Monday, 23 April 2012

Imbasan 3D

0 comments



Imbasan 3 Dimensi (3D)
Imbasan 3 dimensi (3D) melibatkan gambaran permukaan dan gambaran isipadu untuk mendapatkan imej 3D.

Kelebihan 3D
1.
Imbasan ultrabunyi 3D mampu memberikan diagnosis yang baik dan tepat bagi fetus yang mengalami keabnormalan. Contoh keabnormalan yang boleh dikesan adalah seperti;
 
- keabnormalan muka fetus, seperti sumbing, telinga yang rendah dan kecacatan muka.
 
- keabnormalan kaki dan tulang belakang fetus, seperti polidaktil (mempunyai jari berlebihan), kaki seperti belantan, spinal bifida dan anencephaly
 
- keabnormalan jantung fetus, seperti keabnormalan pada jantung sejak dilahirkan.
 
2.
Imbasan ultrabunyi 3D juga mengeratkan ikatan psikologi antara ibu dan bayi dalam kandungan. Semasa imbasan dijalankan, ibubapa boleh melihat pelbagai riak wajah dan kelakuan seperti menghisap ibu jari, menguap dan membuka mulut.

Leave a Reply

Labels