Lapan peratus dari kebanyakan wanita yang hamil, akan mengalami pra-eklamsia, satu bentuk tekanan darah tinggi yang biasanya terjadi selepas minggu ke- 20 kehamilan (namun kebanyakan kes adalah tidak serius semasa akhir tempoh kehamilan).
Peluang anda akan berganda sekiranya anda mempunyai masalah obesiti. Penyakit ini meningkatkan tahap protein di dalam urin dan menyebabkan retensi cecair pada tangan dan kaki. Rehat yang secukupnya dan perubatan dapat membantu tetapi sekiranya keadaan tidak dirawat dengan betul, ia akan membawa padah terhadap ibu dan juga anak di dalam kandungan.































