Showing posts with label tips berguna. Show all posts
Showing posts with label tips berguna. Show all posts
Thursday, 6 June 2013
Tenangkan Hati
Petua Untuk Tenangkan Hati
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa . Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali.
5. Bermaaf-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri sendiri mengenai perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya. (perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
Wednesday, 5 June 2013
Penjagaan Pakaian Berwarna Gelap
Tips Penjagaan Pakaian Berwarna Gelap
A. Mencuci - Mencuci pakaian berwarna gelap perlu berhati-hati agar ia tidak pudar dan tetap berwarna gelap.
• Jangan merendam pakaian berwarna gelap lebih daripada 15 minit
• Gunakan detergent untuk pakaian berwarna dan elakkan detergent yang mengandungi pemutih pakaian.
• Semasa anda menjemur pakaian, pastikan bahagian luar baju diterbalikkandan diletakkan di dalam. Kemudian gantung dengan hanger.
B. Menyeterika - Seringkali kita lupa dan tidak menyedari bahawa panasnya seterika juga boleh merosak warna pakaian.
• Suhu seterika mesti pada tahap suhu “medium”, jangan terlalu panas.
• Terbalikkan baju anda ketika menyeterika (seperti menjemur), kemudian baru dibalikkan lagi semasa melipat)
Menyimpan - Menyimpan pakaian pun harus lebih cermat, agar ia tetap bersih dan kelihatan baharu.
• Jangan menyimpan pakaian di tempat yang terdedah pada sinar matahari secara langsung. Jangan menyimpan di tempat yang lembab kerana akan merosakkan pakaian. Perhatikan suhu almari anda. Sediakan penyerap air agar almari anda tetap kering dan tidak lembab.
• Jangan simpan minyak wangi (perfume) atau cologne secara langsung pada baju kerana alkohol boleh merosakkan warna baju atau pakaian.
Kurangkan Menonton TV
Petua Untuk Mengurangkan Menonton TV
1. Jangan letak TV di ruang tamu. Ini kerana apabila kita balik, kita akan terus buka TV dan ada kemungkinan TV tersebut akan pasang tanpa sesiapa yang menontonnya. Seelok-eloknya disediakan satu bilik khas untuk menonton sahaja.
2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini akan memudahkan mereka untuk menonton TV tanpa pengawasan dari ibu bapa.
3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan-rancangan tertentu sahaja. Misalannya dalam seminggu, anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan-rancangan tertentu sahaja. Elok diamalkan begini sejak anak-anak masih kecil lagi.
4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton. Beri contoh yang baik kepada anak-anak. Kita harus bijak memilih program-program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesannya bukan dalam jangka masa pendek sahaja, tetapi juga dalam jangka masa panjang.
5. Berhati-hati dengan program TV yang anda tonton, kerana tv memang benar-benar mampu memprogram minda anda. Kita mungkin secara sedar tidak merasa apa-apa. Bagi kita hanya hiburan, tetapi realitinya nilai-nilai yang disampaikan dalam rancangan tersebut terakam masuk langsung ke dalam minda dan mempengaruhi pemikiran kita.
Tingkatkan Kekuatan Minda
Petua Untuk Meningkatkan Kekuatan Minda
1. Ajar Kepada Orang Lain - Jika ada sesuatu yang ingin anda pelajari, ajarkannya kepada orang lain. Proses pembelajaran secara tradisional ini akan membantu anda untuk mudah menghafal sesuatu idea. Pun begitu, anda mesti benar-benar memahami konsep dan bagaimana cara mengaplikasikannya. Untuk mengajar seseorang, kita harus bersedia dengan segala pertanyaan yang akan diajukan terhadap anda serta bersedia melihat topik dari sudut pandangan yang berbeza. Dengan berbuat begitu, kita sendiri mudah meningkatkan pemahaman kita. Mengajar orang lain juga bermaksud kita sentiasa mengulang-ulang ilmu yang kita perolehi. Secara tidak langsung ilmu itu akan berkembang dan lebih mendalam di dalam minda kita.
2. Jagalah tubuh anda dengan baik - Sementara anda mencuba untuk meningkatkan kemampuan belajar anda, anda harus memastikan otak dan tubuh anda dalam keadaan sihat. Otak adalah sebahagian dari tubuh yang memerlukan banyak bahan bakar dan oksigen jika anda mengharapkannya dapat berfungsi secara efisyen. Dalam proses pembelajaran, anda harus memberi makan dan merawat tubuh dan otak anda untuk memaksimakan proses.
Untuk mencapai matlamat tersebut, anda harus:
• Makan setiap beberapa jam untuk mempertahankan gula darah anda pada level yang tinggi.
• Bersukan setiap hari.
• Melakukan rekreasi secara releks beberapa minit setiap hari.
• Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap hari.
• Minum banyak air.
• Makan sedikit. Makan yang berlebihan cenderung membuat orang menjadi mengantuk.
3. Belajar dengan Teknik Gambaran - Belajar sesuatu dengan teknik gambaran. Mulakan proses pembelajaran dengan melihat gambar dan menterjemahkannya menjadi satu idea. Dari buku bergambar, cuba belajar dengan menggunakan panca indera dan penglihatan. Saat anda perlu memahami suatu hal dengan cepat, indera penglihatan akan membantu anda untuk membuat gambaran tentang suatu topik pada fikiran anda. Gambarkan juga pada selembar kertas. Anda boleh gambarkan apapun, sebuah imaginasi, grafik, atau hanya aliran waktu. Sentiasa tambahkan gambaran pada fikiran anda sementara anda belajar dan cuba menciptakan terus gambar di fikiran anda selagi anda berfikir. Lebih baik lagi jika anda tidak membatasi diri anda dengan gambar visual. Belajarlah dengan kekuatan panca indera tersebut yang disertakan sekali dengan idea pemikiran anda.
4. Tingkatkan Motivasi Anda - Motivasi adalah alat untuk meningkatkan daya ingatan dan kesedaran. Cuba fikirkan mahasiswa sekolah yang berusaha sebelum ujian bermula. Mereka memiliki motivasi yang tinggi kerana ingin memperolehi sesuatu yang lebih baik dalam peperiksaan tersebut. Mereka dapat menguasai sesuatu ilmu itu kerana mereka mahu. Motivasi ini membuat proses pembelajaran mereka pada tahap motivasi yang tinggi. Jika anda bukan lagi mahasiswa yang suka menunggu dan menanti namun tetap ingin memotivasikan diri anda, cubalah berfikir sesuatu yang berkaitan dengan cita-cita. Jika anda menciptakan suatu cita-cita yang terus anda kejar, maka anda akan belajar lebih cepat sebagai motivasi untuk mendapatkan cita-cita tersebut. Sebagai contoh, jika anda belajar atau bekerja untuk memahami satu subjek yang berlembar-lembar, anda mungkin akan memberi motivasi diri anda untuk pergi ke kedai buku atau perpustakaan, bermain video game, atau mungkin menonton rancangan TV kegemaran anda. Oleh itu, pilihlah jenis motivasi yang sesuai dengan anda.
Tuesday, 4 June 2013
Jom Cuti-cuti Malaysia
Tips Mudah Untuk Bercuti
1. Tabungan Mencukupi
Mempunyai tabungan yang mencukupi penting untuk bercuti. Mulalah menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas, disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda. Kiranya ada ganjaran bonus, ketepikan juga bahagian untuk tabungan cuti.
2. Ketahui Pakej Promosi
Kiranya anda memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Anda boleh mendapatkan maklumat daripada ejen pelancongan tempatan. Bagi destinasi dalam negara pula, pakej percutian tempatan jua ada disediakan. Anda juga boleh menyelidik tempat menarik di sesebuah negara atau negeri dengan mendapat maklumat daripada majalah libur yang terdapat di pasaran dan juga dengan melayari internet atau iklan di akhbar. Biasanya menjelang musim sejuk negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.
3. Rancang Dengan Rapi
Tentukan dengan betul, negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda. Buat pendaftaran awal di tempat yang akan anda kunjungi. Bagi menjimatkan tenaga perbelanjaan dan masa, ketahui kedudukan lokasi-lokasi menarik yang terletak berhampiran dengan lokasi yang dikunjungi. Jadi anda boleh mengetahui dengan lebih jelas jenis pengangkutan yang ada serta jumlah bayaran tambang yang diperlukan.
4. Senaraikan Anggaran Perbelanjaan
Senaraikan perkara yang perlu dilakukan dan anggaran perbelanjaan atau bajet sebelum pergi bercuti. Ini termasuklah penginapan, makan minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti tol atau cenderahati. Anggaran perbelanjaan adalah sangat penting terutamanya jika anda bercuti di luar negara. Di samping itu anda perlu mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut menepati anggaran perbelanjaan anda. Ini juga mengelakkan diri anda daripada ditipu oleh pengurup wang. Kadar pertukaran wang asing penting diketahui untuk memudahkan anda membuat perancangan perbelanjaan terutamanya apabila keluar membeli belah.
5. Buat Tempahan Awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam ekonomi. Membeli ketika permintaan belum tinggi pastinya memberi pulangan kerana harga yang ditawarkan murah berbanding jika anda menempah di saat akhir ketika waktu kemuncak dan terhad. Jadi adalah lebih baik anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas dengan lebih awal. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutamanya ketika musim cuti persekolahan ini. Sama juga halnya dengan tempahan hotel atau tempat penginapan kerana tempahan awal boleh mengelakkan kesesakan. Malah jika bernasib baik tempahan melalui online kadangkala lebih murah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan bajet percutian.
6. Penginapan Buat Yang Belum berkeluarga
Pilih penginapan ikut kemampuan. Bagi pengembara bajet yang belum berkeluarga, pilihan terbaik adalah dengan menginap di asrama belia yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun namanya asrama belia namun pelancong dewasa juga boleh menginap di sini. Namun anda pasti mahukan keselesaan jadi carilah beberapa asrama di kawasan yang sama untuk membuat perbandingan harga dan kemudahan yang ditawarkan. Selain asrama terdapat pilihan lain sepertinya menginap di rumah tumpangan atau “bed and breakfast’ atau juga pakej ‘homestay’ yang memberi peluang anda untuk tinggal bersama orang tempatan yang turut memberi peluang anda untuk lebih mengenali dan mendekati budaya dan gaya hidup mereka.
7. Kelengkapan Bersama Anak
Jika bercuti bersama anak pastikan persiapan makanan dan kelengkapan untuk mereka ada tersedia. Pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa membawa kesemua kelengkapan anak secukupnya bersedialah memasukkan perbelanjaan lebihan untuk mengawasi bagasi yang banyak .
8. Sarapan Pagi Di Tempat Penginapan
Manfaat sarapan percuma di hotel. Jika anda bercuti di Eropah makanan di sana adalah mahal, jadi dengan mengambil sarapan yang berat pastinya mengurangkan kekerapan untuk berhenti makan sekali gus mengurangkan lagi perbelanjaan anda.
9. Peruntukan Kecemasan
Ketepikan sedikit 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian untuk kecemasan. Ia mungkin kelihatan tidak penting tetapi peruntukan ini amat berguna jika berlaku kejadian kecemasan seperti jatuh sakit atau kecederaan yang memerlukan rawatan hospital. Malah peruntukan ini juga boleh digunakan untuk membantu anda sekiranya anda terlebih berbelanja.
Kesalahan Semasa Bersenam
Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan. Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri. Cuba elakkan daripada melakukan lima perkara ini dalam memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika kita salah konsep ia boleh membinasakan badan.
1. Bersenam dengan perut kosong
Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot.
2. Tidak memanaskan badan
Ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini. Sedangkan memanaskan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan otot-otot anda. Luangkan sekurangkurangnya lima minit untuk memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman.
3. Tidak konsisten
Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya.
4. Tidak menjaga pemakanan
Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.
5. Tidak dilakukan secara berperingkat
Senaman adalah suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang di luar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Cara Kreatif Jimat Belanja Dapur
Cara Kreatif Jimat Belanja Dapur
Masak sendiri
Makan di luar sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk di kawasan bandar khususnya.Tidak salah jika membawa anak-anak makan di luar, tetapi janganlah diselalukan.Lebih jimat rasanya jika anda memasak sendiri di rumah.Walau sesibuk mana pun anda cubalah untuk luangkan masa memasak sendiri.Kini terdapat banyak menu-menu masakan mudah yang boleh dicuba.Anak-anak juga pastinya ingin merasa masakan air tangan ibunya sendiri. Kalau anda nak tahu, cara ini juga berkesan untuk memikat hati suami.
Catat jumlah perbelanjaan harian
Cara ni agak melecehkan kerana anda perlu membuat catatan harian kepada setiap sen yang anda keluarkan. Tapi dengan cara ini sahaja anda akan dapat menjejaki kemana hilangnya duit anda disamping dapat membandingkan jumlah perbelanjaan anda pada setiap bulan. Cuba buat analisa mengenai perbelanjaan harian anda dengan membuat satu jadual mudah seperti duit keluar dan duit masuk.
Sumber makanan
Kita boleh gunakan alternatif lain untuk mendapatkan sumber makanan selain dari membelinya di pasar raya.Caranya adalah dengan menanam pokok-pokok sayuran seperti cili, sawi, daun kunyit dan bayam di rumah.Semua tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi.Malah, anda juga boleh menanamnya di dalam pasu. Mudah dan sungguh praktikal.
Jadi kreatif dalam masakan
Bagaimana agaknya untuk kreatif dalam masakan dan pada masa yang sama dapat berjimat. Caranya mudah iaitu dengan menyimpan lebihan lauk di dalam peti sejuk. Semua lebihan ini boleh diupgrade dan dimasukkan ke dalam masakan lain seperti mee goreng atau bihun goreng sebagai bahan perencah.Nasi lebihan juga boleh dibuat nasi goreng sebagai sarapan pagi. Cuba fikirkan menu kreatif lain yang boleh anda buat di samping berjimat.
Bajet perbelanjaan di dapur sememangnya tidak dapat dielakkan kerana ia satu keperluan wajib harian kita. Tetapi apa kata mulai hari ini, kita berjimat dalam perbelanjaan dapur dan kita gunakancara bijak demi menjaga keharmonian seisi keluarga. Islam juga menggalakkan umatnya berjimat cermat di dalam menguruskan perbelanjaan.
Monday, 3 June 2013
Hidup Sihat di Pejabat
Mari Hidup Sihat di Pejabat
Berada di pejabat adalah perkara yang sukar untuk menjalani hidup yang sihat. Aktiviti yang padat membuatkan wanita yang berkerjaya lebih senang mengambil makanan segera. Ini belum lagi termasuk, godaan snek yang dihidangkan oleh kawan sekerja. Ingat! Masih belum terlambat untuk anda mengubah pola hidup yang lebih sihat.
Beberapa tip untuk mengatasi masalah ini:
a) Kekerapan Mengunyah Snek
Siapa yang tidak suka mengunyah snek? Biskut, kerepek atau makanan ringan adalah kebiasaan yang ada di tempat kerja. Walaupun snek ini memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Kadar garam yang terkandung dalam makanan ringan juga dapat menyebabkan hipertensi.
CARA PERBAIKI:
Jangan letakkan pelbagai jenis snek di dalam laci kerja anda. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang. Cara ini juga membuatkan anda mampu menolak saat kawan mempelawa snek lain.
b) Jangan Terlalu Banyak Minum Teh atau Kopi
Minum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ini kerana, ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur.
CARA PERBAIKI:
Kurangkan hidangan teh atau kopi setiap hari. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah. Pilih minuman yang tidak mengandungi banyak gula atau susu.
c) Banyakkan Minum Air Mineral
Berusahalah untuk minum air dengan lebih banyak, walaupun anda tahu akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air. Namun, jika anda kurang minum dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam.
CARA PERBAIKI:
Letakkan satu liter botol air mineral di atas meja dan pastikan anda minum habis sebelum pulang dari tempat kerja. Cara ini akan membuatkan anda tidak lupa untuk minum.
d) Elak Makan Malam
Apabila tamat waktu kerja, kawan anda mengajak untuk makan di restoran. Ini membuatkan anda tidak makan lagi di rumah. Walau bagaimanapun, rasa lapar akan datang pada waktu malam. Jangan terus mengalah, sebenarnya anda penat dan perlu berehat, bukannya mencari makanan.
CARA PERBAIKI:
Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Sayuran berserat tinggi dan daging tanpa lemak kaya dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur.
e) Elakkan Makan Banyak Pada Hujung Minggu
Mungkin anda terfikir untuk memberi ganjaran kepada diri selepas sukses menjalani diet selama hampir seminggu. Makan sepuasnya pada hujung minggu bukanlah cara yang betul untuk diterapkan dalam program diet anda.
CARA PERBAIKI:
Cari cara lain untuk memberikan penghargaan pada diri sendiri. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan sekaligus menjaga berat badan anda.
Ahhhh Ketatnya
Tips Membuka Tutup Botol yang Ketat
Ada 3 cara yang anda boleh lakukan:-
1. Letakkan tutup botol di bawah pancuran air panas supaya tutupnya memekar.
2. Lilit gelang getah (rubber band) di sekeliling tutup botol. Kemudian buka tutup botol tersebut.
3. Nyalakan mancis dan panaskan di sekeliling tutup botol tersebut dengan api mancis. Cara ini akan melekangkan getah yang terdapat dalam tutup botol tersebut.
Friday, 31 May 2013
Peluh di Ketiak?
Hilangkan Peluh di Ketiak
Peluh yang berlebihan pada ketiak pasti meninggalkan kesan kuning pada pakaian terutama di sekitar ketiak baju. Tumbuk tawas hingga halus, kemudian diayak. Simpan serbuk tawas itu dalam botol kedap udara. Gunakan tawas ini setiap kali selepas mandi dan gosok pada ketiak.
Monday, 27 May 2013
Penjagaan Makhota Wanita : Tip Dapatkan Rambut Sihat dan Lebat
Keguguran rambut adalah
masalah biasa yang dialami berjuta-juta individu di seluruh dunia.
Kebanyakannya cenderung memilih rawatan bahan kimia atau krim untuk membendung
masalah itu.
Walaupun majoriti produk atau ubat untuk masalah
ini boleh didapati di kaunter farmasi, ada yang memerlukan preskripsi doktor
kerana segelintir kes bukan hanya membabitkan keguguran rambut tapi lebih
daripada itu.
Ada beberapa produk yang berkesan dalam
mengurangkan atau menghentikan keguguran rambut ini tapi ia memerlukan kos
tinggi serta perlu digunakan secara berterusan untuk hasil berpanjangan.
Namun dengan wujudnya pelbagai maklumat di
Internet, selain kajian terkini pakar kosmetik, masalah ini boleh dikurangkan
dengan beberapa cara antaranya pemilihan produk yang sesuai dengan kulit
kepala, pemakanan seimbang dan penggunaan tumbuh-tumbuhan sebagai bantuan
alternatif.
Berikut beberapa tip untuk mendapatkan rambut
yang bukan saja sihat juga lebat dan menarik.
* Syampu
Antara faktor penyebab utama keguguran rambut
ialah kulit kepala berminyak. Kulit berminyak akan menyebabkan komplikasi
antaranya jerawat, kelemumur dan eritema (keradangan kulit).
Gunakan syampu jenis pembersihan mendalam kerana
ia boleh membantu menyingkirkan sebum dan minyak berlebihan, juga selepas
mencuci rambut, bilas dengan air sejuk.
Kaedah ini bukan saja membuatkan rambut kurang
kusut dan menggerbang tetapi turut menutup pori kulit kepala, sekali gus
mengurangkan pengeluaran minyak dan menyimpan nutrien yang diperoleh daripada
syampu itu.
* Perapi
Perapi amat penting selepas bersyampu kerana ia
membantu menambah lembapan yang hilang disebabkan syampu menyingkirkan semua
yang ada pada rambut dan kulit kepala.
Benar, antara masalah rambut gugur disebabkan
minyak berlebihan tetapi jika diabaikan penggunaan perapi, rambut akan menjadi
kering dan leper.
Caranya ialah lumurkan perapi pada rambut dan
bukannya kulit kepala.
* Rawatan kulit kepala
Majoriti salun rambut menawarkan rawatan ini dan
ramai yang berpuas hati dengan hasilnya. Bagaimanapun, mendapatkan rawatan yang
sesuai dengan keadaan kulit rambut bukanlah kerja mudah kerana tidak semua
rawatan berkesan.
Ia memerlukan beberapa sesi percubaan di
beberapa salun selain memerlukan kos yang banyak untuk melakukannya.
Tapi untuk memudahkan pencarian, cuba ke salun
yang menawarkan rawatan menggunakan bahan semula jadi atau organik dan biasanya
rawatan yang memberikan haruman pudina boleh dikatakan berkesan kerana ekstrak
pudina dapat mengimbangi minyak.
* Perangsang pertumbuhan semula rambut
Sumber alam seperti santan dan lidah buaya sejak
dulu menjadi bahan dalam rawatan kecantikan rambut. Hanya sapukan sedikit pada
kulit kepala, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.
Santan dan lidah buaya juga boleh dicampurkan
dengan minyak daun rosemary dan pati bunga lavender. Tumbuhtumbuhan ini dapat
membantu menggalakkan pertumbuhan semula rambut.
Tonik rambut juga antara alternatif mudah yang
boleh didapati di farmasi dan pasar raya. Tapi pastikan ia hanya mengandungi
bahan organik.
* Pemakanan
Tabiat diet atau pemakanan memainkan peranan
penting dalam masalah ini. Sama seperti tubuh, rambut mendapat nutrien daripada
apa yang kita makan.
Untuk mendapatkan hasil rambut sihat, diet
harian perlu mengandungi vitamin E dan zat besi. Sebaiknya minum banyak air,
kurangkan pengambilan garam dan makanan ringan serta lebihkan sayuran.
Lobak, misalnya bukan hanya elok untuk mata
tetapi juga kaya vitamin A yang baik untuk rambut. Buah prun pula padat dengan
zat besi sementara oat kaya serat dan tinggi kandungan zink, zat besi dan asid
lemak omega-6 yang menjadi agen utama pertumbuhan rambut.
Friday, 10 May 2013
12 Sifat Sahabat
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan
melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan
membalas baik persahabatan itu.
3. Jika engkau perlukan petolongan daripadanya berupa wang
dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia
akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu,
ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia
akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia
akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan
meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan
membenarkanmu.
11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan
membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih paham, nescaya ia lebih
senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Thursday, 9 May 2013
Tips Pengisian Petrol dan Diesel : 6 Tips untuk mendapatkan lebih banyak Petrol

Jika anda tahu beberapa Tips, Maklumat dan Mekanisme pengisian minyak di pam petrol, anda secara drastik boleh mengurangkan jumlah bayaran untuk petrol. Memandangkan kenaikan harga petrol, mari kita ketahui beberapa helah untuk mendapatkan lebih banyak wang pendapatan semasa mengisi minyak. Di sini terdapat beberapa tips bagaimana untuk mendapatkan lebih seliter dan tip pam petrol.
TIPS MENGISI PETROL DAN CARA MENGISI PETROL?
- Semua pam petrol mempunyai tangki simpanan bawah tanah. Pada masa kini, kerana peningkatan dalam suhu, petrol semakin berkembang. Jadi liter anda tidak betul-betul seliter. Ia mempunyai beberapa gas disebabkan oleh pengembangan petrol. Jadi mengisi tangki petrol anda pada awal pagi kerana suhu tanah adalah lebih sejuk. Apabila tanah adalah sejuk, anda akan mendapat liter yang tepat dan dengan itu menjimatkan wang anda. Jadi adalah lebih baik untuk semua pembeli Petrol, Diesel, bahan api jet, Etanol, dan produk petroleum, membeli komoditi ini pada waktu pagi kerana Suhu dan bermain Graviti memainkan peranan yang penting terhadap semua produk tersebut.
- Di Negara-negara membangun, terutamanya, India, suhu pelarasan, peraturan dan pampasan tidak boleh didapati di pam petrol. Jadi, pembeli biasanya rugi. Walau bagaimanapun, trak yang membawa produk minyak mentah lain petrol dan mempunyai suhu kemudahan pampasan.
- Semasa mengisi petrol, nozel/pencetus tidak seharusnya berada di dalam mod cepat, sebaliknya ia seharusnya berada di dalam peringkat yang rendah untuk meminimumkan kesan wap dan mempunyai ekonomi maksimumkan petrol. Jika anda melihat dengan betul, anda akan mendapati bahawa pencetus mempunyai tiga peringkat Rendah, Sederhana dan Tinggi.
- Semua paip air mempunyai wap. Mengisi petrol pada kadar yang lebih cepat bermakna anda mempunyai lebih banyak gas dengan cecair petrol anda.
- Mengisi tangki petrol anda semasa ia sudah 60 peratus penuh. Mengisi separuh tangki penuh bermakna, ada kemungkinan udara memenuhi ruangdalam tangki anda dan petrol menyejat sangat cepat.
- Jangan isi petrol anda / tangki Diesel semasa lori memunggah petrol sedang melakukan proses isian semula penyimpanan bawah tanah. Ini boleh menyebabkan pergerakan dalam tangki simpanan dan kemungkinan mendapatkan kotoran, dan zarah lain dalam tangki anda yang boleh membahayakan tangki petrol dan bahagian-bahagian lain kenderaan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)








































