Tuesday, 10 April 2012
Pulau Bali: Destinasi Cuti
Pulau Bali, sebuah pulau di Indonesia yang masyhur sebagai pulau seribu kuil memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik. Pulau Bali amat sesuai sebagai tempat pelancongan atau percutian kerana pulau ini amat sangat diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan serta budaya yang unik jadi tarikan utama ke Pulau Bali.
Pulau Bali terletak di dalam negeri Indonesia. Ia merupakan pusat pelancongan utama di Indonesia yang sudah dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa. Ada banyak perkelahan utama di pulau Bali iaitu Kuta, Ubud, Nusa Dua, Sanur, Seminyak, Denpasar, Candidasa, dan Lovina. Semua perkelahan itu menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet yang bercirikan seni bina Bali eksotik serta modern. Pelbagai pilihan penginapan
disediakan untuk semua golongan, sama ada yang datang bersendirian,
bersama keluarga, rakan-rakan, hinggalah kepada kumpulan yang lebih
besar (hari keluarga, percutian kakitangan syarikat swasta atau kerajaan).
Anda boleh pusing-pusing untuk melawat tempat-tempat menarik di pulau Bali seperti Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Besakih, Tanjung Benoa, Uluwatu, Ubud, Jimbaran dan lain-lain. Sambil itu anda juga boleh singgah di kedai cenderahati di Celuk, Mas, Legian, Sukawati dan lain-lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































