Monday, 23 April 2012

TabPlus Rio: Tablet dari India

0 comments




TabPlus Rio adalah komputer tablet terbaru buatan Digital Waves,syarikat dari India, disasarkan sebagai mobile internet device untuk pengguna melayari internet. TabPlus rio didatangkan dengan fungsi multi tasking, ini maknanya Anda boleh buka banyak aplikasi dalam masa yang sama, misalnya sambil melayari Facebook Anda boleh mendengar lagu, memainkan video, juga sambil menyiapkan assignmet kolej. Dari segi spesifikasi hardware, TabPlus Rio dilengkapi dengan sistem perisian Andorid 2.3 Gingerbread, kepantasannya dipacu oleh cip pemproses Cortex A9 processor dengan kelajuan getaran 1GHz, skrin bersaiz 7 inci berkapasiti HD untuk paparan terang dan tajam, resolusi maksima 800×480 piksel sahaja.
Kami di iAwani tidak pasti bila TabPlus Rio boleh didapati di kedai-kedai komputer di Malaysia tapi jikalau di website belian online seperti Lelong, mungkin ada seller yang akan menjual tablet terbaru ini kerana kosnya murah. Harganya di India adalah 11,900 Rupee, harga TabPlus Rio di Malaysia adalah lebih kurang dalam RM739.34, dekat dengan harga tablet murah lain seperti CSL Droidpad, Ainol Novo 7 Paladin juga Viewsonice ViewPad E70.

Leave a Reply

Labels