Kelak kau sangka ku dangkal
Dipatuk kali kedua pun bebal
Selepas kau cabul kepercayaan ku
Bersalam pun jari dihitung
Dah perit kecewa diperdaya
Pujuk rayumu telah ku nan jelik
Pasti merangkul anugerah pelakon terbaik
Setuju kanan tapi kau pergi kiri
Ada-ada saja alasan didengar
Oh semua kata-kata
Putar belit macam ular
Ssssssss
Ku hampir gila tapi masih siuman
Helah barumu tutup helah lalu
Macam lah ku bodoh tak tahu
Gerak gerimu timbulkan sangsi
Sepandai-pandai ular menjalar
Akhirnya masuk dalam guni bomba juga
Menjadi pengajaran
Sekiranya pengalaman
Lebih matang dan
Ku berwaspada
































