Friday, 25 May 2012
MARI BERDAKWAH
Sebenarnya masyarakat kita keliru dengan istilah "Dakwah"..
Dakwah adalah menyeru kepada kebaikan dan menegah kepada keburukan/kemungkaran.
Apabila seseorang menyatakan "berdakwahlah ke arah kebaikan!!!"
Apa yang ada dalam fikiran mereka??
- Dakwah kena guna Dalil Al-Quran
- Dakwah kena ada Hadis
- Dakwah untuk orang yang pandai berhujah
- Dakwah untuk orang yang belajar agama sahaja
- Dakwah hanya berkaitan cabang Agama
Sebenarnya dakwah tersangat mudah, melalui pertuturan ataupun perbuatan..
- anda kutip sampah di tepi jalan dan buang ke dalam tong sampah di khalayak ramai itu dakwah..
- mengembalikan buku kawan yang tertinggal di library menunjukkan anda adalah amanah dan itu juga dakwah.
- menggunakan bahasa yang elok, memanggil orang lain dengan istilah yang baik itu juga dakwah.
- menegur kawan minum sambil berdiri adalah dakwah.
- Be punctual! itu juga dakwah.
- berjanji tidak mahu mengulangi kesilapan lalu terhadap diri sendiri itu juga dakwah.
- menghormati orang lain itu juga dakwah.
- tolong kemas rumah/bilik dan basuh pinggan di hadapan adik2/kawan itu juga dakwah.
- mengajak kawan makan di tempat yang bersih dakwah.
Jadi susahkah Dakwah??
Dakwah itu luas, dakwah itu mudah.. Tapi kerana terlampau mudahlah masyarakat kita terkeliru dengan Istilah dakwah.. Siapa anda, setinggi mana tahap ilmu anda bukanlah penghalang untuk menyampaikan dakwah, kita saling melengkapi dan saling memperbaiki..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































