Wednesday, 9 May 2012
HADITH QUDSI #1
"Wahai sekaLian manusia, sejauh mana engkau cenderung kepada dunia dan sejauh mana engkau mencintai-Ku, maka sekadar ituLah darjatmu di sisi-Ku. Kerana sesungguhnya tidak Aku campurkan antara cinta kepada-Ku dengan cinta kepada dunia di daLam satu hati untuk seLama-lamanya."
"Wahai manusia, jauhiLah sekaLian maksiat, maka engkau akan mengenaLi Aku; dan berLaparlah supaya engkau meLihat Aku; dan beribadatLah semata-mata kerana-Ku. SucikanLah amaLanmu daripada segaLa macam bentuk Riya' supaya Aku pakaikan engkau dengan cinta-Ku. LapangkanLah waktumu untuk mengingat Aku supaya Aku mengingatmu puLa, dan menempatkan engkau di sisi MaLaikat-Ku."
" Wahai manusia, jika di daLam hatimu sesuatu yang seLain ALLAH, maka engkau akan mengharap sesuatu yang seLain ALLAH. Sampai biLakah engkau berkata bahawa ALLAH Maha Tinggi, tetapi engkau takut kepada seLain-Nya? Seandainya engkau tahu yang sebenarnya, nescaya tidakLah engkau geLisah disebabkan yang seLain ALLAH, tidakLah engkau takut kepada seLain-Nya, tidakLah ada sengang lidahmu daripada menyebut 'ALLAH'. Sesungguhnya kebinasaanLah ke atas orang yang sentiasa bertaubat dengan cara yang diLakukan oLeh orang-orang yang pembohong."
"Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada Neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jaLan yang tidak dapat dijangkakan."
"Wahai manusia, sekiranya engkau suka kepada Syurga sebagaimana engkau suka kepada dunia, nescaya engkau Ku berikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat keLak. Seandainya kamu mengingati Aku sebagaimana kamu sentiasa mengingati antara sebahagian yang lain, nescaya MaLaikat mengucap saLam kepada kamu pagi dan petang."
"KaLau Lah kamu cinta kepada pengabdian terhadap-Ku sebagaimana kamu mencintai dunia, nescaya Aku muLiakan kamu sebagaimana kemuLiaan yang diperoLeh para RasuL. OLeh itu, janganLah kamu penuhi hati kamu dengan 'cinta dunia', sebab cinta ini akan hiLang sekejap mata."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































