Plasenta praevia adalah kedudukan plasenta
terlalu rendah sehingga menutup sebahagian atau keseluruhan permukaan
serviks (bukaan vagina ke rahim). Tanda-tanda plasenta praevia adalah
anda megalami pendarahan vagina yang tidak menyakitkan semasa penggal
ketiga kandungan dan kedudukan bayi yang songsang. Sekiranya anda
mengalami plasenta praevia anda perlu mengelakkan dari kerja-kerja berat
dan banyakkan berehat. Sekiranya anda mengalami pendarahan, anda
mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk memudahkan doktor memantau
keadaan anda. Sekiranya terlalu banyak pendarahan sebelum tarikh anda
dijangka bersalin, anda mungkin perlu bersalin awal melalui pembedahan.
|
|
Monday, 23 April 2012
Plasenta praevia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































