yang kecil.
Wednesday, 7 September 2011
Kardigan Pelengkap Gaya Lelaki
Kardigan selalunya sinonim dengan si gadis lebih-lebih lagi si gadis yang bertudung. Ini kerana kardigan digunakan untuk melindungi segala kecacatan yang ada. Malah kardigan juga digunakan sebagai pelengkap gaya. Berikut ialah tips pemilihan kardigan yang sesuai buat lelaki.
1. Warna
Pemilihan warna kardigan adalah bergantung kepada kesesuaian majlis dan baju yang ingin dipadankan bersama. Pemilihan warna sesuai juga penting dalam majlis dan tempat yang dituju. Malah saiz badan juga penting dalam pemilihan warna kardigan. Pilihlah warnawarna gelap untuk memberikan ilusi badan
yang kecil.
yang kecil.
2. Fabrik
Oleh kerana Malaysia ialah negara yangmengalami iklim khatulistiwa, pastinya ada ketika cuaca panas dan ada ketikanya cuaca sejuk. Oleh itu, kepada si jejaka yang masih mahu tampil dengan kardigan kala cuaca panas, tiada salahnya. Pilihlah kardigan dari fabrik yang nipis dan berwarna cerah supaya tidak menyerap haba panas.
3. Corak
Kebiasaannya si jejaka jarang untuk memilih kardigan dari jenis yang bercorak. Jika bercorak pun hanya corak belang-belang sahaja. Namun harus diingat! Pakaian corak belang melintang hanya sesuai buat si jejaka yang berbadan kurus dan sederhana sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































