Wednesday, 7 September 2011
Kesan Stress Terhadap Daya Kerja
Tekanan di tempat kerja, di rumah, belengu masalah peribadi adalaha asam garam dalam kehidupan seharian. Selain itu, pelbagai kejadian dan tragedi melibatkan tekanan emosi serta kemurungan sebenarnya boleh dielak dan diatasi jika orang ramai mengambil berat mengenainya. Jika tidak diberi perhatian khusus serta rawatan sepatutnya, ia boleh menjadi penyakit serius.
Walaupun stres dikategorikan penyakit serius tetapi sayangnya ia tidak diberi perhatian yang khusus oleh setiap individu. Antara faktor yang mendorong kepada masalah ini ialah kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika atau kesan jangka pendek tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda.
“Ia boleh menjejaskan tingkah laku, fikiran, emosi, perhubungan dengan orang lain di pejabat dan rumah,” kata Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh ketika menyampaikan ceramah dalam Bengkel Stres Kehidupan anjuran Hospital Gleneagles baru-baru ini. Menurut Dr. Nor Hamidah,wanita mempunyai risiko lebih tinggi mengalami stres dan kemurungan berbanding lelaki. Namun begitu, tidak ada sebab tertentu yang mengatakan punca mengapa wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki. Bagaimanapun, ia mungkin kerana wanita lebih mudah meluahkan perasaan dan dengan cara begini mereka cepat mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Lelaki pula kebiasaannya tidak mudah meluahkan perasaan dan ini mungkin kerana anak lelaki dididik supaya menjadi ‘lelaki sejati’, iaitu tidak boleh menangis dan sebagainya. Masalah di tempat kerja juga memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan sehingga memporakperandakan perkahwinan itu sendiri jika seseorang pekerja itu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di pejabat mahupun di rumah dan sukar membahagikan masalah di tempat kerja dan membawa masalah tersebut pulang ke rumah.
Bagi penghidap stres, mereka bimbang, masyarakat akan memandang serong terhadap mereka dan tidak mahu dilabel kurang siuman. Ujar Dr. Nor Hamidah lagi, sebab itu masyarakat juga perlu prihatin dan sedar betapa stres dan kemurungan yang tidak dirawat dengan baik boleh memberi kesan kepada produktiviti kerja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































