Ada tak dia bermadah seromantisku
Ada tak dia menghantar pulang ke pintu
Ada tak dia menelefon sebelum tidur
Hanya untuk membukti ku dah dilupai
Kau punya teman baru buat mengisi hidup
Tetapi ku tahu dia tak setandingku
Walau sehebat mana si dia yang di sana menyinta
Kerana di sinilah cinta mu dihargai
Tak seperti di sana…ayuhlah kau kembali ke sini
Ada tak dia berhasrat untuk kekal lama
Ada tak belaiannya buat kau selesa
Ada tak bicaranya menyentuh jiwa
Hanya untuk membukti ku dah dilupai
Kau punya teman baru buat mengisi hidup
Tetapi ku tahu dia tak semesraku
Walau sehebat mana si dia yang di sana menyinta
Kerana di sinilah cinta mu dihargai
Tak seperti di sana…ayuhlah kau kembali ke sini
Si dia di sana tak berikan yang terbaik
Hey Adam betulkah katamu itu?
Yang di sana dan di sini…Yakinkan diriku dulu
Siapa yang lebih membuat jiwa kau terusik
Bukan itu saja, siapa yang sudi berduka
Ketika hidup tak seindah bersama diredah
Ku rasa kau cuma ingin buat ku cemburu
Memang betul kerana dah tercapai niatmu
Dengan ini terbukti ku benar menyinta
Hanya ku yang layak bergelar ‘teman istimewa’