Tuesday, 5 July 2011

Cinta Mekar Seharian

0 comments


 Merawat cinta boleh dilakukan secara harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan. Mari sama-sama kita semak cara-cara merawat cinta yang disarankan oleh pakar. Ibarat rumah, hubungan cinta juga perlu dirawat secara berkala agar tetap rapi dan nyaman serta tidak runtuh menyembah bumi.


5 Kaedah Rawatan Harian

Hubungan anda dan pasangan boleh menjadi sumber ‘tenaga’ untuk melewati hari-hari mendatang. Mulakan hari-hari anda dengan perkara-perkara yang mengembirakan hati pasangan dan selalulah berfikiran positif dengan harapan pasangan melakukan hal yang sama pada anda.

Antara yang perlu dilakukan setiap pagi:
 
1)    Kucupan Selamat Pagi

Selalunya tiap pagi kita akan bangun dalam keadaan tergesa-gesa. Hati dan jiwa bercelaru dan tidak tenang.Bila anda merasakan hubungan anda dan pasangan mula hambar dan sebelum ia melarat menjadi sesuatu yang merosakkan,cuba kenang kembali zaman bercinta anda dan di saat awal perkahwinan yang menyimpan seribu kenangan manis.Sejurus bangun tidur,tidak salah andai diulang semula saat-saat tersebut BUKAN??. Oleh itu biasakan bangun 5-10 minit lebih awal sebelum pasangan bangun tidur. Sempatkan diri memberikan kucupan mesra dan mulakan hari anda dengan lebih bahagia.


2)    Berhenti dan berfikir

Pernakah anda terfikir apa perkara atau benda yang membuat pasangan anda selalu tersenyum?
Secawan kopi @ coklat panas di pagi hari @ urutan ringan dibahu membantunya melegakan tekanan dan ketegangan? ERmmm …walaupun hal-hal ini nampak remeh,jika dipratikkan harian akan mengindahkan hari-hari anda dan pasangan.Pasti “si dia” merasa bangga mempunyai isteri seperti anda.


3)    Jangan sesekali menjadikan pasangan anda sebagai sasaran kemarahan dan kekesalan

Walaubagaimana anda rasa sedih,marah,geram,kesal usah sesali menjadikan pasangan anda sebagai tempat sasaran melepaskan perasaan.Daripada marah kepadanya,lebih baik anda tarik nafas panjang dan tahan diri 2-3 minit.Tiada yang lebih indah dan menyenangkan selain ditemani oleh orang tersayang disisi.


4)    Selesaikan masalah bersama

Jika berlaku masalah disarankan diselesaikan setiap hari sebelum tidur malam.Buat perjanjian bersama-sama pasangan untuk sama-sama selesaikan masalah yang datang.Biasakan diri untuk sentiasa memaafkan dan memberitahu.Dengan itu hubungan anda akan sentiasa segar.


5)    Luangkan Waktu
       
Kesibukkan anda dan pasangan jalani rutin setiap hari jika dibiarkan menjadikan anda seperti ‘orang asing’ walaupun tinggal sebumbung  dan tidur sebilik  sekatil..MARI, cuba luangkan masa minum bersama,tonton wayang bersama,membeli-belah bersama walaupun anda kurang selesa bila dia bersama sewaktu anda memilih baju @ kasut di pusat membeli-belah.Telefon dia di tempat kerjanya dan lafazkan ayat-ayat cinta padanya. Pasti dapat membantu anda berdua berasa lebih dekat dan pada garisan yang sepaptutunya.



Sumber : Perpustakaan Negara

Dari meja pengarang : dalamcantik.com

Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).

Leave a Reply

Labels