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat
malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan
telah kencing di dalam telinganya" (Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar Kelima (5) -
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang
mangsa sihir telah melaporkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca
doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, Baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan". (Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari
gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina)
Pagar Keenam (6) -
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas
ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang
telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku
dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang
dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan
perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya." (Riwayat Abu Daud
dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
Pagar Ketujuh (7) -
Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada
Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum
tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali
tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil
berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri
sememangnya penipu." (Riwayat al-Bukhari).
Wednesday, 27 June 2012
Sujud Tilawah
Ramai yang tidak mengetahui apakah itu
sujud tilawah walaupun sering mendengarnya. Sujud tilawah terdiri daripada
beberapa perkara yang mesti diketahui, termasuklah istilah, syarat, rukun, dan
perkara sunat.
Istilah:
Sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan di
luar sembahyang apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca
oleh diri sendiri atau didengar daripada orang lain.
Namun begitu sebarang bentuk rakaman
seperti CD, kaset, TV, video, dan sebagainya, harus hukumnya melakukan sujud
tilawah mahupun bertasbih. Harus di sini bermaksud pahala tiada, dosa pun
tiada.
Ayat sajdah ialah ayat yang mempunyai perkataan sujud di
dalamnya yang membawa maksud tertentu. Bagi kita orang Melayu yang tidak faham
bahasa Al-Quran, terdapat cara yang tertentu untuk kita mengenali ayat-ayat
sajdah ini.
Jika dalam Mashaf Uthmani (Quran Al-Karim), terdapat tanda
seakan-akan kubah masjid di tempat yang perlu dilakukan sujud tersebut.
Manakala bagi Quran Al-Majid (Quran lama) pula, ditulis perkataan ‘sajdah‘
di bahagian tepi ayat tersebut dalam tulisan jawi.
Syarat:
Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah:
1.
Ayat itu hendaklah
dibaca sehingga habis. Untuk memudahkan kita,
pihak pencetak Quran telah membuat tanda kubah masjid (bagi Mashaf
Uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi Quran Al-Majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda
tersebut.
2.
Suci dari hadas,
iaitu tutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada
wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar
seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x
(SuhanaLlah walhamduliLlah walailahaillaLlah waLlahuakbar). Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.
3.
Tidak lama masa di
antaranya, iaitu antara bacaan ayat sajdah tersebut
dengan sujud
tilawah yang hendak kita lakukan itu.
4.
Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca
dengan tidak
mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh
supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.
Rukun:
Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan
untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tinggal salah satu
bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi
jatuh kepada berdosa pula.
1.
Niat beserta takbiratul ihram
2.
Berdiri atau duduk
3.
Sujud sekali
4.
Salam pertama
Antara
Perkara Sunat:
1.
Angkat kedua-dua
belah tangan ketika takbiratul ihram
2.
Bertakbir (Allahu Akbar) ketika turun untuk sujud
3.
Membaca ayat sujud sajdah: ‘Sajada wajhialillazi…‘
4.
Bertakbir ketika bangkit dari sujud
5.
Salam yang kedua
Fadhilat:
1.
Syaitan menangis
semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu
Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak
Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya
serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud,
dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku
neraka” (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
2.
Salah satu cara
untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
3.
Salah satu cara
untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana
sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita
adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.
Tuesday, 26 June 2012
Seruan Kubur
Kubur Setiap
Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima
Kali
1.
Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan
selalu
membaca Al-Quran.
2.
Aku rumah yang
gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3.
Aku rumah penuh
dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh
yang menjadi hamparan.
4.
Aku rumah ular
berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai
penawar.
5.
Aku rumah
pertanyaan Mungkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
“Laailahaillallah, Muhammad Rasulullah”, supaya kamu
dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1.
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2.
Harta itu racun,
zakat itu ubatnya.
3.
Perkataan yang
sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4.
Seluruh umur itu
racun, taat itu ubatnya.
5.
Seluruh tahun itu
racun, Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Ada 4 perkara dipandang
sebagai ibu, iaitu:
1.
Ibu dari segala
UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2.
Ibu dari segala
ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3.
Ibu dari segala
IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4.
Ibu dari segala
CITA CITA adalah SABAR.
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
1.
Subuh: Dijauhkan
cahaya muka yang bersinar.
2.
Zuhur: Tidak
diberikan berkat dalam rezekinya.
3.
Asar: Dijauhkan
dari kesihatan/kekuatan.
4.
Maghrib: Tidak
diberi santunan oleh anak-anaknya.
5.
Isyak: Dijauhkan
kedamaian dalam tidurnya.
Monday, 25 June 2012
Antara Sains Barat dan Sains Islam : Suatu Kisah Iktibar
Dalam artikel ini izinkan saya
menceritakan pengalaman saya diberikan Allah anak sulung yang manja dan
berpenyakit.
Sebenarnya, melalui anak yang sulung
ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah
bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan-Nya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya
mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland,
Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub.
Saya mengajar subjek utama biologi
tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini
saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati
kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan
oleh tubuh badan.
Saya tidak pernah membuktikan sama ada
benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia
terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
Para doktor juga telah diberikan ilmu
yang sama iaitu hati, sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat
besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.
Namun Islam mengajarkan sesuatu yang
bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang
begini “Janganlah kamu makan organ dalaman”.
Walaupun Nabi berkata jangan tetapi
ulamak lebih menjatuhkan hukum makruh dalam keadaan ini dan bukan
mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam
tubuh haiwan seperti:
1.
Hati
2.
Jantung
3.
Paru-paru
4.
Perut
5.
Hempedal
6.
Buah pinggang
7.
Jantung
8.
Buah pinggang
9.
Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
10.
Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya
yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini.
Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad s.a.w?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun
lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas
diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah,
beliau mudah letih dan tidak bermaya.
Saya dan isteri membawa anak kesayangan
ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya
dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah
yang sama dengan isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian
termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa
anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau
lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna
darahnya kurang merah.
Doktor menasihati kami berdua agar
memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor
juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.
Bermula dari saat ini setiap kali balik
dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam
untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya.
Walaupun dengan supplement dan hati
ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot.
Dia semakin sangat mudah letih. Dia
hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya
berlari berkejar-kejaran. Perniagaan doktor ini pula semakin maju, maklumlah
saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam.
Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor
Cina ini dah surrender dan merujuk kes anak saya ini ke Hospital Universiti
Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui
doktor pakar kanak-kanak.
Anak saya diambil darahnya dan doktor
minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.
Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya
cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah
saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui.
Hasil pemeriksaan doktor, mereka
mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek
berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu
Talesemia.
Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah
bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan.
Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah
7 tahun.
Adakah saya akan kehilangan anak sulung
yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat,
saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya
usahakan untuk mengubati masalah anak saya.
Saya ternampak sebuah ubat supplement
buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya
dan memberikan ubat ini kepada anak saya.
Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak
saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.
Satu perkara lain selain
masalah-masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali
menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga
berusia 13 tahun.
Pendek kata, sekolah memang terpaksa
selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan
anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta
mudah letih.
Kemuncak masalah ini ialah bila satu
ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya
terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius.
Waktu itu saya sudah mula berguru
dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah
guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan
anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru
saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar
mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah
makan kepada anak saya.
Alhamdulillah saya berjaya mencari agak
banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah
selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.
Bermula dari saat inilah saya terpaksa
akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya
memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti
(biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan
tradisional dan tok guru agama.
Arwah guru saya menasihati agar :
1.
Elakkan dari makan
sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2.
Elakkan makanan rapu seperti coklat, mee maggi, twisties,
ding dang,
double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya.
3.
Elakkan minuman bergas.
4.
Elakkan
jeruk-jeruk kering dan basah.
5.
Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan
pahit.
6.
Makan buah delima.
7.
Makan epal hijau.
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan)
melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya
bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes
anak saya.
Sejak dari saat ini, anak saya kelihatan semakin sihat dan
segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah.
Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu Ya Allah di atas
rahmatMu. Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah.
Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa
makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia.
Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini
mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa
mudharat kepada manusia.
Ampunilah dosa ku Ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di
sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati
haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan
oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat.
Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh
orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain
selain Yahudi secara senyap.
Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi
ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak
beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh
umat Islam.
Saya berkata demikian kerana ilmu sains
dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan
England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti
disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala
ikan.
Memakan hati bukan sekadar tidak
membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang
pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan
tepat.
Pengalaman anak saya serta didiagnosed
oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa
mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu
banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun.
Subhanallah. Kepada mereka yang taksub
dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah berbagai agenda tersembunyi
dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden.
Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi
menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan
Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat
melainkan mati.
Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni
dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.
Wallahu a’lam.
Dipetik dari Soleh.net
Subscribe to:
Posts (Atom)



































