Bersalin menggunakan vakum
| 1. | Doktor akan memeriksa saiz kepala bayi dan bukaan salur kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses bersalin. |
| 2. | Berat bayi dianggarkan melalui pemeriksaan abdomen dan saiz uterus. pelvis diperiksa melalui pemeriksaan vagina. |
| 3. | Anda perlu meletakkan kaki diatas stirrups (kedudukan lithotomy) |
| 4. | Tiub getah akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya. |
| 5. | Seterusnya doktor akan memasukkan cawan vakum ke dalam vagina. |
| 6. | Cawan akan diletakkan di kepala bayi dan doktor akan memastikan tiasa tisu serviks yang terperangkap di dalamnya. |
| 7. | Semasa uterus mengecut, tekanan vakum akan ditingkatkan sehingga 0.7kg/cm2 dan perlahan-lahan doktor akan menarik pemegang cawan tersebut, membantu bayi menuruni salur kelahiran. |
| 8. | Setelah tekanan yang dikehendaki diperolehi, doktor akan menarik pemegang di bahagian dasar cawan. |
| 9. | Ibu hendaklah meneran berselang seli dengan kuasa yang dikenakan. |
| 10. | Antara pengecutan rahim, tekanan dalam vakum dilepaskan tetapi cawan vakum masih berada ditempatnya. |
| 11. | Episiotomi perlu untuk memastikan bukaan vagina cukup besar bagi bayi keluar. |
| 12. | Sebaik sahaja kepala bayi berada di bukaan vagina tekanan pada cawan dilepaskan dan bayi dilahirkan seperti bersalin spontan melalui vagina. |
| 13. | Seterusnya, mukus di dalam mulut dan hidung bayi disedut. Kemudian baru lah bahu dan badan dilahirkan. |
| 14. | Plasenta akan dikeluarkan. |
| 15. |
Luka pada vagina akan dijahit
menggunakan benang yang boleh mereput secara semulajadi.
|
| 16. | Selepas kelahiran vakum, bayi akan mengalami pembengkakan tisu lembut di bahagian kepala. Ia akan hilang selepas 3 bulan. |































