Monday, 23 April 2012
Perubahan metabolisma dalam badan telah menyebabkan kehadiran diabetes
Pankreas kita akan
menghasilkan hormon dipanggil insulin, yang mana dapat membantu gula
dalam darah (glucose) untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau
disimpan. Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan
hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan pembangunan seseorang
bayi. Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap
insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu
perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin mengatasi
masalah sel kalis terhadap insulin. Jika persediaan pankreas adalah
bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan
si ibu. Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad,
penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras gula dalam darah
akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.
Diabetes semasa hamil selalunya
bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah
membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu
yang telah menghidapi diabetes sebelum masa kehamilan bermula. Penyakit
diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan
lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































