Wednesday, 9 May 2012

JALAN BERBEZA,TUJUAN SAMA

0 comments



Bismillahir-Rahmanir-Rahiim


Di kaLangan ahLi sufi ada yang memiLih jaLan ibadah; lokasinya sentiasa dekat dengan air wudhu' dan mihrab. Masanya dipenuhi dengan zikir dan amaLan nawafiL, wirid-wiridnya tidak pernah tinggaL; dan iniLah jaLan yang paLing seLamat. Firman ALLAH SWT :

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ

".......mereka ituLah orang yang diberi hidayah petunjuk oLeh ALLAH, dan mereka ituLah orang yang beraqaL sempurna."
[Surah Az-Zumar: 18]

Ada yang memiLih jaLan meLatih jiwa, menanggung penderitaan serta meLawan sgaLa keinginan nafsu; dan iniLah jaLan yang paLing utama. Firman ALLAH SWT:

أُولَٰئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

" Mereka itu akan beroLeh pahaLa dua kaLi disebabkan kesabaran mereka..."
[Surah aL-Qasas: 54]

Ada juga yang memiLih jaLan khaLwah (memenciL diri) dan uzLah supaya terseLamat daripada risiko bergauL dengan makhLuk; dan iniLah jaLan yang paLing sahih. Firman ALLAH SWT:

فَأُولَٰئِكَ مَا عَلَيْهِم مِّن سَبِيلٍ

" .....maka tidak ada sebarang jaLan hendak menyaLahkan mereka." [Surah asy-Syura: 41]

Ada yang memiLih jaLan mengembara dan bermusafir, merantau jauh dari kampung haLaman, membiarkan diri tidak dikenaLi; dan iniLah jaLan yang paLing jeLas. Firman ALLAH SWT :

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ نَتَقَبَّلُ عَنْهُمْ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَنَتَجَاوَزُ عَن سَيِّئَاتِهِمْ فِي أَصْحَابِ الْجَنَّةِ ۖ وَعْدَ الصِّدْقِ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ

" Mereka iniLah orang yang Kami terima dari mereka amaLnya yang baik yang mereka kerjakan, dan Kami ampunkan kesaLahan-kesaLahan mereka..." [Surah aL-Ahqaaf: 16]

Ada puLa yang memiLih jaLan khidmat, mengorbankan kedudukan untuk saudara sufi serta mengembirakan hati mereka; dan iniLah jaLan yang paLing muLia. Firman ALLAH SWT:

أُولَٰئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا

" Mereka itu akan dibaLas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka..." [Surah aL-FurQaan: 75]

Ada yang memiLih jaLan mujahadah yang bermacam ragamnya, menempuh segaLa rintangan dan mempraktik segaLa ehwaL.

Ada yang memiLih jaLan membuang kemegahan diri di hadapan makhLuk, tidak mengambiL peduLi terhadap orang lain dan tidak memikirkan baik dan buruk mereka.

Ada yang memiLih jaLan mengaku lemah di hadapan ALLAH SWT, hati remuk redam dengan ALLAH SWT seperti firman-Nya:

وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَن يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

" Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka mencampur-adukkan amaL yang baik dengan kejahatan, semoga ALLAH memberi taubat kepada mereka..." [Surah at-Taubah: 102]

Ada puLa yang memiLih jaLan menuntut 'iLmu, bertanya dengan yang tahu, bergauL dengan uLama' bagi mendengar riwayat perkhabaran, menghafaz 'iLmu. Yang jeLas setiap jaLan yang mahu ditempuh memerLukan panduan serta guru yang membimbing agar seLamat daripada keraguan dan fitnah ditengah perjaLanan.

DaLam satu riwayat sufi ada diceritakan,
"Eh ! Nampak Si FuLan sudah berpatah ke beLakang...Aku tahu, dia berpatah baLik kerana jaLan yang dicuba TERLALU SUNYI ! Hanya sedikit orang yang menempuhnya..."

Leave a Reply

Labels