Hipertension Kehamilan
Monday, 23 April 2012
Hipertension Kehamilan
Hipertension Kehamilan
Hipertension kehamilan, iaitu
tekanan darah tinggi semasa hamil wujud apabila berlaku tekanan darah
tinggi selepas 20 minggu hamil yang mana tidak pernah menghadapi
masalah tersebut sebelum hamil. Tekanan darah tinggi akan memberi kesan
kepada pengaliran darah ke organ seperti otak, hati, buah pinggang dan
plasenta dan menyebabkan organ tersebut menghadapi masalah. Keadaan ini
lebih kerap terjadi semasa trimester ketiga semasa waktu kehamilan.
Ini adalah keadaan jangka masa pendek dan tekanan darah anda akan
kembali pulih seperti normal dalam masa 1 minggu selepas hamil.
Tekanan darah boleh
dikenalpasti dengan menggunakan 2 nombor yang mana tekanan sistolik
(nombor yang berada di atas) dan tekanan diastolik (tekanan yang berada
di bawah). Tekanan sistolik adalah tekanan di dalam salur darah semasa
jantung sedang mengecut dan diastolik adalah tekanan semasa jantung
sedang mengendur. Tekanan darah 140/90mmHg adalah sebagai tinggi.
Bagaimanapun, wanita hamil selalunya mempunyai tekanan darah dalam
lingkungan 90/50mmHg ke 110/70mmHg. Tekanan darah tinggi boleh dijangka
jika tekanan darah meningkat sebanyak 30/15mmHG ( contohnya, jika
meningkat dari 90/50mmHg ke 120/70mmHg) semasa mengandung. Walaupun
tekanannya mungkin dilihat sebagai normal berbanding populasi umum.
Penyebab utama tekanan
darah tinggi berlaku masih tidak diketahui. Ia mungkin disebabkan
penolakan immunologikal semasa hamil yang mana tubuh badan ibu melihat
bayi sebagai bendasing dan seboleh-bolehnya mencuba untuk menyahkannya.
Tekanan darah tinggi
semasa hamil memberi kesan 5% terhadap kandungan dan 1 per 4 wanita
hamil yang mana mempunyai tekanan darah tinggi akan cenderung kepada
‘pre-eclampsia’ semasa hamil, bersalin atau selepas melahirkan anak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































