Wednesday, 7 September 2011
Warna dan Coli
Elemen warna memberi pengaruh yang cukup besar kepada penampilan seseorang. Segelintir pakar aura mengatakan tidak semua orang sesuai dengan warna yang dipakai sehingga ia menidakkan penampilannya untuk kelihatan menarik. Bahkan pakar terapi warna turut memperincikan bahawa warna dan individu memiliki aura tersendiri yang mungkin tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
Bagi sesetengah wanita, kepercayaan terhadap aura bukan hanya diterjemahkan dalam pemilihan pakaian yang dipakainya dari sudut luaran saja. Menitikberatkan soal dalaman, bahkan hingga kepada coli dipakai, ia diperincikan dengan penuh ketelitian oleh golongan hawa.
Menurut Pengurus Pemasaran Avon Cosmetics, Hanim Sahrom, wanita menitikberatkan pemilihan warna termasuk coli dengan memilih beberapa warna popular dalam menjuruskan keperibadian masing-masing. “Kira-kira 30 peratus wanita memilih coli warna hitam dan merah kerana ia mewakili keunggulan, kesungguhan dan kehangatan diri mereka.
“Kedua-dua warna itu sesuai untuk saat istimewa iaitu ketika mereka inginkan mesej untuk menggambarkan diri yang bersifat lantang dan terang. Warna hitam dan kuning pula turut memberi petanda efektif yang membawa erti ‘perasaan panas’ dan ‘suasana hangat’ atau petanda ‘berbahaya’,” katanya.
Biarpun warna coli memberikan seribu pengertian diri dan mewakili selera peribadi, beliau mengakui pilihan warna lain turut menggambarkan keperibadian dalam mencipta suasana dan cita rasa tersendiri. “Warna menyebabkan mata bertindak balas terhadap gelombang tenaga. Tanpa cahaya, tidak ada warna dan apabila hari beransur gelap, warna pudar akan hilang sedikit demi sedikit. “Ini bermakna, jika cahaya adalah sumber kehidupan demikianlah juga pentingnya warna terhadap kehidupan itu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































