| 1. |
Menimbang berat badan; ibu
mengandung akan mengalami pertambahan berat badan secara
purata 0.5kg seminggu dalam tempoh 15 hingga 38 minggu dan
jumlah purata pertambahan berat badan adalah 12kg sepanjang
tempoh mengandung.
|
| 2. |
Tekanan darah; untuk
mengesan darah tinggi sewaktu tempoh kehamilan.
|
| 3. |
Mengesan edema (bengkak
yang disebabkan oleh bendalir tisu dalam badan); ia biasanya
boleh dilihat di buku lali. Jika bertambah teruk, ia merupakan
petunjuk kepada masalah lain seperti darah tinggi atau
penyakit buah pinggang.Meninggikan kaki di atas bantal semasa
tidur boleh memperbaiki keadaan.
|
| 4. |
Ujian air kencing;
untuk mengesan paras glukosa dan protein dalam air kencing.
Sekiranya paras gula dan protein tinggi, ini menunjukkan
diabetes ketika hamil dan juga pra-eklamsia (darah tinggi
yang disebabkan oleh kehamilan)
|
| 5. |
Imbasan ultrabunyi; untuk
melihat tumbesaran fetus dan mengesan sehingga 80%
ketaknormalan pada struktur fetus. Imbasan secara lebih
terperinci harus dilakukan semasa kandungan berusia
18-20 minggu.
|
| 6. |
Ujian darah; dilakukan pada
minggu ke-18 kandungan untuk memeriksa;
(a)
Hemoglobin; mengesan sama ada ibu menghidap anemia atau
thalassemia minor
(b) Kumpulan darah dan
faktor rhesus
(c)
Antigen dan antibodi terhadap Hepatitis B;untuk menentukan
status pembawa hepatitis B
(d) Human Immunodeficiency Virus
(HIV) antibodi; untuk menentukan status pembawa HIV
(e) VDRL; untuk mengesan
siflis
|
| 7. |
Amniosintesis; disarankan kepada ibu-ibu yang berumur lebih
dari 35 tahun atau yang pernah melahirkan anak sindrom Down
atau kurang upaya. Ianya dilakukan pada minggu ke-16 kandungan
dan boleh mengesan sindrom Down, Patau dan Edward.
|
| 1. |
Kecacatan kromosom pada fetus
|
| 2. |
Darah tinggi yang disebabkan oleh kandungan
|
| 3. |
Diabetes yang disebabkan oleh kandungan
|
| 4. |
Pendarahan
|
| 5. |
Tumbesaran terbatas dalam rahim
(IUGR) - bayi terlalu kecil semasa tempoh kandungan.
|































