Tiada kemudaratan malah pada yang masih perawan, jika diamalkan sedari awal ia adalah salah satu usaha pada pemuliharaan dalaman tubuh badan baik dan cukup sihat. Ia juga merupakan sebagai usaha awal untuk melindungi dari gejala sesudah berumahtangga kelak. Khasiat pengamalannya amat ketara sekali diantaranya:
- Membantu mengembalikan edaran Haid yang mungkin terganggu kerana faktor-faktor seperti tekanan, penyakit atau apabila pengambilan pil perancang keluarga tidak diteruskan
- Mencegah kekejangan, pembendungan air dan kerengsaan yang dihadapi oleh mereka yang merasa sakit semasa datang haid
- Mengimbangi,membina dan mengharmonikan sistem rahim wanita untuk merangsang kehamilan yang sihat
- Menyihatkan serta merapatkan bahagian faraj serta mencegah kegatalan di faraj dan mencegah keputihan
- Mengatasi kelesuan,keletihan,melegakan tanda putus haid, disamping menenagkan perasaan
- Melancarkan pembuangan air besar dan air kecil serta membuang angin dalaman tubuh
Otot faraj yang lemah dibentuk dan diperkuatkan untuk menghalang terjadinya gelinciran pundi kencing dan pembuangan air kecil yang tidak disengajakan.
Ia membaiki peredaran darah untuk meningkatkan perasaan dan keseronokan hubungan kelamin.
KACIP FATIMAH juga mujarab untuk mengatasi kembung yang sering dialami oleh wanita yang bersalin, mempercepatkan sembuh selepas bersalin disamping meransang merapatkan faraj.
Insya-ALLAH amalan begini amat membantu memulihara keindahan dalaman tubuh badan. Malahan kos pembiayaannya juga amat berpatutan.
Gerakkan usaha ini, dinasihatkan bajailah dan perkemaskan tubuh badan terutamanya tempat tumpahnya benih kasih sayang iaitu rahim































